Asam Pedas Melaka Ikan Parang



Saya gembira melihat begitu ramai yang berkongsi resepi dan video masakan di facebook dan Instagram serta youtube. Walaupun pada pemerhatian saya, facebook, kebanyakan resepi yang diceduk dari blog atau instagram orang lain. Mereka hanya mengumpul resepi resepi orang lain. Kerja lebih mudah dengan jalan mudah tanpa perlu memasak. Tapi mereka adalah juga usaha untuk berkongsi resepi. 

Di instagram dan youtube juga sangat ramai. Bagus sebenarnya. Lebih mudah untuk ramai belajar resepi resepi masakan. Cuma saya, saya akan kekal dengan blog saya. Blog adalah umpama catatan kisah saya berkaitan dengan sesuatu resepi.

Saya pencinta resepi, bukan sehari tetapi sejak berpuluh tahun lamanya. Sejak saya masih di bangku sekolah. ketika itu, tidak mudah untuk mendapatkan resepi. Ada resepi yang saya bayar kerana saya tetap mahukan resepi yang dah dicuba dan terbukti sedap dan menjadi. 

Resepi resepi ini pula saya kongsikan secara percuma di blog atau dengan harga yang sangat murah di dalam buku resepi saya iaitu 101 Resepi dari Azie Kitchen yang mengandungi 101 resepi. Saya katakan murah kerana untuk mengikuti kelas PJJ, anda harus membayar antara RM30-RM300 untuk satu resepi. 

Walaupun ramai yang meminta saya mengadakan kelas, saya tetap dengan pendirian untuk berkongsi resepi secara percuma di blog ini. Saya tulis setiap bahan dan langkah langkahnya dengan penuh kasih sayang kerana saya mahu mereka yang mencuba akan gembira dengan hasil dan kejadiannya. 

OK hari ini saya ingin kongsikan satu resepi iaitu asam pedas Melaka. Kalau sebelum ini, saya kongsikan resepi asam pedas Johor di SINI. Sebenarnya resepi ini tidak lah betul betul resepi ori Melaka. Tapi telah diolah. Menurut sahabat saya Puan Haryati, kalau asam pedas Melaka, mereka tidak menggunakan jintan manis untuk asam pedas ikan. 

Kacang bendi pula, biasanya diganti dengan terung atau sawi jeruk. Yang guna daun kesum, biasanya asam pedas Johor. Asam pedas Melaka menggunakan daun limau purut dan serai. Tapi saya masak ikut apa yang saya suka. Kerana di Melaka pun, lain orang lain masakannya.

Saya memang suka mencuba pelbagai versi asam pedas kerana saya seorang pencinta masakan dari pelbagai negeri. Saya sangat gembira kerana dapat memasak asam pedas versi Melaka. Sangat sedap terutama bila menggunakan ikan parang yang gemuk dan banyak isi. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Asam Pedas MelakaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4 keping ikan parang 5 sudu besar cili kering kisar - boleh tambah2 sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap1 sudu besar garam 600- 700 ml air Sedikit daun kesum10 batang kacang bendi
Bahan tumbuk:2 sudu besar ketumbar biji 2 sudu besar jintan manis 
Bahan kisar:8-9 biji bawang merah5 ulas bawang putih2 inci kunyit hidup2 inci halia2 biji buah keras
Cara cara:Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan kisar yang hendak ditumis. 

Tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi dan benar benar garing, masak dan terbit minyak. 

Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih, baru dimasukkan ikan. Masukkan juga apa apa sayuran yang disukai.

Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/09/asam-pedas-melaka-ikan-parang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mudah Masak Asam Pedas Ikan Merah Style Cik Rose

Resepi Mudah Masak Asam Pedas Ikan Merah Style Cik Rose

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 703 hits
RESEPI MUDAH MASAK ASAM PEDAS IKAN MERAH STYLE CIK ROSE Assalamualaikum Selamat tengahari Dah masak ke Atau beli jer Order food panda mudah Ehem ehem Sesekali memasak berpinggan pinggan makan Ni yang bahaya kalau masak Tak boleh control dir...
Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 586 hits
Seronoknya kita sejak UnclePali dah suka makan Ikan Pari Dia memang cerewet bab ikan Banyak jenis dia tak makan Hanya suka ikan Pelaling dan Terubuk Kalau Kjee masak Asam Pedas Ikan Pari sebelum ini dia hanya kuis sikit2 tak mau kita kecik ...
Asam Pedas Restoran Tiga Lima Bandar Hilir Melaka

Asam Pedas Restoran Tiga Lima Bandar Hilir Melaka

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 546 hits
Baru tengahari tadi aku menikmati makan tengahari direstoran ini setelah hampir 12 tahun aku sibuk mencari kedai ini yang telah bertukar lokasi Dulu dianya dibuka digerai makan sepanjang jalan di tapak Menara Taming Sari sekarang bila keraj...
Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 738 hits
Saya rasa ramai yang menulis bab ini dan memerhatikan keadaan yang sama Bab bershopping di butik butik ternama Ianya berdasarkan pemerhatian saya sendiri Saya beberapa kali mengalami situasi di mana kita boleh melihat kesungguhan staf melay...
Meletup Asam Pedas Madu Tiga Pasti Terangkat

Meletup Asam Pedas Madu Tiga Pasti Terangkat

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 477 hits
Kita sering dimomokkan disajikan dan dihenjutkan bagai spring besi buaian baby berita berita kurang menarik apabila berkahwin lebih satu Memang ramai yang ada problem begitu juga ramai yang bahagia berapa banyak berita yg kita dengar tentan...
Lima Abk Kapal Penangkap Ikan Diduga Tewas Akibat Minum Oplosan Alkohol 70 Persen

Lima Abk Kapal Penangkap Ikan Diduga Tewas Akibat Minum Oplosan Alkohol 70 Persen

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 360 hits
Satuan Reskrim Polres Kepulauan Seribu tengah menyelidiki temuan lima jasad anak buah kapal di lemari pendingin Kapal Motor Starindo Jaya Maju VI Dari penuturan nahkoda mereka adalah bagian dari ABK yang meninggal dunia akibat mengonsumsi m...
Polisi Temukan Lima Mayat Dalam Freezer Di Kapal Ikan Star Indo Jaya

Polisi Temukan Lima Mayat Dalam Freezer Di Kapal Ikan Star Indo Jaya

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 284 hits
Jajaran Polres Kepulauan Seribu menemukan lima mayat yang tersimpan di dalam mesin pendingin atau freezer Kapolres Kepulauan Seriub AKBP Morry Edmond menyampaikan mayat ditemukan di atas kapal ikan Star Indo Jaya Maju VI saat tengah membagi...
Jenis Jenis Ikan Laga Atau Betta

Jenis Jenis Ikan Laga Atau Betta

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 3536 hits
Jenis jenis ikan laga atau betta Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini aku nak kongsikan dengan semua jenis jenis ikan laga yang ada di pasaran sekarang Memandangkan ikan laga atau betta ini boleh dikatakan viral dan ramai yang mula ...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Segera Tangani Isu Air Selangor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Luka Yang Luas Chord

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Insta360 X5 Di Malaysia Teknologi Dan Revolusi Kamera 360 8k

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Makan Di Restoran Jwd Mee Tarik Puteri Habour