Asrama Semai Bakti Felda Kemasukan Tingkatan 1 2026


Pengurusan Asrama Semai Bakti FELDA melalui Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA mempelawa murid tahun 6 sesi persekolahan 2025 warga FELDA yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti sistem pendidikan di Asrama Semai Bakti FELDA. 
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke asrama ini.
Apakah Asrama Semai Bakti FELDA? Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) merupakan asrama yang telah diwujudkan bagi menyediakan peluang kepada generasi baharu FELDA untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar.
Asrama ini juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi.
Murid yang terpilih akan ditawarkan tempat tinggal dengan kemudahan yang lengkap dan menyediakan platform untuk melahirkan generasi baharu FELDA yang berdaya saing. 
Tarikh Permohonan Tarikh permohonan dibuka pada 7 Oktober 2025 sehingga 21 Oktober 2025.
Senarai ASBF Terdapat 3 lokasi asrama ini di seluruh negara iaitu:
i- Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL)
ASBFKL adalah asrama FELDA yang pertama ditubuhkan iaitu pada tahun 1975 dan pada peringkat permulaannya, kemasukan dengan jumlah pelajar seramai 51 orang.
ASBFKL ditubuhkan bertujuan utama untuk memberi peluang kepada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA yang tinggal di rancangan mendapat kemudahan pendidikan yang lebih terjamin dan berterusan serta berdaya maju dalam bidang akademik, jasmani rohani untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di bandar.
ASBFKL kini terletak di Jalan AU 2C, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama.
ii- Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan
Selepas kejayaan menubuhkan ASBFKL, FELDA telah menubuhkan Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang pada tahun 1978 yang kemudiannya telah ditukar kepada Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan (ASSBFK).
Pembangunan ASSBFK diteruskan dengan visi dan misi yang sama iaitu visi menjadikan Asrama Semai Bakti FELDA sebagai salah satu pusat pembelajaran yang melahirkan generasi FELDA yang berpendidikan, setanding dengan masyarakat luar.
Sepertimana ASBFKL, ASSBFK juga menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran serta aktiviti luar kelas kepada pelajar-pelajarnya.
iii- Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru (ASBFJB)
SBFJB telah ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menyediakan peluang kepada generasi baharu FELDA untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar Johor Bahru.
ASBFJB juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi.
ASBFJB telah menyediakan peluang pendidikan lebih daripada 40 tahun serta melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik.
Syarat Permohonan Syarat utama permohonan adalah seperti berikut:
Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA/Kumpulan FELDA. Memohon secara dalam talian (online). Sihat tubuh badan dan boleh berdikari. Wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF). Calon yang tidak menduduki UKKP tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ASBF tahun 2026. Calon yang lulus UKKP akan di panggil ke sesi temuduga. Cara Memohon Permohonan boleh dibuat menerusi pautan http://myasbf.felda.net.my/.
Pilih menu “Permohonan Atas Talian” dan isi semua maklumat yang diperlukan. Pastikan anda menyemak sebelum menghantar.
Calon mestilah membuat pendaftaran pengguna dan memohon menerusi sistem tersebut.
Mereka yang layak akan dikehendaki untuk menghadiri peperiksaan UKKP ASBF di masa dan waktu yang ditetapkan.
Peperiksaan UKKP ASBF UKKP ASBF merupakan Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar, iaitu peperiksaan bertulis untuk menilai kelayakan awal pelajar sebelum proses temuduga.
Mata pelajaran bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:
Bahasa Inggeris Sains Matematik Mereka yang memohon boleh menyemak panggilan UKKP melalui akaun masing-masing di sistem MyASBF.
Calon dikehendaki mencetak slip peperiksaan UKKP dan MyKid bagi tujuan pengesahan semasa menghadiri UKKP.
Soalan Lanjut Apa itu MyASBF FELDA? MyASBF FELDA merupakan sistem bagi memudahkan proses pendaftaran, permohonan kemasukan pelajar, semakan panggilan peperiksaan Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP), serta keputusan temuduga secara atas talian dengan lebih mudah, cepat dan telus.
Bagaimana cara membuat permohonan kemasukan ke asrama ini? Permohonan boleh dilakukan di pautan http://myasbf.felda.net.my/.
Bagaimana cara untuk menyemak panggilan UKKP? Anda boleh menyemak panggilan UKKP melalui akaun masing-masing di sistem ini. Notifikasi akan dipaparkan sekiranya anda layak menduduki peperiksaan.
Bagaimana semakan keputusan temuduga dibuat? Selepas proses temuduga selesai, keputusan boleh disemak secara terus melalui sistem dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau log masuk akaun.
Saya ada masalah teknikal, siapa yang boleh saya hubungi? Sekiranya menghadapi masalah teknikal, sila hubungi Pentadbir Sistem ASBF FELDA melalui emel atau talian bantuan yang disediakan.
Info Lanjut Info lanjut mengenai Asrama Semai Bakti FELDA, sila layari laman web http://myasbf.felda.net.my.
Baca juga: Cuti Deepavali 2025 & Cuti Sekolah Tambahan KPM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/asrama-semai-bakti-felda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=asrama-semai-bakti-felda

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Maktab Mahmud 2026

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Maktab Mahmud 2026

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 103 hits
Bagi murid yang bakal meneruskan pendidikan mereka di Tingkatan 1 bagi tahun 2026 adalah dialu alukan memohon kemasukan Tingkatan 1 di Maktab Mahmud Negeri Kedah Untuk makluman sekolah ini merupakan sekolah yang terkemuka di Negeri Kedah ya...
Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5

Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 139 hits
Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5 KUALA LUMPUR 10 Okt Kerajaan bersetuju memperluas Bantuan Am Persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan lima dengan jumlah peruntukan...
Hajiji Senarai Projek Air Selesai 2026 Jawab Janji Shafie

Hajiji Senarai Projek Air Selesai 2026 Jawab Janji Shafie

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 164 hits
Presiden Warisan Shafie Apdal dalam satu majlis suarakan keyakinan mampu selesai masalah air Sabah dalam tempoh setahun Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor meninjau projek infrastruktur air Sabah yang sedang berjalan PETALING JAYA Ketua Menteri...
Ringgit Opens Lower As Markets Await Budget 2026 Fiscal Cues

Ringgit Opens Lower As Markets Await Budget 2026 Fiscal Cues

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 174 hits
The local currency slips to 4 2110 4 2180 with trading expected to remain range bound KUALA LUMPUR The ringgit opened lower against the US dollar as traders anticipated range bound trading ahead of the tabling of Budget 2026 with attention ...
No Issue With Postponing Ura Bill To After Budget 2026 Nga

No Issue With Postponing Ura Bill To After Budget 2026 Nga

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 190 hits
Amid hundreds of people taking to the streets to oppose the Urban Renewal Act Nga Kor Ming has expressed readiness to postpone the tabling of the bill on the proposed law The housing and local government minister reportedly assured that the...
Sekolah Model Khas Kpm 2026 Senarai Sekolah Permohonan

Sekolah Model Khas Kpm 2026 Senarai Sekolah Permohonan

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 200 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan bagi murid yang berminat untuk memasuki Program Sekolah Model Khas KPM bagi tahun 2026 Permohonan ini dibuka untuk murid Tahun 3 4 dan 5 di bawah KPM dan keutamaan diberikan kepada ke...
Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 158 hits
TVS Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026 TV Sarawak stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform media...
To Debate Satanic Us Trade Deal

Cuti Sekolah 2026 Takwim Akademik Kpm

Rumah Disewa Bertukar Tapak Sampah Pemilik Luah Kecewa Penyewa Dari Neraka

Lepak Mengopi 3 Beranak Di Sara Soffeya Cakes

Abbott Big Caring Group Lancarkan Program Kesedaran Influenza Di Seluruh Negara

Who Is Anwar Ibrahim The Malaysian Leader Who Helped Trump Preside Over A Peace Deal

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Nak Lihat Negara Jatuh Bacalah Manusia Pembenci Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026 Kembali Ke Sistem Tahunan

Betul Ke Ayam Goreng Satu Ringgit Masih Wujud

Quantum Sensing Transforming Measurement For Industry Innovation

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

Things Turn Ugly When An Avanza Driver Was Caught Flying The Jalur Gemilang Upside Down

Welcome Embrace No No But Rape Is Fine Pas Trolled Over Hypocrisy In Criticising Pmx