Tunggang E Skuter Di Jalan Raya Satu Kesalahan Mulai 2021


Kumara Sabapatty Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya (dua kiri) mengatakan sesuatu dengan sebahagian pemandu skuter elektrik mengenai keselamatan jalan raya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, KUALA LUMPUR – Tindakan penunggang skuter elektrik dua roda atau satu roda di jalan raya akan dikenakan tindakan mulai tahun depan.
Ini kerana mulai 1 Januari 2021, mana-mana penunggang skuter elektrik yang didapati bergerak di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 dan maksimum RM1,000 untuk kesalahan ulangan atau  berdepan hukuman penjara tiga bulan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, buat masa ini, pasukan trafik terlibat dalam tindakan bersifat advokasi kepada penunggang skuter elektrik.
Katanya, jumlah penggunaan skuter elektrik dalam kalangan remaja dan dewasa lelaki dan wanita meningkat secara drastik sejak diperkenalkan sebuah syarikat tempatan pada pertengahan tahun ini dan mencetuskan kebimbangann keselamatan awam.
“Sejak itu mereka dikesan menunggang di atas jalan raya lebih kerap dan pergerakan mereka dengan pengangkutan mini itu semakin meningkat di lokasi tumpuan utama di ibu negara iaitu Bukit Bintang, KLCC dan Dataran Merdeka.
“Kita sekarang turun ke lapangan bersama pasukan trafik dan berjumpa mereka dengan memberikan advokasi berbentuk nasihat supaya tidak bergerak dengn skuter itu di atas jalan raya.
“Nasihat advokasi untuk mereka diteruskan sehingga 31 Disember ini dan mulai 1 Januari tahun depan penunggang skuter elektrik yang didapati bergerak di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 dan maksimum RM1,000 untuk kesalahan kedua dan seterusnya atau penjara tiga bulan akan dikenakan di bawah APJ 1987,” katanya kepada pemberita di Bukit Bintang malam tadi.
Sebelum itu, Zulkefly dengan pasukan trafik turun ke lapangan bertemu dan menasihati penunggang skuter elektrik di sekitar kawasan berkenaan
Sementara itu, Tinjauan MalaysiaGazette mendapati kehadiran ramai pengguna skuter elektrik di kawasan Bukit Bintang membahayakan kerana terdedah kepada kemalangan.
Golongan pemuda dan pemudi mengambil peluang bersiar-siar dengan menaiki skuter elektrik ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINALKetika itu jalan utama itu penuh dengan kenderaan yanag menunggu di lampu isyarat dan kemunculan sekumpulan penunggang skuter di celah kenderaan dan menyeberangi lampu isyarat ‘mengejutkan’ pengguna jalan raya yang lain.
Adegan mereka juga dirakam pasukan anggota trafik yang terlibat dalam pemantauan dan advokasi bermula 10.30 malam di lokasi tumpuan pelancong itu.
Skuter itu diperkenalkan pada 29 Mei 2020 mula menjadi trend masa kini serta mudah didapati kerana telah disediakan untuk kemudahan pengguna untuk bergerak dalam destinasi yang agak jauh bagi pejalan kaki ke pengangkutan awam.
Lokasi E-Skuter itu beroperasi sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka yang menjadi tumpuan utama orang awam dan pelancong sehingga membawa rungutan dan kesulitan pemandu kenderaan besar.
Operasi khas Advokasi penunggang Skuter Elektrik di ketiga-tiga lokasi tumpuan utama pelancong itu diadakan dengan jumlah kekuatan lima pegawai kanan dan 20 orang pegawai rendah polis JSPT Kuala Lumpur dan seramai 65 orang terdiri daripada 30 lelaki dan 35 wanita diperiksa dan dinasihati penggunaan e-skuter dari sudut perundangan.
E-Skuter tergolong di bawah takrifan kenderaan mikromobiliti dan dibawah pindaan terbaharu APJ (Oktober) 2020) Seksyen 2 (b) takrifan bagi kenderaan mikromobiliti ertinya ‘mana-mana kenderaan yang dipacu sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia dan mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.
Menurut Zulkefly, penggunaan skuter elektrik tanpa kawalan, pengawasan dan laluan yang ditetapkan boleh membahayakan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain akibat kecuaian.
Katanya, tindakan drastik itu diambil segera kerana skuter elektrik sebenarnya dilarang digunakan atas jalan raya yang digazetkan sebalinya hanya boleh digunakan di atas jalan raya tidak digazetkan seperti taman perumahan atau padang permainan dan kaki lima sahaja.
“Jika masih mahu bersungguh hendak di bawa atas jalan perlu memohon kepada Jabatan Pengangkutan Jalan dan hanya ketua pengarahnya berkuasa untuk mempertimbangkan dan meluluskan berdasarkan situasi keselamatan awam.
“Ia jelas dimaklumkan dalam Kaedah 42(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) yang berkehendakkan melainkan ia telah dilengkapi dengan brek yang efektif yang mana ianya boleh beroperasi secara berasingan sekurang-kurangnya dua tayar dan loceng.
“Dalam apa jua cara yang lain selain dari bercelapak di atas pelana, semasa memegang apa apa benda dalam mana-mana belah tangannya melainkan sekurang-kurangnya satu tangan sentiasa memegang pemegang handle untuk memusing atau mengawal kenderaan,” ujarnya.
Justeru katanya, kesalahan yang sering dilakukan oleh penunggang e-skuter adalah menunggang kenderaan itu secara berdua, tidak menggunakan laluan basikal atau pun siar kaki lima yang disediakan dan menunggang secara berbahaya di tengah jalan utama dan berkumpulan sehingga mengganggu kenderaan lain yang boleh mengundang bahaya khususnya pada waktu malam.
“Nasihat polis kepada penunggang skuter elektrik jangan menunggang atas jalan raya tidak digazetkan dan tindakan undang-undang lebih tegas akan menyusul jika dikesanbergerak atas jalan raya, tempoh advokasi untuk anda hanya 19 hari lagi.
“Bersyukur setakat ini tiada sebarang insiden atau kemalangan jalan raya membabitkan penunggang skuter elektrik ini tetapi sebagai langkah pencegahan awal ibarat sediakan payung sebelum hujan,” katanya.
Seunit E-skuter satu roda dijual di pasaran termasuk dalam e-dagang bermula dari RM1,100 sehingga mencecah RM15,000 seunit.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/tunggang-e-skuter-di-jalan-raya-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denda Rm300 Jika Guna Skuter Elektrik Di Atas Jalan Raya Kl Bermula 1 Januari 2021

Denda Rm300 Jika Guna Skuter Elektrik Di Atas Jalan Raya Kl Bermula 1 Januari 2021

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 252 hits
Bermula 1 Januari 2021 penggunaan skuter elektrik di jalan raya atau di kawasan selain yang digazetkan di Kuala Lumpur adalah dilarang Mereka yang menggunakannya di jalan raya Kuala Lumpur boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Pengangkutan ...
Mulai 1 Januari 2021 Iuran Bpjs Bakal Naik Segini Dendanya Jika Telat Bayar

Mulai 1 Januari 2021 Iuran Bpjs Bakal Naik Segini Dendanya Jika Telat Bayar

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 289 hits
Iuran peserta Badan Penyelenggara Jaminan Sosial Kesehatan disebut akan mengalami kenaikan mulai 1 Januari 2021 Kenaikan tarif iuran tersebut berlaku bagi peserta BPJS Kesehatan Kelas III dengan kategori Pekerja Bukan Penerima Upah dan Buka...
Mulai 2021 Hp Android Dan Iphone Jenis Ini Tak Bisa Lagi Pakai Whatsapp

Mulai 2021 Hp Android Dan Iphone Jenis Ini Tak Bisa Lagi Pakai Whatsapp

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 243 hits
Baru baru ini WhatsApp mengonfirmasi bahwa pihaknya bakal menghentikan dukungan platform layanan perpesanannya di sejumlah ponsel Android dan iOS yang masih menggunakan sistem operasi lawas mulai 2021 mendatang Lewat publikasi di blog resmi...
Menhub Target Operator Resmi Pelabuhan Patimban Bertugas Mulai April 2021

Menhub Target Operator Resmi Pelabuhan Patimban Bertugas Mulai April 2021

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 225 hits
Pada tahap awal Pelabuhan Patimban akan difokuskan untuk aktivitas ekspor atau impor produk otomotif Khususnya yang datang dari kawasan industri di sekitar Karawang
Halte Transjakarta Pasar Baru Ditutup Satu Bulan Mulai 16 Desember

Halte Transjakarta Pasar Baru Ditutup Satu Bulan Mulai 16 Desember

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 199 hits
Nantinya layanan rute sambung itu akan berhenti di rambu bus stop Pasar Baru TransJakarta pun menyediakan sebanyak tiga unit bus single untuk melayani pelanggan dari rute itu
Kita Pasti Akan Menang Pilihan Raya Rajinikanth Umum Tubuh Parti Politik Januari 2021

Kita Pasti Akan Menang Pilihan Raya Rajinikanth Umum Tubuh Parti Politik Januari 2021

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 405 hits
Pelakon terkenal India Rajinikanth 69 pada Khamis lalu berkata dia akan melancarkan parti politiknya pada Januari 2021 dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pada 31 Disember 2020 Bercakap kepada media dia mengatakan bahawa rancangan...
Perbuatan Sindir Badan Satu Kesalahan Bawah Akta Komunikasi 588

Perbuatan Sindir Badan Satu Kesalahan Bawah Akta Komunikasi 588

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 861 hits
Perbuatan mengejek merendah rendahkan atau menghina seseorang dari aspek rupa fizikal dipanggil sindir badan atau ejekan tubuh Dalam bahasa Inggeris atau istilah yang lebih kerap digunakan ialah body shaming Perbuatan ini memang sudah lama ...
Bmkg Sebut Puncak Musim Hujan Di Sebagian Wilayah Indonesia Pada Februari 2021

Bmkg Sebut Puncak Musim Hujan Di Sebagian Wilayah Indonesia Pada Februari 2021

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 233 hits
Oleh karena itu sejumlah daerah diminta meningkatkan kewaspadaan Seperti pesisir barat Sumatera sebagian besar pulau Jawa Bali sebagian Nusa Tenggara Barat sebagian Nusa Tenggara Timur Kalimantan bagian barat dan tengah Sulawesi sebagian Ma...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya