Asma Kitchen Som Tum Yum Sap Ratchathewi Bangkok
Kedai makan Asma Kitchen terletak di hadapan bangunan hotel penginapan kami iaitu Noursabah Boutique Bed Bangkok. Hanya dipisahkan dengan sebatang jalan kecil (lorong). Sepanjang berada di Bangkok, sudah tiga kali kami makan di sini
Seawal hari pertama tiba, di sinilah kami menikmati hidangan masakan Thai yang pertama di kota Bangkok. Sudah pasti Tom Yum menjadi pilihan utama kami. Sekali cuba, lepas tu Tom Yum menjadi hidangan wajib setiap kali makan di sini. Sedap
Klik foto untuk paparan lebih jelas.Buku menu dengan tulisan bahasa Thai dan bahasa Inggeris
Kali Pertama | Rabu, 28 Jun 2023
Hidangan makan malam kami
Minuman Teh Bunga ais, Teh Hijau panas, Tom Yum seafood dan Pad Kra Pao
Kali Kedua | Jumaat, 30 Jun 2023
Pad Kra Pao sekali lagi, layan selera Encik Suami. Dan Tom Yum sekali lagi, kali ini kami cuba Tom Yum Salmon. Rasa tulang/kepala ikan Salmon dimasak Tom Yum ini tidaklah begitu sedap seperti Tom Yum seafood yang kami makan sebelumnya
Minuman Teh Hijau ais dan Longan ais
Kali Ketiga | Sabtu, 1 Julai 2023
Malam terakhir kami di Bangkok, haruslah makan sekali lagi Tom Yum seafood yang sedap ni. Warna kuahnya tidak begitu merah dan rasanya pula tidak pedas. Macam ada letak santan. Isi udang dan sotongnya pun cukup memuaskan, juga tak banyak bawang dan serai seperti yang biasa kami dapat bila memesan Tom Yum di Malaysia
Mencuba Som Tam (kerabu betik muda). Sedap!
Alhamdulillah…syukur jumpa tempat makan sedap dan dekat dengan hotel. Walaupun pada malam ketiga tu kami dah pindah hotel di lokasi lain, tetap juga kami datang makan di sini. Kebetulan pula, kedai Muslim Thai yang lain masih bercuti sempena Aidiladha.
Kalau kalian ada ke Masjid Darul Aman di Lorong Phetchaburi 7, bolehlah mencuba makan di sini. Tempatnya agak tersorok, dari Jalan Phetchaburi menuju masjid tu perlu jalan ke hadapan lagi untuk sampai di Asma Kitchen.
**********************
ASMA KITCHEN SOM TUM YUM SAP(Krua Assma Somtum Yumzab)
Lorong Phetchaburi 7,Ratchathewi, Bangkok,Thailand
Waktu operasi :Isnin - Sabtu | 11 pagi - 9 malamTutup | Ahad
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2023/07/asma-kitchen-som-tum-yum-sap.html