Terowong P Pinang Syarikat Melayu Dapat Pun Pn Tak Puas Hati



UCAPAN PENGERUSI SYARIKAT MELAYU BUMIPUTERA, CONSORTIUM ZENITH BUGG SDN. BHD., DATUK ZARUL AHMAD ZULKIFLY pada 2013
Syarikat yang memenangi tender terbesar dalam sejarah Pulau Pinang dengan harga terendah RM6.3 bilion bagi pelaksanaan projek 3 lebuhraya dan 1 terowong penghubung ketiga.
BismiLlahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebabnya saya berada di sini, banyak orang ingin mengetahui siapakah Zarul Ahmad? Jadi, saya di sini, di depan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ini lah Zarul Ahmad. Nama saya, Zarul Ahmad bin Zulkifly. Beranak di Perlis dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
Saya adalah seorang ahli perniagaan dan saya juga memegang beberapa jawatan di lembaga pengarah di beberapa syarikat dalam senarai awam.
Saya dah rasa senang dan saya dah rasa susah. Pernah sekali, semasa waktu raya, saya tak mampu beri duit raya kepada anak saya. Saya hanya beri kertas MoU (perjanjian persefahaman) kepada anak-anak saya.
Tetapi, Alhamdulillahh kerana saya sentiasa bekerja kuat dan sentiasa ingin menjayakan diri saya untuk keluarga saya dan masyarakat. Saya sentiasa berusaha sehingga ke tahap ini.
Di sini, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tender sebesar ini kalau di (bawah Kerajaan) Persekutuan, saya rasa saya tiada ‘can’ (peluang memenangi), mesti GLC (badan berkaitan kerajaan) atau nama-nama yang biasa kita dengar lah.
Tetapi, tender terbuka di negeri Pulau Pinang, dia orang tak kira siapa Zarul kah (atau) siapa-siapa kah, asalkan projek ini kita boleh buktikan bahawa projek ini dikendalikan, dan kita boleh jaminkan yang projek ini akan dikendalikan sebaiknya.
Kedua, asalkan harga kita adalah yang terendah.
Saya, membesar di Kuala Lumpur. Projek-projek saya pun kebanyakan di Kuala Lumpur. Saya pun ada masuk tender (sama ada) tender terhad, ada juga runding langsung. Macam-macam cara.
Tender terbuka? Saya pernah masuk (dengan tawaran harga) terendah, tapi, tak dapat juga. Ada (syarikat dalam senarai) nombor tiga atau nombor empat yang dapat. Jadi, saya melalui segala-galanya.
“Di sini, saya hormat dan tabik kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana dia cakap serupa bikin. Ini betul. Saya cakap ikhlas ini. Buat pertama kali, Saya tak pernah mengalami prosedur yang begitu telus, tiada ‘sembunyi-sembunyi’, semuanya jelas dan terang-terang dikendalikan oleh Ahli Lembaga Tender yang bukan terdiri oleh ahli-ahli politik, tetapi, (dikendalikan) oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Dan, apabila keputusan telahpun dibuat, tak pernah pun mereka ‘mai’ (datang) kepada saya dan bertanya : hang (kamu) orang UMNO kah atau orang mana? Tak ada pun.
Dia (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) tengok atas apa yang telah kita tunjukkan (dan) buktikan. Proposal yang kita sediakan (setebal) tiga kaki, bukan sekeping (atau) dua keping surat.
“Kita ‘lawan’ (bersaing) dengan syarikat-syarikat gergasi Malaysia. IJM pun masuk (sertai). Masa proses pra kelayakan itu, keluar di suratkhabar (mengenai) mengatakan, (Projek Inrakstruktur Lebuhraya dan Terowong Bawah Laut) ini bukan tender, ini tipu.
Apa kata lagu (sedemikian) itu. Kita dengar dan kita datang (di majlis pra kelayakan tender). Syarikat-syarikat gengasi lain pun ada di sana. Syarikat-syarikat antarabangsa pun ada di sana. Semua datang. Semua datang untuk menunjukkan hasrat dan minat untuk mendapatkan tender ini.
Jadi, saya tak tahu mengapa tohmahan-tohmahan sebegini dilemparkan kepada saya secara peribadi dengan mengatakan saya ini berbagai-bagai macam.
Saya tak kenal pun mereka (mempunyai hubungan istimewa dengan Kerajaan Negeri hingga dianugerahkan tender).
Mengapa mereka (pembangkang Pulau Pinang) buat (fitnah) seperti ini kepada saya?
Salahkah saya sebagai seorang Melayu bergabung dengan sebuah syarikat gergasi dari China, datang ke sini untuk membuat satu tawaran tender yang paling murah untuk orang-orang Pulau Pinang. Mereka (pembangkang Pulau Pinang) boleh beri tohmahan sedemikian. Apa macam?
Saudara dan saudari sekalian,
Sesiapa yang ada di sini, kalau lah satu hari nanti bergabung dengan syarikat gergasi di mana-mana, nak masuk (tender) dalam projek mega, berhati-hati lah. Esok lusa, mereka (pembangkang Pulau Pinang) akan hentam ‘kaw-kaw punya’ (secara melampau).
Satu saja cara, boleh. Apabila masuk tender itu, ‘kawtim’ (runding langsung) dengan mereka terlebih dahulu…selesai.
Saya tak ‘kawtim’ saya tak kenal mereka (Jawatankuasa Pemilihan Tender Kerajaan Negeri Pulau Pinang). Mereka (pembangkang Pulau Pinang) buat (tuduhan) sebegini kepada saya, buat apa.
Bagaimanapun, saya nak ucap terima kasih kerana mereka (pembangkang Pulau Pinang) telefon sampai ke China, sampai ke China Railway (Construction Corporation, CRCC), sampai ke Beijing Urban (Construction Group, BUCG) untuk kata: ‘Tok sah’ (jangan) buat usahasama dengan Si Zarul ini.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. (kerana) mereka (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) yakin dengan saya (serta) tetap bersama saya dan mereka yakin dengan masa depan pembangunan Pulau Pinang pada hari ini.
Mereka (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) tetap memberikan sokongan.
Inilah sedikit sebanyak yang saya ingin kongsikan seketika. Banyak tuduhan dilemparkan kepada saya, tetapi, saya pilih untuk berdiam (diri) sahaja.
Jadi, apabila ada peluang (memberi penjelasan) seperti ini, cerita sikit lah. Kalau tidak, tiada peluang.
Apabila bercakap di suratkhabar A, yang keluar B. Jadi, saya dengan peluang ini, saya nak cerita sikit lah.
Mengenai tender (Projek Inrakstruktur Lebuhraya dan Terowong Bawah Laut) ini, macam-macam tuduhan. Kalau mereka (pembangkang Pulau Pinang) tender ini patut mereka yang dapat, mengapa dari dulu tak masuk tender terbuka?
Mengapa tak masuk tender (terbuka)? Saya tak pernah dengar, orang apabila dan masuk tender dan menang tender sebab tawar harga paling rendah sekali melalui proses tender terbuka ini, esok lusa dipertikaikan.
Sebagai contoh, harga jalan ‘hang’ (kamu) ini tinggi. Apa jadi. Kami (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) tawar harga terendah sekali.
Kalau mereka (pembangkang Pulau Pinang) tawar harga yang terendah ini pun masih dianggap tinggi lagi, mengapa mereka tak tawar yang yang lebih rendah dulu?
Dah kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) menang tender pun, mereka (pembangkang Pulau Pinang) masih bising lagi. Mengapa tak ‘lawan’ (bersaing) dulu? Itulah yang saya nak cakapkan.
Lagi satu, mereka (pembangkang Pulau Pinang) ceritakan yang terowong (bawah laut) ini dengan macam-macam tohmahan. Kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) seperti yang Tuan Rajen (Penolong Pengarah Bahagian Kejuteraan MPPP, A. Rajendran) beritahu tadi, sebenarnya, sebelum mula projek pembinaan, kita akan buat kajian awalan terlebih dahulu.
Kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) akan buat penyelidikan dari segi alam sekitar, sosial dan sebagainya. Kita akan bawa hasil kajian itu kepada Kerajaan (Negeri Pulau Pinang) apabila sudah sempurna (kajian awalan).
Kerajaan (Negeri Pulau Pinang) akan tengok. Kalau OK, baru kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) boleh jalan (memulakan projek cadangan). Kalau dia (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) kata tak OK, ‘tak jalan’ (ditangguhkan lagi). Setakat itu sahaja kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) punya partisipsi.
Tapi, kalau dia suruh jalan, dia dah ‘kunci’ kita dengan RM6.3 bilion. Kita tak boleh jalan (sekiranya) esok-esok kita dapati (kos pembinaan) lebih (dari bajet).
Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini pandai. Mereka dah kunci kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) siang-siang dah. Kamu (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) pergi buat kajian lapangan dulu, kalau tak OK, kita berhenti dulu. Kalau ‘jalan’ (projek diteruskan), RM6.3 bilion.
RM6.3 bilion ini apa dia. Kalau beri tunai, tak apa. Bolehlah kita kitar tunai sikit. Ini, dia (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) bagi tanah. Buat kerja dulu, kalau mahu (projek), aku bagi tanah.
Maknanya, kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) ada garis rancangan sasaran. Dia (Kerajaan Negeri) siang-siang lagi tak bagi kita tanah. Kalau dia bagi kita tanah, saya boleh jadi pemaju.
Tapi, saya tak jadi pemaju. Saya jadi kontraktor. Apabila jadi kontraktor, saya perlu membayar kontraktor-kontraktor lain ini semua.
Takkan saya nak kata, Datuk Izham, saya nak bagi satu ekar tanah? Datuk ini, satu ekar kah? Saya kena bayar dengan tunai. Jadi, saya terpaksa membayar secara tunai melalui bank swasta.
Apabila kita mencapai satu-satu sasaran, kita mungkin dah berbelanja RM100 juta dah, selepas itu dia (Kerajaan Negeri) bagi tanah sebanyak (senilai) RM100 juta. Tanah itu yang kita dapat, cepat-cepat ditebus nilai.
Bukan kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) dan jadi pemaju perumahan. Bagaimana boleh buat keuntungan RM30 bilion macam yang mereka (pembangkang Pulau Pinang) kata itu?
Kalau siang-siang dapat tanah itu, boleh lah dibuat pembangunan (hartanah). Tolonglah henti tuduhan-tuduhan ini. Kita perlu laksana projek dulu, baru dapat dana.
Ada teori mengatakan, kalau buat lebuhraya, akan banyak kereta. Saya tidak tahu (di mana logiknya). Saya ini seorang yang mudah. Pada saya, kalau kita mampu, kita akan beli kereta, kita tak tunggu ada lebuhraya baru kita nak beli kereta.
Kita tak kata: Pak Mat, lebuhraya dah siap (dibina). Esok, kita boleh beli kereta.
Kita tak buat begitu. Kita beli kereta kerana kita mampu membeli kereta. Kalau kita beli kereta, kalau tiada lebuh raya sebegini dan sebagainya, (di) mana kereta itu nak ‘sumbat’ (bergerak)?
Kesesakan trafik semakin teruk lagi. Mereka (pembangkang Pulau Pinang) kata, Pulau Pinang dah ada jambatan kedua, mengapa perlu ada terowong bawah laut?
Terowong (bawah laut) ini bukan hari kita cakap (cadangkan), esok terus kita buat. Kita cakap mengenai (unjuran kesesakan trafik pada) tahun 2020 nanti. Masa itu, agaknya trafik semakin sesak di sini (George Town).
Mereka (pembangkang Pulau Pinang) tanya pula, apa pasal terowong ini di sini (George Town – Bagan Ajam)? Kerajaan tak beri jaminan trafik di terowong ini. Bermakna saya (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) mengambil satu lagi risiko (rugi) sekiranya tiada lalulintas di tol itu dan saya tak dapat kutip tol di situ…’kiyoq’ (rugi).
Kerajaan Negeri kata, kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) orang berniaga, maka kitalah peru ambil risiko. Dia (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) tak bagi kita senang lenang.
Dengan itu, saya betul-betul berasa, walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang betul-betul tegas, apabila berunding pun memang tegas. Tetapi, saya tahu (langkah Kerajaan Negeri) ini adalah untuk kebaikan orang-orang Pulau Pinang.
Lagi satu, saya nak cakap. Ini, mengenai penduduk Pulau Pinang. CRCC (atau) China Railway Construction Corporation dan BUCG (atau) Beijing Urban Construction Group dari negera China. Dan, saya pun datang dari Kuala Lumpur.
Maka, sudah tentu kami (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) memerlukan tenaga pekerja, kontraktor-kontraktor dari Pulau Pinang sendiri. Jadi, kontraktor-kontraktor Pulau Pinang boleh meningkatkan prestasi masing-masing.
Satu hari, Insya Allah, mana tahu satu kontraktor dari Pulau Pinang boleh membida kontrak terowong bawah tanah di luar negara pula. Apa salahnya?
Tak semestinya kena ada nama orang yang selalu kita dengar saja boleh buat. Kita (warganegara) boleh buat. Asalkan kita jujur dan rajin, kita boleh buat.
Saya dah berjumpa dengan Datuk Izham Merican (Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang), saya sudah menyuarakan hasrat kami (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) untuk mendapatkan sebanyak-banyak kontraktor Bumiputera untuk menyertai projek ini.
Bukan sahaja kontraktor Melayu, saya juga telah berjumpa dengan Dewan Perniagaan Cina, saya juga telah berjumpa dengan beberapa ahli perniagaan yang besar di Pulau Pinang dan mereka pun memberi sokongan.
Mereka sokong saya bukan sebab saya Zarul, tetapi, sebab saya mewakili projek yang akan membangun Pulau Pinang untuk semua orang…untuk semua orang.
Saya belum lagi berjumpa dengan persatuan kontraktor India, tetapi, saya akan usaha berjumpa mereka.
Seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri (Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng), dia kata dia tak peduli (sentimen) kaum, janji boleh buat kerja. Saya pegang kepada (prinsip) itu. Yang penting, janji saya akan buat kerja.
Akhir kata, saya sekali lagi berterima kasih kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kerana membuat satu pengumuman projek mega…kalau umum di Kuala Lumpur projek mega seperti ini, buat saja lah. Tapi, Y.A.B. Ketua Menteri sanggup turun padang dan bagi keterangan-keterangan yang terperinci, berjumpa dengan orang walaupun orang-orang tertentu baling apa-apa pun kepada dia. Dia (Guan Eng) tetap juga berjumpa dengan rakyat.
Dia (Guan Eng) tetap juga berjumpa dengan rakyat supaya mendapatkan pandangan dan kritikan mereka. Kalau syarat yang disampaikan bagus, untuk dimaksukkan dalam syarat kontrak kami (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.).
‘Can’ (peluang) akhir. Jadi, itu sahaja cerita sedikit sebanyak tentang saya dan projek ini. Dan, saya harap dapat sokong dan bimbingan daripada semua pihak mengenai projek ini.
Kami juga akan berjumpa dengan persatuan-persatuan yang lain (seperti) persatuan nelayan dan sebagainya untuk cerita bagaimana kita (Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd.) boleh membantu kemudian.
Sekian. WabiLlahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum WarahbatuLlahi Wabarakatuh.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29132

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asri Janggut Dakwa Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati

Asri Janggut Dakwa Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 418 hits
PENGUSAHA Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid mendedahkan beliau ada dihubungi individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh kelmarin Mohd Asri ...
Tidak Puas Hati Norhizam Baktee Umum Letak Jawatan

Tidak Puas Hati Norhizam Baktee Umum Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 364 hits
Exco Pertanian Penternakan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Norhizam Hassan Baktee hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Melaka berkuat kuasa serta merta Turut mengumumkan peletakan jawatan i...
Suara Hati Pedagang Pohon Pinang Sepi Pembeli Karena Pandemi

Suara Hati Pedagang Pohon Pinang Sepi Pembeli Karena Pandemi

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 260 hits
Perayaan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia identik dengan gelaran berbagai perlombaan baik di lingkungan perumahan maupun instansi perkantoran Tetapi tahun ini suasana itu bakal sulit ditemukan Sejumlah daerah masih dilarang menggelar per...
Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 446 hits
SUNGAI BULOH Pengusaha Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid 42 mendakwa ada individu mengaku sebagai Ayahanda menghubungi beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi sekitar Bandar Baru...
Cara Masak Nasi Beriani Johor Sedap Senang Dan Puas Hati

Cara Masak Nasi Beriani Johor Sedap Senang Dan Puas Hati

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 526 hits
Cara Masak Nasi Beriani Johor Sedap Senang Dan Puas Hati Sementara hujung minggu ni tak tahu nak masak apa Cikza pasti ramai yang masih tercari cari menu yang sesuai untuk dijamu bersama keluarga Tapi Menu yang Cikza nak kongsikan ni pun bo...
Keluarga Adib Tidak Puas Hati Cadangan Pertuduhan Lebih Ringan

Keluarga Adib Tidak Puas Hati Cadangan Pertuduhan Lebih Ringan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 339 hits
ALOR SETAR Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan untuk membuka semula kertas siasatan dengan pertuduhan lebih ringan ke atas suspek yang didakwa mengakibatkan kematian anggota bomba terse...
Rafizi Puas Hati

Rafizi Puas Hati

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 264 hits
Saya jarang ulas mengenai politik sekarang Tapi sebahagian besar masa saya sebagai Ahli Parlimen dihabiskan berdepan dengan skandal 1MDB dan SRC Saya tak pernah berharapkan apa apa dari usaha itu tapi hari ini saya rasa segala kesusahan itu...
3 Resipi Ayam Golek Istimewa Makan Puas Hati

3 Resipi Ayam Golek Istimewa Makan Puas Hati

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 431 hits
Sedapnya ayam golek RASA kongsikan tiga jenis resipi ayam golek yang pasti memikat selera Ada yang manis ada yang pedas dan ada yang lemak santan Pilihlah mana yang korang suka Pasti puas hati AYAM GOLEK THAI SOSBAHAN PERAPAN AYAM GOLEK1 ek...
Mb Puas Hati Pematuhan Sop Ibadah Korban

Mb Puas Hati Pematuhan Sop Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 394 hits
GOMBAK 31 JULAI Dato Menteri Besar berpuas hati terhadap pematuhan tatacara operasi piawai penyembelihan lembu korban di masjid sekitar parlimen Gombak hari ini Dato Seri Amirudin Shari berkata aktiviti sempena sambutan Aidiladha berjalan s...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik