Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm


Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm |  Jerawat..... Cerita pasal jerawat, kinah ni dulu ada la jugak masalah dengan jerawat terutamanya masa remaja dulu. Macam-macam cara, petua orang lama kinah cuba untuk mengurangkan jerawat, dan bintik hitam terutamanya di muka ni tau. Paling sadis, siap dengan pakej parut jerawat lagi sebab tangan ni gatai nak picit. 




Walaupun sekarang ni umur dah 30 an, masalah jerawat tu tetap ada tapi tak ketara seperti remaja dulu. Walaupun tak banyak, sedikit sebanyak mengganggu ditambah pula dengan kulit berminyak, memang tak selesa. Baru-baru ni kinah diperkenalkan dengan satu produk yang dapat membantu mengurangkan masalah jerawat seperti kinah alami sekarang ni. Namanya Cosmoderm Tea Tree Oil. Dah kebetulan ada sale 10.10 aritu tak salah kot nak mencuba dan kinah terus grab satu set Cosmoderm Tea Tree Oil Series sebab kulit kinah lepas bersalin ni ada la naik jerawat sikit dibahagian hidung dan muka berminyak. Mungkin disebabkan perubahan hormon barangkali (ayat nak sedapkan hati). Hahhah




Kenapa memilih Cosmoderm Tea Tree Oil sebagai rangkaian penjagaan kulit?


Sepertimana yang kita tahu, produk Cosmoderm merupakan produk penjagaan kulit keluaran tempatan dan telah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Kiranya masuk tahun ni dah 19 tahun dah Cosmoderm ni ha. Apa yang penting, produk Cosmoderm ni adalah halal dan tak perlu la kita ragui kandungan yang digunakan. Paling best, kesemua produk dari Cosmoderm ni bebas daripada paraben dan sulfat termasuklah Tea Tree Oil ni. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif tu boleh sangat mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni tau. So no worries. 


Dah alang-alang kinah kaut Cosmoderm Tea Tree Oil satu set, jadi hari ni kinah nak kongsi dengan korang 3 langkah rutin untuk mengurangkan jerawat dan kulit berminyak dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan korang akan dapat lihat perubahannya dalam masa hanya 3 hari saja okeh. Macam tak percaya je dengan hanya 3 langkah, jerawat akan mula pudar. 




3 Langkah Mudah Untuk Membantu Memudarkan Jerawat




Langkah 1 : Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser
Pertama sekali bersihkan muka dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser sebagai rutin pencuci harian. Kinah suka sangat dengan cleanser ni tau. Bau dia pun best. Buat pengetahuan semua, facial cleanser ni dapat membantu mengurangkan minyak berlebihan di muka serta membersihkan liang pori dan membantu merawat masalah jerawat di muka kita.


Langkah 2 : Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask
Setelah muka kita dibersihkan dengan cleanser, langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan mengoleskan Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask di wajah kita. Biarkan ianya selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan air. Pada masa ni, korang akan rasa mint sejuk je pada muka. Fungsi purifying mask TTO ni dapat membantu menyerap lebihan minyak, mengeringkan jerawat serta liang pori. Cubalah memang best muka pun rasa bersih je.


Langkah 3 : Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel
Seterusnya, korang boleh sapu Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel. Diingatkan Anti Blemish Gel ni ada dua jenis iaitu Anti Blemish Gentle (khusus untuk kulit sensitif dan berjerawat), dan Anti Blemish X-Press (hat ni tak sesuai untuk kulit sensitif). So, pilihlah mana yang sesuai untuk jenis kulit korang ye. Kalau korang nak tahu, Anti Blemish Gel ni berfungsi untuk membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih pada wajah kita dalam tempoh 3 hingga 5 hari dan ianya bergantung juga dengan keadaan jerawat tu. 


Selain 4 produk Tea Tree Oil yang kinah cerita di atas, terdapat beberapa lagi produk dalam rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni seperti :





Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night MoisturiserCosmoderm Tea Tree Oil Oil Control SerumCosmoderm Tea Tree Oil Shower GelCosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion


Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 
Penyegar tanpa minyak ni dikatakan dapat membantu merawat jerawat, membantu memudarkan parut jerawat disamping  dan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada pada wajah kita. Nak gunakannya pun mudah saja, hanya tuangkan Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion ke tisu muka kemudian sapu rata pada wajah kita.


Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser
Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser ini bertindak sebagai primer dan pelembap untuk kegunaan siang dan malam hari. Di samping itu, pelembap berasaskan air ini begitu sesuai digunakan sebagai asas make up serta perlindungan asas kepada sinaran UVA dan UVB yang akan menggelapkan dan merosakkan sel-sel kulit. Pelembap ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi.


Cosmoderm Tea Tree Oil - Oil Control Serum
Serum berasaskan gel-water based dengan ekstrak buah dikatakan dapat membantu mengawal lebihan minyak pada wajah kita disamping membantu mengecilkan liang pori yang menjadi penyebab kepada jerawat, blackheads dan whiteheads


Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel
Shower gel Tea Tree Oil boleh bertindak sebagai shower gek antibakteria yang mana dapat memberi kesegaran yang luar biasa disamping dapat membantu mengurangkan bau badan serta jerawat pada badan. Pembersihan yang lembut pada kulit mejadikan kulit kita menjadi lebih segar, licin tanpa rasa melekit. 


Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion
Magic Body Lotion merupakan losyen yang dapat membantu merawat bau badan, jerawat pada badan dan juga kesan terbakar akibat berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Ianya dapat membantu memberi kelegaan dan ketidakselesaan pada kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah ruam, jangkitan kulat dan bakteria boleh juga  menggunakan TTO Magic Body Lotion ni. Oh ye, losyen ini juga berfungsi sebagai penghalau nyamuk serta pepijat dan ianya sesuai digunakan pelbagai lapisan umur.




Review Kinah Sepanjang Menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil
Alhamdulillah, macam tak percaya je jerawat boleh hilang dalam masa 3 hari saja tau. Kebetulan masa guna TTO ni naik jerawat pasir. Memang kinah ikut je 3 langkah tu, dan memang terbukti, jerawat pasir dah tak kelihatan lagi. Bila pegang je kulit, rasa licin dan minyak pada muka pun dah kurang. Kinah yang baru guna produk Cosmoderm ni dah in love sangat dengan TTO ni tau. Korang yang ada masalah jerawat tu bolehlah cuba rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni.


Korang yang nak mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni boleh dapatkannya di mana-mana farmasi, kedai hospital, serta klinik di seluruh Malaysia termasuklah kedai runcit di Singapura dan Lubnan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, korang juga boleh dapatkan kesemua produk Cosmoderm di Watsons, Guardian, dan Aeon Wellness dari harga RM13.90 hingga RM34.90 atau korang yang tak sempat nak ke farmasi tu, bolehlah beli di Shopee je.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Cosmoderm Tea Tree Oil atau produk Cosmoderm yang lain, korang boleh terus terjah 


Website : www.cosmoderm.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm
Shopee : https://www.shopee.com.my/cosmoderm


TO ACNE FREE WITHIN 3 DAYS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2020/11/atasi-jerawat-dengan-cosmoderm-tea-tree-oil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cosmoderm Rangkaian Tea Tree Oil Bantu Atasi Jerawat Dalam Masa 3 Hari

Cosmoderm Rangkaian Tea Tree Oil Bantu Atasi Jerawat Dalam Masa 3 Hari

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum Masalah kulit berminyak dan berjerawat memang menjadi masalah besar buat Fiza sendiri Kalau sehari tak mencuci wajah boleh nampak kilat kilat di muka nie Kalau dibiarkan lama lama akan mula tumbuh jerawat Selain itu faktor p...
Rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil Bebaskan Masalah Jerawat

Rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil Bebaskan Masalah Jerawat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 374 hits
Percaya tak sehingga ke usia hari ini ana kurang menghadapi masalah jerawat di wajah Alhamdulillah Mungkin kerana jenis kulit wajah agaknya kalau ada jerawat pun datang tumbuh dan kemudian berlalu pergi ketika uzur bulanan sahaja Namun kada...
Cara Hilangkan Jerawat Dalam 3 Hari Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

Cara Hilangkan Jerawat Dalam 3 Hari Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 432 hits
Cara Hilangkan Jerawat Dalam 3 Hari Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil l Assalamualaikum Kulit yang cantik ialah kulit yang sihat Sihat dari segala cela termasuklah jerawat Siapa tak nak kulit yang sihat dan cantik kan Ada orang beruntung sebab ...
Buat Brownies Sedap Mudah Hanya Menggunakan Tepung Premix Dr Oetker Nona

Buat Brownies Sedap Mudah Hanya Menggunakan Tepung Premix Dr Oetker Nona

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 666 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah Kali ini aku nak kongsi dengan anda cerita aku buat brownie Kalau pergi kedai kek atau pastry kadang kadang aku terliur bila melihat kek dan browni...
8 Langkah Mudah Tukar Emel Akaun Facebook Yahoomail Ke Gmail

8 Langkah Mudah Tukar Emel Akaun Facebook Yahoomail Ke Gmail

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 991 hits
Yahoo bakal DITUTUP Kecoh yang Yahoo Group akan menutup operasi syarikatnya bermula 15 Disember 2020 Walaupun dengan penutupan operasi Yahoo Group Yahoo Mail mungkin tak terjejas bagi suatu masa yang belum pasti Dan semestinya ramai antara ...
Hanya Belanjawan Perpaduan Berjaya Atasi Krisis Dalam Negara Kata Dap

Hanya Belanjawan Perpaduan Berjaya Atasi Krisis Dalam Negara Kata Dap

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 346 hits
November 8 2020 Kerajaan terlepas peluang untuk Belanjawan Perpaduan dengan belanjawan yang tidak memenuhi enam cadangan utama Pakatan Harapan dan unjuran yang tidak realistik demikian menurut DAP Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata langk...
Tips Bebas Jerawat 3 Hari Cara Mudah Dan Praktikal

Tips Bebas Jerawat 3 Hari Cara Mudah Dan Praktikal

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 372 hits
Tips Bebas Jerawat 3 Hari Assalamualaikum dan salam sayang Kulit ciktom memang jenis kulit berminyak dan mudah naik jerawat
Hanya Guna Sukatan Cawan Ini Cara Mudah Nak Buat Kuih Kaswi

Hanya Guna Sukatan Cawan Ini Cara Mudah Nak Buat Kuih Kaswi

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 838 hits
Salah satu kuih yang menjadi kegemaran ramai adalah kuih kaswi Selain dijadikan sarapan pagi kuih ini juga sering dijadikan hidangan minum petang Bertambah enak bila dimakan bersama kelapa parut gabungan rasa manis masin yang cukup menyeler...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024