Asas Dan Konsep Perlu Diteliti Anwar Bentuk Kabinet


ULASAN

Melangkah ke hadapanSELEPAS selesai dan sempurna Anwar Ibrahim mengangkat sumpah dan melapaz ikrar memegang jawatan Perdana Menteri ke-10 (PM10) petang 24 November lalu tumpuan kini kepada pembentukan kabinet. Pembentukan kabinet ini penting dan ia sedikit mencabar. Proses ini jika tidak dibuat secara lendik ia boleh mencetuskan pertikaiaan dan menjadi modal buat para anasir anti perpaduan.Justeru Anwar perlu membentuk kabinet kerajaan perpaduan nasional (KPN) seperti mana dititihkan oleh Yang diPertuan Agong. Aspirasi Yang diPertuan Agong hendaklah direalisasi dan disokong semua pihak. Menjadi tanggungjawab Anwar untuk menguruskan ini. 
Dalam situasi parlimen tergantung dan tiada parti mendominasi kerusi, pembentukan kerajaan bersama adalah cara terbaik. Sayang kepentingan ini tidak dimengerti dan diterima oleh Mahiaddin Yassin. Pas juga yang merupakan parti menang dengan jumlah kerusi terbesar, tidak memahami kepentingan ini terus bermain dengan sentimen dan dibaluti emosi yang negatif. 
Pas nampaknya kekal dengan gaya politik kelontong nyiur.
Sekiranya PN bersedia untuk membentuk kerajaan bersama tempoh hari, kerja membentuk kabint ini dapat diaturkan dengan lendik dan sempurna. Semua pihak merasai nikmat kemenangan dan tidak ada yang sedih, kecewa dan merana. 
Tetapi kerana Mahiaddin telah memilih (tik) TIDAK SETUJU untuk ke arah itu, maka ia membekahkah sedikit cabaran buat Anwar. Anwar kena berkerja keras untuk mennutup bekahan itu agar ianya bergerak lincin dan lancar. 
Atas keyakinan dan melihat kepada sifat-sifat harmonis yang ada kepada PM10 itu diyakini beliau dapat membentuk kerajaan perpaduan nasional (KPN) secepat mungkin dan ia hendaklah diterima semua pihak termasuk PN. Saya menjangka pengumuman kabinet kerajaan baru itu paling awal Rabu dan tidak melewati sampai Jumaat. Berlamaan dalam hal ini tidak baik kerana ia akan dieksploitkan sebagai ada masalah. 
Perkara penting.
Ada beberapa perkara yang perlu ditekan oleh Anwar dalam pembentkan kabinet itu nanti. Antaranya ialah memastikan kabinet itu disertai secara menyeluruh semua parti bersetuju menyertai KPN yang sudah tentu kapasiti kabinet akan mengikut peratus parti - perolehan kerusi. Sesuai dengan janji Anwar sewaktu kempen beliau akan mengecilkan saiz kabinet bagi menyelamatkan wang negara jumlah kementerian tentulah kecil. 
Untuk mengecilkan saiz kabinet ini perlu diadakan penggabungan (macth) di antara kementerian. Mana-mana kementerian yang sebelum ini portfolionya sama fungsi dan bertindih, boleh disatukan. Bagaimana pun kita percaya Anwar mempunyai makensime atau solusi untuk macam mana nak dietkan kabinet ini.
Dalam tanggungjawab bersama untuk menyalamatkan wang negara, semua pihak perlu berkorban dan menerima perubahan ini. Para pergawai perkhidmatan awam khasnya Jusa yang mengharapkan kedudukan hendaklah bersabar dan menerima hakikat tujuan pengecilan itu. Pengcilan itu menyebabkan mereka keciciran peluang, tetapi perlu bersabar. 
Semua pihak baik politis dan teknokrat perlu menyedari keadaan dan realiti hari ini.
Kabinet KPN nanti perlu kepada teras dan asas kukuh yang munasabah. Kabinet itu boleh berpandukan kepada kepentingan dan keperluan berikut:
1. Untuk memastikan negara keluar segera dari permasalahan hari ini. Kerana itu mereka dilantik menjadi anggota kabinet mestilah berwibawa, berintegriti dan punya kepakaran mampan dalam kerjanya. Anggota itu mestilah berkualiti berdasarkan latar belakang pendidikan, pengetahuan dan tack record sebelum ini.
2. Kabinet yang mengukuhkan kerajan perpaduan nasional ini, memastikan senerio politik tidak akan mengulang senenario semasa seopanjang parlimen ke-14 lampau. Pembentukan mestilah meliputi semua pihak tanpa dikecualikan atas tujuan dan motif apa sekali pun khususnya politik.
Kedudukan kerajaan Anwar ini bergantung kepada kemantapan penyatuan dalam parti gabung. Menteri yang dilantik menjadi paksi kepada pengukuhan itu; kemajuan negara dan kemantapan perpaduan.
Itulah dua perkara penting dan perlu menjadi konsep pembentukan kabinet nanti. Jika ini tidak dititik berat yang boleh mengganggu stabilitas politinya. 
Memahami raliti itu, bilangan anggota kabinet nanti tentulah datang daripada PH melebihi daripada BN dan juga GPS di Sarawak dan GRS di Sabah. Atas maksud untuk mengecil jumlah akbinet, cukup kalau daripada PH itu di antara 10 hingga 12 orang sahaja. Pecahan daripada itu, enam atau tujuh daripada Keadilan, empat atau lima daripada DAP dan dua atau tiga daripada Amanah.
Daripada Keadilan antaranya, Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Titiwangsa), Rodziah Ismail (Ampang), Fahmi FAdhil (Lembah Pantai) Saifuddin Nasution (Senator), Dr Maszlee Malik (Senator). Tidak semestinya mereka berada dalam hirarki utama parti dilantik menjadi menteri, cukup sekadar timbalan menteri untuk menimba pengalaman.   
Daripada DAP, antaranya, Anthony Loke (Seremban), Gobind Sigh Deo (Puchong), Kulasegaran (Ipoh Barat), Teressa Kok (Seputih), Nga Kong Meng (Bruas) dan Yeo Nee Yi.
Sementara daripada Amanah, Mohamad Sabu (Kota Raja), Adly Zahri (Alor Gajah), Dr Dzulkifly Ahmad (Kuala Selangor). 
Dripada UBN sekitar enam (6) atau pun lapan (8) orang, manakala masing-masing dua atau tiga daripada GPS, BN dan GRS bagi mewakili Sabah dan Sarawak. Anggota kabinet itu tidak akan melebihi 26 anggota. 
Daripada BN, Mohamad Hassan (Rembau), Ahmad Maslan (Pontian), Johari Ghani (Tititwangsa), Noraini Ahmad (Parit Sulong), Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Khaled Nordin (Kota Tinggi), Isham Jalil (Senator), Zambery Abdul Kadir (Senator). 
Manakala lantikan daripada Sabah dan Sarawak pula sebaik-baiknya seorang daripada setiap parti, Umno Bung Mokhtar, (Kinabatangan) atau Suhaimi Nasir (Libaran), Warisan Shafie Apdal (Sempurna) dan wakil dari parti KDM. Dari Sarawak pula antaranya Nancy Shukeri (Sentubong) dan lain.  
Seperti mana dibayangkan Anwar kabinetnya nanti akan mempunyai dua timbalan menteri, seorang mewakili Sabah dan Sarawak manakala seorang mewakili Semenanjung. Yang sesuai untuk mengisi jawatan ini bagi mewakili Sabah dan Sarawak tentulah dari GPS, dan sosoknya ialah pengerusinya Fadillah Yusof (Petra Jaya). Manakala dari Semenanjung ialah Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk).
Mungkin ada yang pertikaikan mengenai kehadiran Zahid kerana beliau masih berbelit dengan kasus mahkamah, tetapi itu bukan alasan kerana kekuatan dan kemantapan sokongan kerajaan itu dan kerjasama PH dengan BN itu penting. Bagaimana pun mengenali ahli parlimen yang sangkut di mahkamah ini sebaik-baiknya mereka mengambil sikap berjiwa besar menunggu sehingga kes mereka selesai.
Selain Zahid, Lim Guan Eng (Bagan) juga berbelit dengan masalah mahkamah. [wm.kl.3:20 pm 26/11/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/11/asas-dan-konsep-perlu-diteliti-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Lantikan Kabinet Bukan Ganjaran Sokong Bentuk Kerajaan

Anwar Lantikan Kabinet Bukan Ganjaran Sokong Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 153 hits
Anne MuhammadPUTRAJAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang pelantikan dalam kabinetnya tidak akan dibuat sebagai ganjaran bagi sokongan membentuk kerajaan Anwar berkata ini selaras dengan hasratnya untuk mengurangkan saiz Kabinet...
Anwar Dedah Sebahagian Barisan Kabinet Esok Kata Sumber

Anwar Dedah Sebahagian Barisan Kabinet Esok Kata Sumber

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 140 hits
Anwar dedah sebahagian barisan Kabinet esok kata sumber Dikemas kini 15 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Dec 2022 10 45PM
Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Dengan Bn Tak Bincang Kes Mahkamah

Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Dengan Bn Tak Bincang Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 163 hits
MalasiakiniPengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim yakin dia akan berjaya membentuk dan mengetuai kerajaan perpaduan dengan sokongan BN Katanya walaupun BN belum membuat keputusan dia berpuas hati dengan hasil pertemuan kedua dua pihak hari...
Anwar Perlu Diberi Peluang Bentuk Kerajaan Tidak Perlu Sd Ahli Parlimen

Anwar Perlu Diberi Peluang Bentuk Kerajaan Tidak Perlu Sd Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 208 hits
FAIZ FADZILSelepas PRU 15 berlaku situasi kali pertama di dalam negara iaitu Parlimen tergantung Ini bermaksud tidak ada mana mana blok parti politik memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan Maka untuk memastikan kerajaan terbentuk part...
Senarai Penuh 28 Menteri Kabinet Perpaduan Pm Ke 10 Dato Seri Anwar Ibrahim

Senarai Penuh 28 Menteri Kabinet Perpaduan Pm Ke 10 Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 467 hits
Kabinet Kerajaan Perpaduan telah diumum oleh PM Anwar Ibrahim yang dianggotai 15 wakil PH 6 BN 5 GPS 1 GRS dan 1 tanpa parti Lapan hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menamatkan persoalan...
Pm 10 Anwar Yakin Bentuk Kerajaan

Pm 10 Anwar Yakin Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 152 hits
PM 10 Anwar yakin bentuk kerajaanPosted By on November 22 2022Spekulasi perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke 10 di antara calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PN Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin bertiup kencang Petang...
Barisan Kabinet Hampir Selesai Kata Anwar

Barisan Kabinet Hampir Selesai Kata Anwar

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 250 hits
Barisan Kabinet hampir selesai kata Anwar Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Dec 2022 11 41PM
Pengumuman Kabinet Anwar Menteri Kewangan Zahid Dan Fadillah Tpm

Pengumuman Kabinet Anwar Menteri Kewangan Zahid Dan Fadillah Tpm

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 447 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 2 2022 8 26 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi da...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik