Tak Ziarah Terima Tetamu Ashraf Muslim Trauma Nak Beraya Bimbang Sebar Virus Walau Dah Bebas Covid 19


Pada pertengahan April yang lalu, pelakon Ashraf Muslim disahkan positif Covid-19 sekembalinya dia dari menjalani penggambaran drama bersiri di luar negara bersama-sama beberapa pelakon dan team produksi yang terlibat.
Selepas dirawat dan dikuarantin selama 25 hari di Pusat Kawalan Kusta Negara, Hospital Sungai Buloh, dia akhirnya disahkan bebas dari jangkitan penyakit tersebut.
Walaupun begitu, akui pelakon ini kepada sebuah akhbar tempatan bahawa dia masih lagi trauma dan bimbang hendak bertemu sanak saudara dan kini lebih berhati-hati.
“Saya masih trauma, hendak pergi beraya rumah keluarga pun saya berfikir. Sebagai bekas pesakit COVID-19, apa yang saya lalui bukanlah suatu yang mudah.

“Saya takut saya jadi ejen penyebar walaupun saya sudah disahkan bebas COVID-19.
“Kalau dalam kalangan keluarga tidak mengapa. Tetapi, kalau orang luar berjangkit, saya lebih rasa bersalah.
“Sehubungan itu, saya lebih berhati-hati dan tidak melakukan ziarah atau menerima tetamu,” katanya.
Malah, Ashraf tidak mahu dijangkiti virus berkenaan sekali lagi.
“Mereka yang tidak pernah dijangkiti COVID-19 tidak tahu bagaimana seksanya menjadi pesakit yang dikuarantin.
“Penyakit ini bahaya… Walaupun tidak nampak sakit, ia sebenarnya memberi kesan kepada emosi kita.
“Cara kita berfikir pun berbeza,” katanya.
Ashraf berkata, Dayana yang merawat pesakit COVID-19, sering menasihati dirinya agar berjaga-jaga.
“Dayana risau, seluruh keluarga juga bimbang. Jika keluar rumah, kami menjaga kebersihan.
“Biarpun sekadar keluar ke kedai, saya tetap membasuh baju yang dipakai,” katanya.

Komunikasi kunci keharmonian rumahtangga Ashraf Muslim Mengamalkan kehidupan berpoligami, pelakon Ashraf Muslim berpegang kepada faktor komunikasi sebagai kunci keharmonian.
Apatah lagi ketika meraikan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kebimbangan terhadap penularan COVID-19, kesepakatan antara pasangan amat penting bagi memastikan semuanya lancar.
Ashraf atau nama sebenarnya, Muhd Ashraf Muslim bersyukur dia dapat menjalin komunikasi efektif bersama kedua-dua isterinya, Dr Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
“Komunikasi paling mudah adalah berbincang. Contohnya, duduk bersama dan berunding tahun ini di mana kita hendak beraya.
“Apabila tiada komunikasi, itu yang pening hendak balik beraya di mana.
“Tidak kiralah beristeri satu atau dua, kalau ada komunikasi yang baik, mesti tiada masalah.
“Apabila tiada komunikasi, itu yang jadi tunggang terbalik. Kita sebagai ketua keluarga kena mainkan peranan penting. Kita mesti tahu tugas masing-masing,” katanya kepada BH Online.

Isteri-isteri setiasa berkerjasama dalam semua hal Ashraf berkata, kemanisan sesebuah institusi keluarga itu terletak kepada kerjasama.
“Sebenarnya, keseronokan Aidilfitri bukan pada sedap atau tidak juadah yang dihidangkan, tapi kepada usaha untuk menyediakannya bersama-sama.
“Memori itu yang kita akan ingat sampai bila-bila. Kalau sedap makanan itu, ia bonus buat kita.
“Tetapi isteri-isteri saya tidak pernah masak tak sedap. Mereka bekerjasama memasak dari malam raya untuk kami sekeluarga,” katanya.
Ashraf berkata, isteri-isterinya menyediakan rendang, kuah kacang, ketupat dan nasi impit bersama-sama.
“Seperti tahun-tahun lalu, mereka sama-sama memasak. Apabila semua perkara dilakukan bersama, pasti dapat rasa kemanisan itu,” katanya.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Dayana, Ashraf dikurniakan cahaya mata lelaki. Bersama Sakinah, mereka dikurniakan tiga anak.
Sambut Aidilfitri secara sederhana Biarpun kali ini Aidilfitri disambut secara sederhana, pelakon berusia 39 tahun ini bersyukur masih berkesempatan meraikan Syawal bersama keluarga.
“Sambutan kali ini cukup sederhana. Solat sunat Aidilfitri pun dilakukan di rumah dan kali pertama saya menjadi imamnya,” katanya.

Jika mengikut perancangan awal, Ashraf akan membawa isteri dan anak-anak beraya di kampungnya di Melaka. Ini disusuli kampung Dayana di Gombak dan Sakinah di Ipoh, Perak.
“Namun, disebabkan PKPB, kami di Kuala Lumpur. Selesai beraya di rumah, kami menziarahi keluarga berdekatan. Itupun hanya dua rumah yang kami pergi,” katanya.
Sumber: BH Online & Instagram Ashraf Muslim
The post Tak Ziarah & Terima Tetamu, Ashraf Muslim Trauma Nak Beraya, Bimbang Sebar Virus Walau Dah Bebas Covid-19 appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-ziarah-terima-tetamu-ashraf-muslim-trauma-nak-beraya-bimbang-sebar-virus-walau-dah-bebas-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Covid 19 Dikesan Akan Berhenti Sebarkan Virus Selepas 11 Hari

Pesakit Covid 19 Dikesan Akan Berhenti Sebarkan Virus Selepas 11 Hari

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 292 hits
Saintis dari Pusat Nasional Penyakit Berjangkit dan Akademi Perubatan Singapura melakukan kajian ke atas 73 pesakit Covid 19 Para saintis mendapati pesakit Covid 19 tidak akan menjangkiti orang lain selepas tempoh 11 hari walaupun masih pos...
10 Ayat Notis Tolak Kunjungan Tetamu Datang Beraya Sewaktu Pkpb Covid19

10 Ayat Notis Tolak Kunjungan Tetamu Datang Beraya Sewaktu Pkpb Covid19

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 836 hits
10 Ayat Sinis tapi berlapik untuk tolak kunjungan tetamu datang beraya sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat wabak Covid 19 tahun ini yang sememangnya berbeza dari tahun tahun kelmarin Mesti susah kan nak tolak tetamu datang b...
Ilmuwan Vaksin Australia Bikin Geger Dunia Sebut Virus Covid 19 Buatan Manusia Di Laboratorium

Ilmuwan Vaksin Australia Bikin Geger Dunia Sebut Virus Covid 19 Buatan Manusia Di Laboratorium

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 407 hits
Kemampuan virus Corona untuk beradaptasi hampir sempurna dengan manusia mendorong seorang Ilmuwan vaksin ternama asal Australia Nikolai Petrovsky berasumsi bahwa virus tersebut buatan manusia di laboratorium Petrovsky mengaku terkejut ketik...
Pesakit Covid 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif

Pesakit Covid 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 466 hits
Pesakit COVID 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif Pesakit COVID 19 yang sudah 14 hari menerima rawatan akan dibenarkan pulang walau masih positif virus berkenaan kata Kementerian Kesihatan Malaysia da...
Mak Mertua Buang Juadah Raya Diberi Menantu Bimbang Terkirim Sekali Covid 19

Mak Mertua Buang Juadah Raya Diberi Menantu Bimbang Terkirim Sekali Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 392 hits
Seorang insan yang bergelar menantu sudah pasti menginginkan hubungan yang baik bersama mertua terutamanya jika sudah lama mendirikan rumah tangga Hubungan yang baik haruslah dijaga kerana ibu atau ayah mertua harus dianggap seperti ibu dan...
Covid 19 Misi Asing Ucap Terima Kasih Rawatan Di Depot Tahanan Imigresen

Covid 19 Misi Asing Ucap Terima Kasih Rawatan Di Depot Tahanan Imigresen

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR 3 Jun Misi Asing yang warganya terjejas akibat COVID 19 di tiga Depot Tahanan Imigresen di sini merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas tindakan segera selain memastikan mereka yang dijangkiti menerima rawatan sewa...
Hiburan Rita Rudaini Tak Benar Tetamu Datang Beraya Ke Rumahnya

Hiburan Rita Rudaini Tak Benar Tetamu Datang Beraya Ke Rumahnya

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 510 hits
Berikutan jumlah kes aktif wabak COVID 19 masih tidak susut ramai dalam kalangan kita terus mengambil langkah berjaga jaga bagi mengelakkan diri dari djangkiti wabak pembunuh itu Turut mengambil inisiatif yang sama pelakon Rita Rudaini tamp...
Saat Lafaz Aku Terima Nikahnya Bukan Nak Hidup Senang Je Tapi Kongsi Susah Bersama

Saat Lafaz Aku Terima Nikahnya Bukan Nak Hidup Senang Je Tapi Kongsi Susah Bersama

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 379 hits
Apabila berkahwin ketika itu kita sudah bersedia untuk menjalani kehidupan bersama pasangan yang disayangi Dalam kesenangan mahupun susah Setiap perkahwinan pasti akan ada dugaannya Adakah kita bersedia Di dalam penulisan yang penuh pengaja...
Ibrah Wabak Virus Covid 19 Mengajar Manusia Tentang Disiplin Diri

Ibrah Wabak Virus Covid 19 Mengajar Manusia Tentang Disiplin Diri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 377 hits
Allah swt melalui virus covid 19 mengajar mendidik manusia berkaitan disiplin samada suka atau tidak untuk perbaiki diri agar hidup dengan lebih teratur dan pandai mengikut arahan Kebersihan Jangkitan virus covid 19 adalah berkait rapat den...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Man City Bergaya Bedal Juventus

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual