Pihak Berkuasa Berlaku Zalim Kepada Asri Janggut Pembela
Siti Hafidah Beliau sepatut dilindungi bukan dijadi sebagai sasaran									  	 	   

		  			 			BANGI – Pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid yang  mendedahkan, kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di  Bandar Baru Sungai Buloh sewajarnya dilindungi dan bukan menjadi sasaran  pihak berkuasa.
Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masrizi Sat  berkata, tindakan Mohd Asri yang seolah-olah menegur perkara tidak  betul sepatutnya diucapkan terima kasih atau sekurang-kurangnya diberi  perlindungan keselamatan.
“Apabila saya melihat perkara ini, ia  sudah menjadi kezaliman. Pihak berkuasa berlaku zalim menindas orang  yang mangsa (ketika) COVID-19. Menindas bangsa pribumi kita sendiri.
“Maka, sudah tentu bila berlaku kezaliman  dan penindasan kami dari pergerakan gabungan NGO-NGO Islam dan juga  pelbagai lagi mereka yang berpegang kepada prinsip amar mahruf nahi  mungkar tidak akan berdiam diri,” tegasnya menerusi siaran langsung yang  disiarkan di Facebook PEMBELA, hari ini.
Mohd Asri yang dikenali Asri Janggut  sebelum ini mendakwa, wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga  warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar  Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.
Pendedahannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia tular sejak, kelmarin.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai  Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan, dakwaan itu dan  berkata ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan  masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.
Dalam perkembangan berkaitan, Ustaz  Masrizi menyarankan, supaya NGO menjadi satu badan yang memainkan  peranan semak dan imbang membantu pembuat dasar serta pelaksana.
Beliau berkata, ini supaya operasi pihak berkuasa dapat dibaiki kelemahannya dan ditingkatkan pretasi serta kualiti.
Selain itu, katanya, tuntutan PEMBELA  kepada Perdana Menteri nanti turut mencadangkan penubuhan majlis  pemulihan atau pemantapan integriti penguatkuasaan diwujudkan dengan  menggabungkan ulama, pakar NGO, SPRM, penguat kuasa dan jabatan  integriti agensi.
Saranan itu berikutan masalah gejala  sosial dan intergriti yang begitu teruk terutamanya rasuah,  penyalahgunaan kuasa dan subahat kepada pengkhianat negara yang berlaku  begitu banyak lagi tenat, katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/pihak-berkuasa-berlaku-zalim-kepada.html