Najib Saman Tommy Thomas Kerajaan Atas Pendakwaan Salah


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Oct 26, 2021 6:00 PM


Najib Razak memfailkan saman terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas yang didakwanya membuat pendakwaan salah terhadap beberapa kes jenayah.

Saman itu difailkan menerusi firma Raj, Ong & Yudistra di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu. Saman itu menamakan Thomas dan kerajaan sebagai defendan.

Menurut salinan pernyataan tuntutan yang dilihat Malaysiakini, bekas perdana menteri itu berkata Thomas telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam, penyalahgunaan proses dengan niat jahat dan kecuaian.

Menurut Najib, dakwaan terhadap Thomas itu berkaitan pendakwaan jenayah terhadapnya berkaitan kes 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), dua kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram di bawah Akta SPRM 2009.

Dia bagaimanapun menyatakan ia tidak melibatkan pendakwaan berkaitan SRC International Sdn Bhd, dahulunya subsidiari milik 1MDB sebelum menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Najib mendakwa susulan penubuhan kerajaan PH yang diketuai Dr Mahathir Mohamad selepas menang dalam PRU14, dia dihadapkan dengan 35 pendakwaan jenayah melibatkan empat kes itu.
"Fakta-fakta yang berikutnya akan menunjukkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Najib adalah sebahagian daripada satu perbuatan yang telah dirancang lama dan dirangka awal oleh Tommy Thomas.

"Juga, ini adalah selaras dengan rancangan kerajaan ketika itu

"Sebagai peguam negara, dia telah menjalankan tugasnya, sekurang-kurangnya yang berkaitan dengan Najib Razak, seolah-olah dia adalah ejen PH.

"Malah, dia akan kemudiannya menghubungkan parti politik Najib, Umno dengan Najib sendiri, orang Melayu dan pendorongan untuk Islamisasi," dakwa Najib.

Dia turut mendakwa, sebelum dan selepas menjadi peguam negara, Thomas telah membuat banyak kenyataan yang prejudis terhadapnya.

Antaranya adalah dia adalah penjenayah yang bersubahat dengan Low Taek Jho, walaupun ketika pertuduhan terhadapnya dibicarakan di mahkamah, dakwa Najib.

Najib antaranya menuntut satu pengisytiharan yang Thomas telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam, RM1,941,988, ganti rugi am, teladan dan tambahan, dan relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

Menurut senarai kausa dalam talian, pengurusan kes untuk saman itu akan dibuat di Jabatan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 November.

Pada Februari lalu, Najib dilaporkan memfailkan surat tuntutan terhadap Thomas berhubung memoir peguam itu, bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Najib kemudian menuntut Thomas untuk menarik balik memoir itu, membuat permohonan maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta atas dakwaan yang terkandung di dalamnya.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/najib-saman-tommy-thomas-kerajaan-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikaitkan Dengan Kes Pembunuhan Altantuya Najib Saman Peguam Negara Tommy Thomas

Dikaitkan Dengan Kes Pembunuhan Altantuya Najib Saman Peguam Negara Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 698 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan sebuah syarikat penerbitan berhubung kenyataan fitnah membabitkan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam buku berj...
Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 208 hits
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh pada 2018 atas alasan ia tidak boleh dimenangi PETALING JAYA Kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungj...
Kes Dakwaan Salah Guna Kuasa Mp Labuan Anggap Kerajaan Mahu Rosakkan Imej Beliau

Kes Dakwaan Salah Guna Kuasa Mp Labuan Anggap Kerajaan Mahu Rosakkan Imej Beliau

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 230 hits
KOTA KINABALU Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli daripada Parti Warisan Sabah mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dan menganggap kerajaan mahu merosakkan reputasinya menjelang pilihan raya umum Terdahulu...
Ku Nan Harap Rakyat Tak Salah Pilih Kerajaan Lagi

Ku Nan Harap Rakyat Tak Salah Pilih Kerajaan Lagi

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 207 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berharap seluruh ahli dan rakyat Malaysia mengambil keputusan bijak memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum akan datang dan tidak lupa peristiwa yang terjadi ...
Penat Anak Asyik Kencing Atas Tilam Bukan Salah Anak Pun Doktor Kongsikan Tip Bantu Anak Atasinya

Penat Anak Asyik Kencing Atas Tilam Bukan Salah Anak Pun Doktor Kongsikan Tip Bantu Anak Atasinya

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 234 hits
Tidak dinafikan setiap pagi bila nampak anak kencing di atas tilam kita mula mengeluh dek kerana terpaksa menguruskan tilam dan cadar yang perlu dibasuh setiap hari Penat dan buntu Jangan salahkan anak kerana ia berlaku diluar kawalannya Ji...
Najib Saman Budak Suruhan Ph Juta Juta

Najib Saman Budak Suruhan Ph Juta Juta

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 244 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSila sediakan wang untuk membayar saman ganti rugi Itu paling sesuai untuk diucapkan kepada budak suruhan dan Bekas Peguam Negara lantikan Lim Guan Eng ia itu Tommy Thomas ika Tun Mahathir tidak berani bertindak atas se...
Bagaimana Kerajaan Akan Pastikan Najib Tak Lari

Bagaimana Kerajaan Akan Pastikan Najib Tak Lari

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 225 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 20 2021 10 28 AMPemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri Najib Razak memperoleh semula pasportnya walaupun sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan rasuah Sedangkan ka...
Pakar Ekonomi Dakwa Kerajaan Bukan Tiada Wang Tapi Salah Belanja

Pakar Ekonomi Dakwa Kerajaan Bukan Tiada Wang Tapi Salah Belanja

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 155 hits
October 17 2021 Kerajaan bukan tiada wang namun dilihat salah belanja demikian tegas pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalid Beliau yang juga Pengarah Urusan DM Analytics berkata wang banyak dibelanjakan kepada perkara yang tidak perlu ketika n...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu