Atlet Ucap Selamat Aidilfitri Beraya Kena Ingat Covid 19


KUALA LUMPUR, 25 MEI: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan rakyat Malaysia yang sedih dengan sambutan Aidilfitri tahun ini yang terjejas susulan Covid-19, supaya terus bersabar.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu berharap, kesabaran tahun ini akan dibalas dengan kenikmatan perayaan hari raya tahun-tahun akan datang untuk generasi masa depan seperti suasana sambutan sebelum ini.
“Kawan-kawan semua, saya faham semua berasa sedih sebab raya kali ini mungkin terjejas disebabkan Covid-19,” katanya di laman Facebook semalam.
“Saya, Wong Mew Choo dan dua anak lelaki, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumpul (menyusun) sepuluh jari meminta ampun serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Seperti sukan badminton, kita restart ya….Kosong-kosong,” katanya.
Pemain dari Pulau Pinang itu turut mengimbau kembali pengalaman zaman kanak-kanaknya mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri rakan-rakan dan jiran serta bermain mercun meriam.
“Rumah pertama itu tak kisah rumah siapa, sah ada rendang ayam, serunding, sambal sotong dan ketupat. Seronoknya. Ada lagi Kuih batik! Aduhai, keluar air liur terfikir.
“Masa masuk Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), masa raya kantin akan sediakan hidangan khas.Rombongan ramai-ramai berbaju raya serbu rumah terbuka jurulatih. Itu semua kenangan terindah,” kongsi bekas pemain perseorangan lelaki negara berusia 37 tahun itu.
Sementara itu, jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang yang beraya di Melbourne, Australia menasihatkan rakyat Malaysia supaya menjaga jarak sosial ketika beraya dan melawat saudara-mara.
“Kalau korang semua pergi beraya beringat-ingat sikit okay, kalau boleh elakkan bersalaman, dan jika anda bersalaman jangan lupa untuk basuh tangan atau guna hand pembasmi kuman.
“Di dalam anda bersuka ria menyambut Hari Raya Aidilfitri ini jangan dilupakan dua perkara, pertama, virus Covid-19 masih berleluasa, kedua saya dan keluarga beraya di perantauan 😭,” katanya, dengan berkongsi ucapan raya dan gambar bersama keluarganya serta rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Pemain bola sepak naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh turut memuat naik gambar bersama ucapan raya, manakala penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri berkongsi gambar hari raya bersama keluarganya.
Juara Liga Super enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim turut memuat naik video ucapan raya di laman Facebook rasminya, Johor Southern Tigers yang menampilkan ucapan daripada kapten pasukan Hariss Harun, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Izham Tarmizi Roslan dan Safawi Rasid.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/atlet-ucap-selamat-aidilfitri-beraya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Singapura Ucap Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Pemimpin Malaysia Indonesia Brunei

Pm Singapura Ucap Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Pemimpin Malaysia Indonesia Brunei

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 406 hits
SINGAPURA Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada pemimpin negara jiran republik itu termasuk Malaysia menurut Pejabat Perdana Menteri Hsien Loong menyampaikan ucapan itu menerusi p...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Raya Dalam Suasana Pkp

Selamat Hari Raya Aidilfitri Raya Dalam Suasana Pkp

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 630 hits
Selamat menyambut hari raya aidilfitri 2020 Un ucapkan pada semua rakan taulan Walaupun kita tidak dapat balik ke kampung namun bagi UN raya mesti diraikan bersama keluarga Walaupun jauh dari kampung UN masih teruja menyediakan pelbagai jua...
Adakah Anda Rasa Selamat Dari Covid 19 Ketika Berada Dalam Perjalanan Dalam Keadaan Sekarang

Adakah Anda Rasa Selamat Dari Covid 19 Ketika Berada Dalam Perjalanan Dalam Keadaan Sekarang

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 350 hits
Perjalanan jauh paling akhir saya buat sebelum Covid 19 di mana kerajaan buat keputusan untuk kenakan Perintah Kawalan Pergerakan adalah perjalanan ke negeri Cek Mek Molek Kelantan Sebelum itu saya baru selesaikan satu program kursus 3 hari...
Kenaikan Kes Covid 19 Yang Mendadak Pasca Aidilfitri

Kenaikan Kes Covid 19 Yang Mendadak Pasca Aidilfitri

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 311 hits
Pada 25 Mei selepas raya hari pertama Terdapat peningkatan daripada 60 pada 24 Mei kepada 172 Pada 25 Mei 2020 Meskipun demikian orang awam dinasihatkan agar tidak panik kerana daripada 172 yang dikesan sebanyak 112 dikesan berada di dalam ...
Mingguan Amanz Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mingguan Amanz Selamat Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 386 hits
Minggu ini menyaksikan beberapa peranti baru diperkenalkan pada peringkat global selain pengumuman kehadira Xperia 10 II untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi Selain itu Realme turut telah mengacah kehadiran Realme X3 Superzoom untuk pasar...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Raya Pkpb

Selamat Hari Raya Aidilfitri Raya Pkpb

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 442 hits
Assalamualaikum Masih tidak terlewat untuk Cik Nor ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan maaf zahir dan batin buat warga blogger yang Cik Nor sayangi semua Harap maaf diatas kelewatan ini kerana empunya blog lara sebab dapat ma...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Family Potret

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Family Potret

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 807 hits
Selamat Hari Raya AidilFitri 2020 Tak terlambat lagi rasanya untuk umi ucapkan Selamat Hari Raya kat korang kan Baru The post appeared first on
18 Cara Untuk Kita Hidup Selamat Di Samping Covid 19

18 Cara Untuk Kita Hidup Selamat Di Samping Covid 19

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 453 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah pun mengeluarkan amaran COVID 19 yang pertama kali muncul di Wuhan China akhir tahun 2020 yang lalu tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu menerima hakikat dan belajar hidup dengannya Jadi dibawah ini ...
Tak Ziarah Terima Tetamu Ashraf Muslim Trauma Nak Beraya Bimbang Sebar Virus Walau Dah Bebas Covid 19

Tak Ziarah Terima Tetamu Ashraf Muslim Trauma Nak Beraya Bimbang Sebar Virus Walau Dah Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 334 hits
Pada pertengahan April yang lalu pelakon Ashraf Muslim disahkan positif Covid 19 sekembalinya dia dari menjalani penggambaran drama bersiri di luar negara bersama sama beberapa pelakon dan team produksi yang terlibat Selepas dirawat dan dik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching