Asyraf Dasley Percaya Keunikan Satu Kelebihan



"PERCAYA kepada keunikan diri yang dimiliki dan jangan melihat ia sebagai sesuatu kekurangan untuk berjaya," ujar pemenang tempat ketiga Face of Asia, Asyraf Dasley.
Pelajar di peringkat Ijazah Doktor Falsafah Keusahawanan, Teknologi Reka Bentuk dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu mengakui bukan mudah untuk berada di kedudukan tiga teratas di peringkat Asia.
Ia kerana, pertandingan itu mencari bakat peragawan dari 28 negara di seluruh Asia dan bertanding melangkaui sempadan jantina.
Namun, anak kelahiran Kedah itu berasa puas apabila dapat memecahkan rekod industri peragawan lelaki tempatan kerana buat kali pertama Malaysia berjaya menembusi tangga ketiga teratas dalam pertandingan tahunan itu, meskipun tidak dimahkotakan sebagai juara.
"Terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang menyertai pertandingan ini kerana peserta dinilai secara maya.
"Ini kerana, peserta yang mewakili negara masing-masing tidak dapat diterbangkan ke negara penganjur iaitu di Korea seperti sebelum ini akibat Covid-19," katanya.
Jelasnya, memandangkan ketika pertandingan itu berlangsung, Malaysia dalam proses Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dia melalui pelbagai cabaran antaranya perlu kreatif dalam menghasilkan video dan sesi fotografi yang bukan dikendalikan pemain industri yang pakar dalam bidang peragawan.
"Sebelum ini, jika di dalam sesi fotografi atau videografi, kita sebagai model akan hanya perlu memberikan gaya terbaik.
"Bagaimanapun, disebabkan PKPB dan pergerakan agak terbatas, saya perlu menggunakan khidmat individu yang tidak pernah terbabit dalam sesi fotografi dan video dalam bidang model. Jadi, bagi memastikan kualiti visual itu terbaik, saya sendiri perlu memahami secara
teknikal mengambil gambar dan video. Namun, bersyukur ia berjalan dengan baik," katanya.
Lebih mencabar katanya di peringkat suku akhir, dia diserang demam denggi dan sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Asyraf berkata, pertandingan itu tidak seperti mencari pertandingan Mister Universe yang perlu bertanding keunikan diri sesama jantina tetapi Face Of Asia mencari wajah unik dan komersial peragawan dari rantau Asia tanpa mengira jantina.
Jelasnya lagi, dalam norma baharu pertandingan antarabangsa itu, setiap peserta turut dinilai dari segi kreativiti menghasilkan video dan visual untuk menarik perhatian juri.
"Face Of Asia mengenengahkan 77 model dari seluruh Asia yang perlu melalui pelbagai peringkat atau dikenali sebagai survivor dan syukur saya dapat ke peringkat akhir.
"Antara tugasan yang diberikan adalah kemampuan memberikan gaya terbaik di menerusi foto, visual di dalam video dan keunikan bakat," katanya yang pernah menyertai Mister United di Filipina pada 2016.
Asyraf berkata, dalam pertandingan itu ketika di pertandingan beradu bakat, dia mempersembahkan keunikan silat dan tarian tradisional dari Malaysia.
Jelasnya lagi, dia berminat menyertai pertandingan peragawan kerana terdapat adik-beradik dan sepupunya yang terbabit di dalam bidang berkenaan.
"Namun, saya tidak tergesa-gesa untuk masuk ke bidang ini kerana memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dahulu sehingga ke peringkat sarjana.
"Selepas melihat keputusan yang memuaskan di peringkat Sarjana Teknologi Reka Bentuk dari UiTM, baru saya menceburinya secara serius," katanya meraih nilai gred kumulatif terkumpul (CGPA), 3.95 ketika berada di peringkat ijazah sarjana.
Asyraf berkata, dia melihat sebagai seorang peragawan tidak seharusnya hanya bijak memberikan gaya terbaik di hadapan mata lensa kerana bentuk fizikal dan wajah yang unik tetapi perlu seiring dengan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang pendidikan formal.
"Perkara ini penting bagi memastikan kita tidak sekadar tampak menarik di hadapan kamera tetapi turut disegani kerana mempunyai taraf pendidikan yang tinggi," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/12/asyraf-dasley-percaya-keunikan-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Tercipta Satu Ikatan Gandingan Aeril Zafrel Hannah Delisha Peminat Percaya Pasti Meletop

Drama Tercipta Satu Ikatan Gandingan Aeril Zafrel Hannah Delisha Peminat Percaya Pasti Meletop

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 1060 hits
Drama gandingan Pelakon Aeril Zafrel Dan Hannah Delisha Tercipta Satu Ikatan yang bakal di tayangkan pada 29 Disember ini merupakan drama pertama gandingan dua perlakon hebat tersebut dan pasti bakal menjadi trending nantiDrama bersiri ini ...
Tunggang E Skuter Di Jalan Raya Satu Kesalahan Mulai 2021

Tunggang E Skuter Di Jalan Raya Satu Kesalahan Mulai 2021

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 386 hits
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya mengatakan sesuatu dengan sebahagian pemandu skuter elektrik mengenai keselamatan jalan raya di Bukit Bintang Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KU...
Scott S Gummies Dha Terbaharu 3 Perisa Dalam Satu Botol

Scott S Gummies Dha Terbaharu 3 Perisa Dalam Satu Botol

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 367 hits
Scott s Gummies DHA Terbaharu 3 Perisa Dalam Satu Botol Mummy dan ibu lain di luar sana semua inginkan anak mereka membesar secara baik dari segi fizikal mental dan emosi Kita sentiasa mencari jalan untuk memberikan nutrien bagi perkembanga...
Pas Satu Parti Yang Cukup Kuat

Pas Satu Parti Yang Cukup Kuat

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 285 hits
PAS lebih dekat dengan Islam berbanding BERSATU atau UMNO Walaupun tidak dinafikan perjuangan PAS sebelum kerajaan dan selepas menjadi kerajaan berbeza umpama gunung dengan gaung tetapi rakyat dan penyokong biasa tidak terkesan Alasannya mu...
Tepat Setahun Hidup Dengan Satu Ginjal Vidi Aldiano Bersyukur Dapat Kesempatan Kedua Dari Tuhan

Tepat Setahun Hidup Dengan Satu Ginjal Vidi Aldiano Bersyukur Dapat Kesempatan Kedua Dari Tuhan

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 263 hits
Ternyata idap kanker ginjal stadium 3 Vidi pun menjalani operasi pengangkatan ginjal pada akhir 2019 lalu
Satu Lagi Kematian Dicatat Akibat Denggi Di Ns

Satu Lagi Kematian Dicatat Akibat Denggi Di Ns

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 267 hits
Oleh NOR AINNA HAMZAH S VeerapanSEREMBAN Satu lagi kematian akibat denggi dicatatkan di negeri ini menjadikan kumulatif kematian denggi sebanyak 9 kes sehingga 5 Disember lalu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Alam Sekitar Koperasi...
Epic Games Store Akan Berikan Satu Permainan Percuma Setiap Hari Selama 15 Hari Bermula 17 Disember

Epic Games Store Akan Berikan Satu Permainan Percuma Setiap Hari Selama 15 Hari Bermula 17 Disember

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 322 hits
Epic Games Store merupakan salah satu kedai permainan video yang popular selain Steam GOG dan beberapa yang lain Hampir setiap minggu mereka turut menawarkan permainan percuma kepada para pengguna dalam memastikan kekal menyemak kedai perma...
Penyatuan Parti Melayu Satu Kebangkitan Semula Annuar

Penyatuan Parti Melayu Satu Kebangkitan Semula Annuar

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR Penyatuan ummah dan semangat muafakat nasional telah menjadi satu rennaisance atau kebangkitan semula kepemimpinan dan parti orang Melayu Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata perpaduan Melayu dan penyat...
Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Alcohol In School Halls Cabinet Decides To Keep Existing Rules Practice

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Report Malaysians Demonstrate Cautious Optimism Amid Economic Uncertainty

Embarrassing Fam Scandal Reflect Deep Rooted Accountability Crisis In Malaysia S Major Institutions

Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Design Menarik Jualan Pun Meningkat Inilah Kuasa Visual Dalam Marketing

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak Kospet Lancar Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Penemuan Terbesar Petronas Dalam 20 Tahun

Lirik Lagu Semoga Ada Waktu Luang Feby Putri

Viral Video Shows What A Newspaper Delivery Boy Can Do With 17 Years Of Experience