Belum Pernah Dapat Ayam Sayu Nelayan Sabar Tunggu Ikan Dari Atas Sampan Tak Percaya Ketika Dihulur Ayam Segar


“RIAK wajah suramnya bertukar teruja dan gembira. Siap tanya ‘betulkah untuk aku?’ sebab dia macam tak percaya.”
Demikian kata Saharuddin Amirullah ketika bercerita mengenai kisah seorang nelayan miskin yang ditemuinya di sebatang sungai ketika menyampaikan misi bantuan makanan, baru-baru ini.
Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berusia 30 tahun itu berkata pada hari tersebut, dia bersama pasukan NGO VitaminBae menjalankan misi bantuan mengedarkan ayam segar kepada sebuah penempatan yang terletak sedikit terpencil dari pekan Sandakan.
“VitaminBae selalunya agihkan bahan asas seperti beras, telur, minyak masak dan sebagainya. Namun sempena bulan kelahiran Rasulullah baru-baru ini, kami buat agihan ayam segar.
“Selalunya apabila ada sambutan istimewa dalam Islam, kita beri yang lebih istimewa sedikit seperti ayam atau daging korban.
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebenarnya sewaktu kami dalam perjalanan pergi ke penempatan sasaran, memang perasan dia sedang menangkap ikan di atas sampan. Bila kami balik, masih nampak abang tu di situ.
“Kita sangka bila lama di sungai, mesti dapat banyak ikan. Speechless nampak ikan-ikan kecil hasil tangkapannya. Kebetulan masih ada baki, kami berinya seekor ayam. Senyumannya lebar.
“Katanya, selama dia jadi nelayan di situ, belum lagi pernah dapat ayam,” cerita Saharuddin yang juga Koordinator VitaminBae daerah Sandakan.
Lima tahun terlibat dengan lapangan kerja kebajikan dengan hampir dua tahun bersama NGO VitaminBae, Saharuddin berkata pelbagai pengalaman dan kisah penduduk yang ditemuinya benar-benar menjentik rasa insaf dalam diri.

Saharuddin (dua, kanan) aktif turun ke kawasan penempatan untuk menyampaikan bantuan.
“Kalau di Sabah ini ada dua istilah. Pertamanya penempatan, dan keduanya kampung. Penempatan ni rumah-rumah yang dibuat di kawasan asal boleh buat rumah seperti sungai, hutan.
“Mereka kebanyakannya tiada status kewarganegaraan. Kasihan sangat sebab mereka ni masih terjejas sampai sekarang kerana tiada pekerjaan. Antara sebabnya, tiada vaksin lengkap jadi majikan tak mahu ambil ris1ko.
“Jadi mereka terpaksa buat apa sahaja kerja antaranya jadi nelayan. NGO di Sabah memang sering jalankan misi masuk hutan, sungai untuk bantu mereka.

Golongan yang tinggal di penempatan berhampiran sungai dan hutan adalah antara yang diberi tumpuan oleh VitaminBae.
“Kalau orang susah yang terdiri daripada penduduk kampung, kami akan salurkan maklumat kepada pihak Baitulmal atau pihak kebajikan.
“Kami (NGO-NGO) wujudkan ‘sistem zoning’ supaya tiada yang tercicir. Biar tiada perbezaan dalam menyampaikan bantuan dan kita tak mahu mereka di penempatan terpinggir,” ujarnya yang merupakan anak jati Sandakan.
Menurut Saharuddin, selepas video mengenai nelayan tersebut menjadi tular di aplikasi TikTok dan juga Instagram, dia menerima Direct Message (DM) daripada ramai pihak yang ingin menyalurkan bantuan.
Bayangkan, sekilo daging korban tu kita rasa biasa je. Tapi bagi mereka ia macam satu rahmat.SAHARUDDIN AMIRULLAHKOORDINATOR VITAMINBAE SANDAKAN“Saya bersyukur penyumbang sangat support dan membantu terutamanya orang dari Semenanjung… memang pantas dan cepat hulur sumbangan lebih-lebih lagi jika viral. Begitu juga dengan orang tempatan di Sabah.
“Kalau nak tahu, waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, telefon kami bertubi-tubi mesej masuk kerana mohon bantuan,” ujarnya yang juga penjawat sektor swasta.
Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok begitu meruntun jiwa, Saharuddin berkata tujuannya memuat naik video berkenaan adalah sebagai membuka mata ramai pihak agar sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Salah satu misi VitaminBae ketika menyantuni asnaf.
“Saya share sebab nak orang di luar sana nampak, kebaikan ni kalau depan mata, jangan ditunda lagi. Dan kalau kita rasa susah, ada yang lebih susah.
“Bayangkan, sekilo daging korban tu kita rasa biasa je. Tapi bagi mereka ia macam satu rahmat. Mereka sangat menghargai. Inilah yang membuatkan kita lagi istiqamah nak bantu orang susah.
“Bila terlibat dengan kerja sukarelawan, kita dapat cari identiti sendiri. Kita bukan nak jadi contoh pun, tapi ramai terinpsirasi.
“Jadi secara tak langsung NGO ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Itu yang kita mahukan. Sesiapa pun boleh jadi sukarelawan, ” ujarnya lagi.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2021/10/belum-pernah-dapat-ayam-sayu-nelayan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nelayan Lemas Selepas Terjatuh Dari Sampan Ketika Cari Kerang

Nelayan Lemas Selepas Terjatuh Dari Sampan Ketika Cari Kerang

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 302 hits
Foto Bomba Perak BERUAS Seorang nelayan ditemukan mati lemas selepas terjatuh dari sampan yang dinaikinya ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor Pantai Remis di sini malam ini Mayat Shahril Daud 33 ditemukan nelayan dalam keadaan t...
Belum Memiliki Momongan Jawaban Dewi Sandra Ketika Ditanya Kapan Punya Anak Bikin Kagum

Belum Memiliki Momongan Jawaban Dewi Sandra Ketika Ditanya Kapan Punya Anak Bikin Kagum

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 230 hits
Banyak perempuan di luar sana yang juga berada di posisinya Dewi Sandra pun membagikan tipsnya berdamai dengan pertanyaan seperti itu
Ini Tempat Masih Dara Dan Belum Pernah Lagi Di Sentuh Oleh Mana Mana Food Blogger

Ini Tempat Masih Dara Dan Belum Pernah Lagi Di Sentuh Oleh Mana Mana Food Blogger

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 206 hits
Lokasi Tapak Pasar Malam Taman Bersatu Simpang Pulai 31300 Ipoh Perak Waktu Niaga Setiap Sabtu Khamis 11 30 pagi sampai habis Untuk Tempahan 017 3494969 M
Kali Ni Nekad Nak Sihat Kuat Balik Lepas Bersalin Tasha Manshahar Tak Sabar Tunggu Kelahiran Anak Ke 2

Kali Ni Nekad Nak Sihat Kuat Balik Lepas Bersalin Tasha Manshahar Tak Sabar Tunggu Kelahiran Anak Ke 2

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 369 hits
Lain anak lain ragamnya Bagi penyanyi Tasha Manshahar yang kini bakal melahirkan anak keduanya sedikit masa lagi mengakui banyak perbezaaan kehamilannya kali ini Kata Tasha menerusi perkongsiannya di Instagram berbanding kehamilan anak sulu...
Biar Nggak Bosan Ini 5 Rekomendasi Menu Makanan Buat Kamu Para Pecinta Hidangan Ikan

Biar Nggak Bosan Ini 5 Rekomendasi Menu Makanan Buat Kamu Para Pecinta Hidangan Ikan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 234 hits
Agar tetap bisa mendapatkan segudang manfaat dari ikan tanpa harus merasa bosan saat menyantapnya 5 rekomendasi menu ini mungkin bisa jadi solusi
Sangat Sedap Peniaga Kongsi Resipi Sambal Telur Ikan Bilis Bebola Ikan

Sangat Sedap Peniaga Kongsi Resipi Sambal Telur Ikan Bilis Bebola Ikan

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 336 hits
Sedapnya Sambal Telur Ikan Bilis Bebola Ikan ni Dengar nama sambal macam senang sahaja sediakan tetapi untuk mendapat rasa sambal yang betul betul sedap bukan mudah Sambal harus dimasak dengan lama supaya cilinya betul betul masak dan menge...
Govt Negotiating Lower Fees For Release Of Cars Stranded At Port Klang

Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Three Ex Aides Of Ismail Sabri Given Bail Macc Probe Ongoing

5 Brands With The Best Customizable Sofas

Lirik Lagu Raya Ya Ya Iman Troye Dato Sri Aliff Syukri

Kelantan Tiga Pps Dibuka Di Tanah Merah Akibat Banjir

Motorcyclist Assaults Snatches Gold Bracelet From Woman In Simpang Pulai

Hadits Arbain Nawawi 9 Menyikapi Perintah Dan Larangan


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Time Management For Entrepreneurs

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Pancawarna

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Aud Jpy Pasangan Mata Wang Bersilang Rabu 26 Februari 2025

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns