Ashraf Muslim Sebagai Ustaz Di Dalam Filem Genre Seram Musyrik Api Neraka Menantimu


ASHRAF MUSLIM SEBAGAI USTAZ DI DALAM FILEM GENRE SERAM MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU | Assalammualaikum semua! Siapa peminat film genre seram Islamik? Angkat tangan! Kita geng lah suka menonton film genre seram, tetapi pendekatan penyelesaian situasi melalui surah ayat-ayat suci Al-Quran. Bertepatan dengan kehidupan sebagai umat Islam, melalui filem sebegini kita tahu bahawa banyak situasi berlaku dalam kehidupan seharian manusia. 



Penampilan Ashraf Muslim sebagai ustaz di dalam filem seram buat julung kalinya, amat dinantikan. Latar belakang beliau pernah menjadi Pengamal Perubatan Islam suatu ketika dahulu dan juga lakonan yang bersahaja natural tenang juga memberi impak untuk beliau mara ke lakonan film seram Musyrik. Pasti ramai teruja kan? Ruby pun! 
ASHRAF MUSLIM SEBAGAI USTAZ DI DALAM FILEM GENRE SERAMPelakon berpengalaman, Ashraf Muslim, 41, tidak kisah digelar hero tua, apatah lagi, masih menjadi pilihan penerbit dan pengarah selepas hampir dua dekad bergelar anak seni.

Bagi Ashraf, apa yang lebih penting, lakonannya memberi impak dan meninggalkan kesan mendalam pada penonton.

“Usia hanyalah sekadar angka. Apa yang lebih penting, semakin tua jadi makin matang dalam bidang lakonan.

“Saya menjadikan hero tua seperti Datuk Rahim Razali dan Sidi Oraza sebagai inspirasi untuk menjadi pelakon berkaliber dalam industri seni tanah air,” katanya.

Mengimbas latar belakangnya, Ashraf berkata, dia mula berlakon pada 2005 dan kini sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.

“Saya tidak melihat menjadi pilihan pengarah bagi watak hero hanya bersandarkan pada wajah awet muda.

“Sebaliknya, saya sentiasa menjaga ‘attitude’, hormat pada orang dan menjaga kualiti dalam lakonan,” katanya.

Mengenai gandingan pelakon baharu, Ashraf yang pernah bergandingan dengan Sharifah Rose menerusi drama 3 Nota Cinta berkata, dia tidak pernah ada masalah berlakon dengan bintang baharu.

“Saya bermula dari pelakon ‘kayu’ sebelum berada pada tahap sekarang.

“Sebab itu, saya tidak kisah berlakon dengan pelakon baharu yang dianggap ‘kayu’, asalkan mahu belajar ilmu lakonan,” katanya yang akan muncul dengan filem baharu, Musyrik - Api Neraka Menantimu!

FILEM MUSYRIK “API NERAKA MENANTIMU”Mengulas mengenai filem genre seram itu, Ashraf berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Arjin Uppal itu kerana mahukan kelainan.

Menerusi filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, Ashraf bergandingan dengan Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama.
“Saya sudah lama tidak berlakon cerita bergenre seram. Apa yang lebih mencabar apabila banyak babak penggambaran dilakukan pada waktu malam.

“Saya tertarik dengan watak ustaz diberikan. Jalan cerita filem ini juga memaparkan realiti dalam situasi hari ini,” katanya.

Selain Ashraf, Aeril dan Ruhainies, filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.


Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem disiarkan jam 6 petang pada 15 Jun lalu menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/06/ashraf-muslim-sebagai-ustaz-di-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larikan Diri Dari Realiti Neraka Song Joongki Dilamar Terajui Filem Noir Hwaran

Larikan Diri Dari Realiti Neraka Song Joongki Dilamar Terajui Filem Noir Hwaran

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 156 hits
Selain drama mesti ramai penonton turut menantikan filem baharu lakonan Song Joong ki kan ARTIKEL BERKAITAN Pada 24 Jun satu media melaporkan bahawa Song Joong ki telah memilih filem Hwaran sebagai projeknya yang seterusnya Berikutan itu ag...
Leigh Whannell Dipilih Untuk Arahkan Filem The Green Hornet And Kato

Leigh Whannell Dipilih Untuk Arahkan Filem The Green Hornet And Kato

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 232 hits
Filem Universal yang lama tertangguh The Green Hornet and Kato akhirnya telah menemui pengarahnya Menurut Deadline pengarah The Invisible Man Leigh Whannell kini sedang dalam rundingan akhir untuk mengarahkan filem terbaru itu Eksekutif stu...
Filem Mat Kilau Trending Nombor 1 Dapat Pujian Ramai

Filem Mat Kilau Trending Nombor 1 Dapat Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 272 hits
Filem Mat Kilau adalah sebuah karya arahan Syamsul Yusof yang dibintangi oleh ramai pelakon berbakat besar Berlatarbelakangkan seorang pahlawan Tanah Melayu yang mempertahankan tanah air dari dijajah nama Mat Kilau sahaja pastinya ramai per...
Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 103 hits
Song Joong Ki mungkin membintangi filem terbaru Menurut sumber dari Edaily Song Joong Ki telah memilih filem Hwaran sebagai projek seterusnya Laporan media tersebut telah mendapat respon agensi pelakon terbabit HISTORY D C dan The post appe...
Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 193 hits
Filem Syamsul Yusof terbaru Mat Kilau nampaknya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri Di mana mana lokasi filem ini fullhouse dan ditonton lebih RM3 juta sepanjang 3 hari tayangan Tidak ketinggalan ramai selebriti memberikan sokongan terh...
Penerbit Filem Mat Kilau Terharu Sokongan Pihak Finas Dan Media

Penerbit Filem Mat Kilau Terharu Sokongan Pihak Finas Dan Media

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 170 hits
Usai tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkita Pahlawan yang diadakan pada Khamis lalu 16 Jun 2022 di GSC Starling Mall Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan r...
Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 156 hits
Selepas bekerjasama dalam Little Forest Kim Tae ri dan Ryu Jun yeol sekali lagi akan bergandingan dalam filem akan datang Alien ARTIKEL BERKAITAN Pada 23 Jun sidang akhbar bagi filem Alien bahagian pertama yang diarahkan oleh Choi Dong hoon...
Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun 2022

Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 245 hits
Sebuah filem biografik epik Mat Kilau akan menemui penonton mulai 23 Jun 2022 pada hari Khamis di 90 pawagam seluruh negara Jadi anda kini boleh mula dapatkan untuk menonton filem ini di pawagam Filem ini merupakan karya daripada pengarah t...
Mengharap Filem Mat Kilau Dibawa Keperingkat Antarabangsa

Mengharap Filem Mat Kilau Dibawa Keperingkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 325 hits
Saya nak menulis tentang filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dari perspektif sejarahnya pula Saya sangat berharap filem ini diangkat pula dalam bentuk drama epik bersiri Ia telah mengangkat jatidiri generasi hari ini berdasarkan kepada mak...
Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Filem Tentang Sisi Gelap Suatu Entiti Bakal Melambak

Lasserhaus Where Contemporary Art Meets Hospitality By Vudafieri Saverino Partners In South Tyrol

10 Tahanan Berkait Lelaki Israel Dirujuk Agc Minggu Ini Kp Kl

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group

Police To Meet Ag On Further Action Against 10 Sosma Detainees Linked To Israeli Man Says Kl Top Cop

Don T Use Mosques Suraus For Political Activities Reminds Jais