Askar Maut Selepas Tembak Ibu Mentua
Polis dilihat menjalankan siasatan mereka di lokasi kejadian. Suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Masalah rumah tangga punca askar mengamuk, bunuh diri KUCHING: Masalah rumah tangga dikenal pasti punca seorang anggota tentera mengamuk dan menembak diri sendiri, di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang, hari ini.
Anggota polis memeriksa lokasi kejadian seorang anggota tentera mengamuk sebelum membunuh diri di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang di Kuching, hari ini. - Foto ihsan polis
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, suspek berusia 28 tahun itu datang ke rumah keluarga isterinya untuk berbincang masalah rumah tangga yang dihadapinya.
Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad
Ketika berbincang dengan isterinya, suspek tiba-tiba marah dan mengambil senjata api Colt M4 Carbine yang disimpan di dalam keretanya.
"Suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan di bahagian ruang tamu dan dapur rumah itu. Ibu mentuanya yang berusia 58 tahun terkena tembakan di bahu kiri," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anggota polis memeriksa lokasi kejadian seorang anggota tentera mengamuk sebelum membunuh diri di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang di Kuching, hari ini. - Foto ihsan polis
Abang Zainal Abidin berkata, suspek kemudian berjalan ke bahagian hadapan rumah dan terus menembak diri sendiri di bahagian dagu dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya lagi, difahamkan suspek dari kem tentera di Tondong, Bau dan ketika kejadian dia masih bertugas sebagai anggota pemantauan pematuhan SOP COVID-19 bagi daerah Bau.
"Suspek meminjam kereta kawannya untuk pergi ke rumah keluarga isterinya di Kolong 1 itu dan difahamkam dia dan isterinya dalam proses perceraian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan polis mengesa orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai," katanya. Tragedi amuk di rumah mentua, Askar mengamuk maut tembak diri sendiri KUCHING: Seorang anggota askar bertindak menembak dirinya sendiri selepas dikatakan melepaskan beberapa das tembakan di Kampung Kolong 1, di sini sekitar tengah hari tadi.
Difahamkan, suspek berusia lewat 20an terbunuh akibat kecederaan parah di kepala.
Sumber di tempat kejadian memberitahu suspek yang masih bertugas di sebuah kem askar di Tondong, Bau pulang ke rumah keluarga isterinya sekitar jam 12 tengah hari.
POLIS memeriksa mayat anggota tentera yang maut di Kampung Kolong 1, Jalan Matang, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Suspek dikatakan tiba-tiba melepaskan tembakan senjata dipercayai senapang jenis M4 yang dibawanya dari tempat bertugas.
Polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Dia kemudian bertindak menembak dirinya sendiri di bahagian kepala.
Ibu mentua suspek yang berusia 50an turut terkena tembakan di bahu kiri dan kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.
Anggota polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
SOURCE: Utusan Borneo , Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/askar-maut-selepas-tembak-ibu-mentua.html