Jenis Jenis Ikan Laga Atau Betta
Jenis jenis ikan laga atau betta | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan dengan semua, jenis jenis ikan laga yang ada di pasaran sekarang. Memandangkan, ikan laga atau betta ini boleh dikatakan viral dan ramai yang mula minat kepadanya, aku cuba kongsikan sedikit apa yang aku tahu ya! Ada banyak jenis sebenarnya ikan laga atau betta ini, dan dalam setiap jenis itu pula ada pecahannya lagi. Jadi ayuh! Lanjutkan bacaan anda!
Jenis jenis ikan laga atau betta Malaysia!
Seperti yang aku beritahu tadi, ada pelbagai jenis ikan laga atau betta ini dan harganya juga berbeza. Ada yang murah dan ada yang mahal. Sefahaman aku, jenis ikan laga mahal buat masa ini adalah dari jenis avatar! Aduhai! Untuk female avatar yang belum siap (yang belum keluar warna) harganya paling murah aku dapat RM 150. Kalau warna dia dah siap, harganya paling kurang RM300, itu kira paling murah, paling mahal, boleh cecah ribuan juga!
Cumanya, aku suka jenis multicolour atau galaxy atau AOC. Jenis ini pada aku ikan laga paling cantik sebab warna dia. Mata aku memang suka memandang pada warna sebenarnya. Tapi untuk betta multicolour top grade, harganya juga bukan murah! Untuk Betta multicolour male top quality pun paling murah RM300. Aduhai!
Oklah, jom kita belajar Jenis jenis ikan laga atau betta yang ada di pasaran sekarang ya!
#1. Halfmoon betta
Jenis ini mudah nak kenal, hanya lihat pada ekornya yang kembang berbentuk bulan separuh. Halfmoon betta yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk 180 darjah. Aku ada seekor jenis ini. Warna full black. Hehehe.
#2. Crowntail betta (CT Betta)
Rasanya, ini yang banyak mendapat permintaan di pasaran sekarang. Bentuknya lebih kurang sama dengan halfmoon, Cuma berbeza pada bahagian hujung ekornya. Crowntail ini sebenarnya panggilan orang luar negara sebab ekor dia nampak macam mahkota. Kalau dekat Malaysia, kita panggil matahari. Sebab nampak macam matahari kan ekornya tu.
#3. Halfmoon plakat (HMPK)
Seterusnya dalam jenis jenis ikan laga adalah halfmoon plakat. Jenis ini boleh dilihat pada bentuk ekornya yang berbentuk kembang seperti halfmoon.
#4. Plakat
Bentuk plakat sama sahaja macam HMPK, tetapi berbeza pada ekornya. Ianya tidak kembang seperti HMPK. Dan sirip atasnya juga terlihat pendek.
#5. Double tail betta (DT Betta)
Double tail atau lebih dikenali dengan nama DT Betta. Bila sebut double pun dah jelas kan. Ekor betta dari jenis ini ada 2. Jenis ini ada pelbagai. Ada Halfmoon DT, Crowntail DT, giant dan macam macam lagi.
#6. Veiltail betta.
Jenis ini boleh dilihat pada bahagian ekornya. Berbentuk seperti langsir. Boleh lihat pada gambar di atas ya!
#7. Giant betta.
Sewaktu comp di Melaka baru baru ini, aku baru berkesempatan untuk lihat sendiri giant betta. Bila sebut giant, saiznya pasti lebih besar daripada betta biasa. Rupanya pada mata aku sedikit “bengis” daripada betta biasa. Harganya? Ada yang mencecah RM500!
#8. Dumbo betta.
Jenis ini boleh dilihat pada sirip kanan dan kiri yang bersaiz besar berbanding betta biasa. Juga terdapat dalam pelbagai variasi betta di atas.
#9. Rosetail betta
Bentuk rosetail betta lebih kurang sama dengan halfmoon betta. Tetapi jenis ini mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.
#10. Feather tail betta
Lebih kurang sama dengan yang diatas cumanya jenis ini ekornya lebih tajam seperti bulu burung.
Oklah, rasanya itu sahajalah yang aku boleh kongsikan tentang jenis jenis ikan laga yang ada. insyaAllah, nanti aku tulis pula jenis warna ikan laga yang ada. Bila cerita bab warna ni, pasti akan jadi panjang sebab banyaknya warna warna yang ada! Tapi itulah keindahan dunia ini, ada pelbagai hidupan yang menarik boleh kita lihat! Ok lah, sampai jumpa lagi! See ya!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/09/jenis-jenis-ikan-laga-atau-betta.html