Atuk Kena Teman Pusing Pusing Birthday Jeanelle Ds Ismail Sabri Tetap Curi Masa
Biar dihimpit tugas dan tanggungjawab menguruskan pentadbiran negara, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih sempat meluangkan masa buat cucunya yang tersayang, Jeanelle Nika Mandagie.
Sering berkongsi perjalanan harian dan tanggungjawab pada negara, sesekali DS Ismail turut sama berkongsi kisah Jeanelle di Instagram.
Terbaru, walau dihimpit waktu, Atuk tidak lupa bermain dan sempat berjogging sama-sama bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Jeanelle yang ke empat tahun baru-baru ini.
“Birthday cucu saya. Atuk kena teman pusing-pusing naik basikal,” tulisnya ringkas.
DS Ismail Sabri sempat membingkiskan ucapan istimewa buat Jeanelle malah turut meminta maaf kerana tidak dapat selalu meluangkan masa bersama cucu sulungnya itu.
“Selamat Hari Lahir Jeanelle Cucu Atuk.
“Maafkan Atuk jarang ada masa nak bersama selalu. InsyaAllah nanti Atuk ada kelapangan, kita keluar sama-sama, okay. Semoga membesar jadi anak yang solehah,” tulisnya lagi.
Jeanelle sambut dengan Atuk
Jeanelle Nika Mandagie yang merupakan anak kepada pasangan, Nina Ismail Sabri dan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie menyambut ulang tahun kelahiran pada 1 November lalu kini sudah pun berusia empat tahun.
Beberapa sambutan ringkas turut diadakan buat si comel Jeanelle ketika sambutan ulang tahun kelahiran itu.
Atuk dan nenek turut sama meraikan hari istimewa Jeanelle begitu juga sambutan yang diadakan bersama rakan-rakan sekolah Jeanelle.
Namun aksi comel dalam beberapa gaya ketika menyambut kelahirannya selalu menjadi perhatian ramai. Berbanding pelbagai gaya dan karakter sebelum ini, kali ini Jeanelle tampil istimewa bak puteri ketika menyambutnya bersama rakan-rakan. Comelnya!
Semoga Jeanelle terus membesar dengan sihat malah membahagiakan seluruh ahli keluarganya.
View this post on Instagram
A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)
Menarik: Cukup Seorang Anak Dulu, Berbelas Jam Maryam Tahan Sakit, Ryzal Tangguh Nak Anak Ramai
Nak luangkan masa bersama anak hujung minggu, jom ke Sunway Lagoon.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Atuk Kena Teman Pusing-Pusing” Birthday Jeanelle, DS Ismail Sabri Tetap Curi Masa! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/atuk-kena-teman-pusing-pusing-birthday-jeanelle-ds-ismail-sabri-tetap-curi-masa/