Walak Punca Pas Perak Rugi
Dr Ariff Kadir Al-Katami
Jika kita jemput tetamu datang rumah, maksudnya kita dah bersedia. Bersedia dgn hidangannya, dgn agendanya, rumah pun sudah dibersihkan, ruang tempat tetamu juga sudah disediakan. Puas menunggu tetiba tetamu tepon tak jadi datang. Walau apa pun alasannya, apa perasaan kita sebagai tuan rumah? Kecewa, merajuk, pasrah, tak seronok, rasa membazir & pelbagai perasaan negatif, betul tak? Sedikit aje rasa positif iaitu cuba paham & redha dgn apa yg berlaku. Selebihnya adalah negatif & perasaan yg buruk.
Begitu juga apa yg berlaku apabila Istana Perak sudah menitahkan 3 ADUN PAS mengadap tapi dibatalkan oleh PAS sendiri. Adakah PAS tak boleh berfikir bahawa Tuanku Sultan sudah pun bersedia menerima mengadap ADUN PAS yang akhirnya tidak muncul kelibatnya?
Adakah PAS tidak mampu berfikir bahawa Tuanku Sultan terpaksa mengorbankan jadual ketat Baginda semata-mata untuk bertemu dgn ADUN PAS yang kemudian dibatalkan oleh PAS Pusat yg berada di luar Perak?
Pada ana tindakan membatalkan appointment penting sebegini adalah tindakan yang sangat biadap, kurang ajar & tidak menghormati ruang masa yang telah diberikan terutama dari pihak Istana. Adakah PAS Pusat fikir Istana Perak sengaja suka-suka memasukkan jadual mengadap Baginda Sultan dengan ADUN PAS?
Apalah salahnya jika 3 ADUN PAS terus mengadap Tuanku Sultan Perak pada masa yg telah dititahkan? Sekiranya tidak bersedia & belum ada keputusan dari PAS Pusat, maklumkanlah kepada Sultan dalam pertemuan tu. Apa yg bodosss sangat?
Bagitau Tuanku Sultan bahawa; “Tuanku, kami bertiga wakil PAS amat walak kepada TGHH dan kami tidak boleh lebih cerdik dari TGHH. Jadi, sebarang keputusan kami akan rujuk TGHH sambil makan sup selipar TGHH kami yg mulia. Harap Tuanku terima penjelasan patik pacal yg hina & melantik patik menjadi exco. Ampun Tuanku”. Tu contoh skrip. Pokoknya, jangan batal titah mengadap sebaliknya pegi & terangkan kepada Tuanku Sultan. Itupun tak terpikir kaa? Habis tu apa yg korang pikir?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/30957