Atas Pagar



*Posting panjang di hadapan*1. Sejak kecil kita diajar, dalam politik kena pilih side. Kalau dulu, sebab partinya tak banyak, orang akan tanya, kamu ni orang UMNO ke orang PAS? Takpun MCA ke DAP? Dulu hanya ada BN vs DAP & PAS. Sekarang dah macam-macam. Tambah pula politik Melayu.2. Sekarang kita ada dinamik: UMNO vs PPBM vs PKR, lepas tu ada pulak PAS vs AMANAH. Belum lagi cerita parti-parti lain yang tumbuh macam cendawan. Yang pastinya, sistem politik kita dah berpola. 3. Ada orang kata apa lah nak jadi, banyak sangat parti. Pada saya, itu tunjukkan matangnya demokrasi. Selalu orang yang kata kenapa Melayu nak pecah belah, sokong jelah UMNO atau PAS, itu maknanya mereka ini HYPER-PARTISAN, dengan kata lain totok parti. Jangan lah tuan puan ambil peduli.4. Tidak mengapa banyak parti, ia memberi pilihan kepada pengundi. Kalau relevan di mata pengundi, parti tu akan survive , kalau tak dia mati. Dalam sistem demokrasi, semua ada ruang dan peluang nak ambil hati Rakyat, agar pangkah mereka ketika pilihanraya. Nothing wrong with that. Yang penting kita mengundi.5. Kalau diikutkan, di kalangan pengundi ni ada banyak golongan:(i) Hyper-Partisan- Ini geng totok dan melampau setia pada parti. Pada mereka, apa saja amanat pemimpin atau pegangan parti mereka akan sokong tanpa belah bahagi.- Apa pun jadi, parti tunggang terbalik ke, dah lari dari perjuangan ke, dia akan tetap sokong. - Mereka ini akan ada BIAS terlampau tinggi.- Kalau dah BIAS tu, apa pun tak boleh diterima. Fakta dan data macam takde makna pada mereka.- Yang lagi satu bahaya, bila dah totok ni, mereka akan jadi ganas dan akan keluar elemen bigotori.- Maksudnya, mereka cepat panas kalau ada hujah yang bertentangan dengan parti. Takpun kalau yang ada mengusik dan membantai pemimpin yang mereka segani.- Hujah balas selalunya kurang daya mantik, banyaknya retorik.- Contoh golongan ini, ialah apa yang netizen gelar sebagai walaun, macai dan cytro politik.(ii) Partisan- Ini geng cerdik sikit. Dia condong kepada parti tertentu tapi taklah terlampau taksub. Dia akan sokong pegangan parti kalau pada dia betul.- Namun kalau ada yang tak berapa berkenan, dia akan ambil sikap berkecuali. Atau ada yang lebih berani akan tegur parti openly.- Mereka ini lebih sensible. Fakta, maklumat dan data mereka akan pick and choose yang mana baik untuk parti.- Walaupun mereka ini setia pada parti, tapi kalau ada yang menganjing, takde lah mereka cepat panas. Sebab mereka jenis berfikir. Kalau pihak lawan betul mereka rela senyap dan biarkan.- Berhujah balas pun ada value dan merit.- Kebanyakan golongan ini ialah penyokong parti politik (minus yang terlampau totok parti).(iii) Bi-partisan- Ni selalunya geng yang educated dan celik politik. Dia takde kecendorongan pada mana-mana parti- Namun dia memilih berdasarkan isu dan polisi.- Mana baik untuk kepentingan dia itu yang dia akan pilih.- Mereka juga terdedah kepada fakta dan data dan maklumat terkini.- Selalunya, mereka tahu peranan pengundi bukan saja untuk memilih Kerajaan tetapi untuk lantik juga pembangkang yang kuat.- Makanya, mereka ini dilihat macam lalang. Kejap sokong parti ni, kejap sokong parti lain. Tapi biarkan orang tak paham. Loyalty mereka bukan untuk parti.- Golongan macam ni banyak yang terlibat dalam dunia perniagaan dan korporat. (iv) Non-partisan- Yang ni selalunya geng yang tak ambil port langsung mengenai politik.- Mereka apa yang kita gelar sebagai pengundi ATAS PAGAR.- Ini yang parti politik dok kejar, kerana merekalah “silent majority”.- Mereka ini paling ramai dalam negara, makanya propaganda politik banyak yang menjurus kepada mereka ini.- Di Malaysia, mereka punya kuasa paling kuat masa mengundi.- Mereka tak totok parti, mahupun totok pemimpin. Tetapi with the right propaganda, they can swing. Tu yang susah nak predict.- Jangan dianggap pula mereka tak cerdik. Golongan NGO (yang takde kepentingan politik) dan civil society juga dalam geng Non-Partisan. Ini lebih baik kerana mereka ini sangat kurang BIAS atau pilih kasih politik. Mereka mengundi atas dasar merit yang sesuai dengan perjuangan yang mereka bawa.6. Kalau ditanya, pada saya, sekiranya anda Rakyat biasa dan tiada cita-cita politik, the best jadilah dalam golongan non-partisan/ atas pagar. Itu yang terbaik. Kenapa? Kerana kita tahu politik ni bukan macam game bola. Dalam perlawanan bola sepak, peraturan sukannya jelas. Kita tahu bila boleh jadi penalti, bila boleh keluar kad merah dan kuning. Ada juga pengadil yang boleh bimbing.7. Namun dalam politik, kita tengokkan lah kebelakangan ini. Sembang mereka kencang, tapi apakah yang diucap itu dikotai? Umno misalnya kata no Anwar dan DAP. Padahal di Perak, mereka geng sekali. UMNO masa susah di Melaka, DAP yang pertama sekali mereka cari. 8. PH pun misalnya, kita tertanya2, MOU Bipartisan betul2 ke untuk Rakyat? Ataupun hanya nak balas dendam pada Azmin Ali, nak sekat dia jadi Timb Perdana Menteri? And please, don’t let me start on PAS…9. Kita pun tak tahu bukan? Sebab peraturannya tak jelas. Benda dulu lain, sekarang lain pulak. Orang buat tak boleh, dia buat boleh pulak. Berdolak dalik, itu lah politik. Saya selalu cakap politik ini serupa perang. Perang mendapatkan majoriti undi. Ada pepatah omputih cakap, “All is fair in war”. Maknanya apa pun boleh dalam perang, asalkan menang.10. Makanya sekali lagi saya katakan, kalau kita Rakyat biasa dan bukan ahli parti politik, jadilah non-partisan. Bestnya non-partisan ni, kita jadi sikit atas dari mereka2 ini. Kita bukan level penyokong taksub, tapi kita level pengadil atau hakim. Kita boleh bagi kemenangan pada yang layak dan hukum mereka kalau penyangak.11. Sudah-sudah kita ikut acuan mereka ini. Kita boleh berfikir sendiri. Kalau mereka perlukan undi, bekerja keraslah untuk dapatkan. Kepada yang atas pagar, ini pandangan saya sekiranya ingin memilih pemimpin:(i) Paling penting, kena yang bijak pandai, lebih pandai dari kita. Jangan senang2 saja pangkah ikut parti. Tengok latar belakangnya dulu. Kalau jenis tipu sijil dan takde kredibiliti, tolaklah cepat. Kalau level tu, apa yang boleh dibuat?(ii) Tak semestinya yang bijak pandai tu semuanya layak. Kalau dari Havard, Oxbridge atau King’s College (tyring to be neutral here), tapi hidungnya mendongak ke langit, langsung tak berpijak ke bumi, pun tolak juga. Itu nescaya susah nak jaga kita.(iii) Masa dengar ucapan dia, dengarkan lah. Adakah dia party man atau jenis boleh jadi negarawan. Kalau dia dok sembang pasal parti dengan bangkitkan isu perkauman, laga2kan kita sambil buat politik kebencian, tu lagi elok disailang cepat2. Percayalah, tu hanya jenis pandai cakap, buat kerja nanti ntah apa yang kita dapat. (iv) Wakil rakyat yang baik hanya perlu bercakap pasal rakyat. Apa yang dia akan bantu untuk dapat hidup kita penuh nikmat. Nikmat ni bukannya hanya semata-mata cash is king. Yang paling penting macam mana dia nak urus isu setempat. Jenayah, infrastruktur, polisi dan isu negara pun dia contribute. His heart must be at the right places, bukan nya untuk dia dan parti. Tapi untuk kita dan negara. 12. I can’t strees this enough, undi kita undi keramat. Tidak harus hanya diberi kepada mereka atas landasan parti, tapi mesti tekankan calon yang berkualiti. Harganya bukan BRIM RM2000 atau beras seguni. Kalau mereka memberi ambil lah, tapi beringatlah mungkin hanya gula2. Kalau jenis memberi hanya masa plihanraya, nak mengundi baru tunjuk muka, makanya tuan puan tahu lah nak buat apa. Tolaklah mereka. Tak kira la parti mana.13. Ingat, mereka bagi kita berapalah sangat, setakat BRIM sekali setahun dan dapat beras? Tanyakan, jadi Wakil Rakyat dan Pak Menteri berapa yang mereka dapat? Kalau 5 tahun dapat mandat, berjuta-juta lemon juga duitnya. Belum kira lagi benda-benda lain termasuk Vellfire.14. Itu semua guna duit Rakyat, tuan puan. Bukan hanya duit kita, itu termasuk duit anak cucu cicit. Makanya pastikan mereka bekerja untuk kita. Bangunkan negara sama-sama. Bukannya hanya lip service masa pilihanraya.Wallahu a’alam.Salam hormat,Liyana Marzuki




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/atas-pagar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Sujood Memudahkan Orang Ramai Menderma Secara Atas Talian

Aplikasi Sujood Memudahkan Orang Ramai Menderma Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 226 hits
Sedekah adalah antara amalan yang amat dijanjikan pahala yang mega hebat Sehingga telah disebut didalam Al Quran bahawa pahala dari sedekah ini menjadikan manusia memohon daripada Allah untuk dilanjutkan kematiaan agar mereka dapat bersedek...
Belum Pernah Dapat Ayam Sayu Nelayan Sabar Tunggu Ikan Dari Atas Sampan Tak Percaya Ketika Dihulur Ayam Segar

Belum Pernah Dapat Ayam Sayu Nelayan Sabar Tunggu Ikan Dari Atas Sampan Tak Percaya Ketika Dihulur Ayam Segar

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 519 hits
RIAK wajah suramnya bertukar teruja dan gembira Siap tanya betulkah untuk aku sebab dia macam tak percaya Demikian kata Saharuddin Amirullah ketika bercerita mengenai kisah seorang nelayan miskin yang ditemuinya di sebatang sungai ketika me...
Najib Saman Tommy Thomas Kerajaan Atas Pendakwaan Salah

Najib Saman Tommy Thomas Kerajaan Atas Pendakwaan Salah

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 275 hits
malaysiakini comNajib Razak memfailkan saman terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas yang didakwanya membuat pendakwaan salah terhadap beberapa kes jenayah Saman itu difailkan menerusi firma Raj Ong Yudistra di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu...
Boyong 3 Penghargaan Atas Aktingnya Amanda Manopo Rela Gemukkan Badan Demi Peran

Boyong 3 Penghargaan Atas Aktingnya Amanda Manopo Rela Gemukkan Badan Demi Peran

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 369 hits
Usahanya tak mengkhianati hasil Amanda sebut sudah mulai rindu dengan tubuhnya yang dahulu
Dikritik Teruk Giselle Aespa Mohon Maaf Atas Ucapan Perkataan Rasis

Dikritik Teruk Giselle Aespa Mohon Maaf Atas Ucapan Perkataan Rasis

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 283 hits
Dua hari lalu AESPA telah memuat naik video di sebalik tabir penggambaran untuk lagu terbaru mereka Savage Peminat yang menonton video itu menyedari bahawa Giselle salah seorang ahli kumpulan tersebut telah mengucapkan lirik kepada lagu Lov...
Contoh Audit Atas Akun Persediaan Perusahaan

Contoh Audit Atas Akun Persediaan Perusahaan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 282 hits
AUDIT ATAS AKUN PERSEDIAAN PT RIJAL WATER TAHUN 2019 Laporan ini membahas proses audit yang dilaksanakan oleh KAP HABIBULLOH terhadap akun persediaan PT RIJAL WATER untuk periode yang berakhir pada 31 Desember 2019 PT RIJAL WATER adalah per...
Tiga Lelaki Di Dakwa Atas Tuduhan Mengambil Tual Balak Tanpa Lesen Dari Hutan Di Pekan

Tiga Lelaki Di Dakwa Atas Tuduhan Mengambil Tual Balak Tanpa Lesen Dari Hutan Di Pekan

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 261 hits
KUANTAN Seorang kontraktor dan dua buruh didakwa di di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengambil balak di tanah milik kerajaan di Pekan dekat sini minggu lalu Muhammad Saffrin Ahmad 36 Ahmad Mustaim Muhamad 30 dan Muhammad Tau...
Karen Kena Kompaun Rm3 000 Atas Dua Kesalahan Termasuk Tak Imbas Mysejahtera

Karen Kena Kompaun Rm3 000 Atas Dua Kesalahan Termasuk Tak Imbas Mysejahtera

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 251 hits
Seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka di sebuah butik mewah di pusat beli belah terkenal dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM3 000 ekoran melanggar prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 Ketua Polis ...
Sentuh Sensitiviti Islam Umno Minta Dap Ambil Tindakan Atas Ronnie Liu

Sentuh Sensitiviti Islam Umno Minta Dap Ambil Tindakan Atas Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 165 hits
Sentuh sensitiviti Islam UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu KOK LANAS Datuk Seri Mohd Alwi Che Ahmad meminta DAP mengambil tindakan ke atas Ronnie Liu Tian Khiew susulan satu hantaran di laman sosial yang didakwa menyentuh sensit...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco