Asam Pedas Restoran Tiga Lima Bandar Hilir Melaka


Baru tengahari tadi aku menikmati makan tengahari direstoran ini setelah hampir 12 tahun aku sibuk mencari kedai ini yang telah bertukar lokasi. Dulu dianya dibuka digerai makan sepanjang jalan di tapak Menara Taming Sari sekarang, bila kerajaan negeri menambak laut disitu, semua kedai ini berpindah ke lokasi lain. Aku dengar dulu dia berniaga di Jalan Ong Kim Wee semasa proses penambakkan laut dijalankan, puas juga aku cari kat sana tapi tak jumpa, akhirnya aku give up. Bila terjumpa Restoran Asam Pedas Selera Kampung berhadapan Menara Taming Sari, aku jadi terlupa tentang kedai ni. Entah macamana nak dijadikan cerita aku ada kerja khas kat kawasan pelabuhan Melaka, bila ronda-ronda area ni ternampak lak papantanda ni
 
 
Masa tu hari ahad dan kedai ni tidak dibuka maka aku tekad akan datang semula buat tinjauan semula bila ada kelapangan, nak mengesahkan adakah pemiliknya adalah orang yang sama masa di gerai selera tepi laut dulu. Dan hari ni aku berkesempatan membuat kunjungan hormat dan alhamdulilah pemiliknya adalah masih orang yang sama. dari perbualan dengan ownernya, beliau maklumkan papantanda asal yang diletakkan digerai tepi laut dulu tetap beliau bawa berpindah sekali ke sini dan ini gambarnya sebagai bukti
 
 
Sebut soal nombor yang menjadi ingatan ni, masa aku berkhidmat dengan pasukan khas pemantau komunikasi dulu kat Bandar Hilir juga, no kod panggilan aku adalah “operator 35” dan kebetulan kedai ni juga ada nombor yang sama maka aku sentiasa teringatkan kenangan lama bila makan kat sini. Nostalgia betul tapi cerita yang sebenarnya adalah cerita makan..he he he  
 
Kedai ini juga menjual masakan asam pedas, salah satu kedai yang aku cakap antara 3500 kedai asam pedas yang terdapat di Melaka, kedai ini aku rangkingkan sebagai no 3 pasal no 1 dan 2 dah diisi oleh kedai lain dan rangking ini hanyalah dari pendapat aku sahaja, terpulang pada anda untuk merangkingnya sendiri, ado den kisah. Masakannya simple aje, sama macam kedai-kedai di Melaka ni, ada menu sotong goreng, kerabu mangga, daging masak kunyit, ayam goreng, udang goreng belada, ulam-ulaman, sambal belacan “tak ingat” dan dah tentu asam pedasnya, ikan pun pelbagai dari pari, jenak, kembong dan juga daging tetel. Yang paling terliur adalah sambal belacan dan kuah cicah asam atau pun kuah cicah kicap cili. Bayangkan kalau anda tak makan bertambah, memang tak sah
 
 
Hari ni menu yang aku ambil simple aje, ikan jenak asam pedas, daging goreng kunyit dan kerabu mangga. Nasi disertakan sambal belacan dan ulaman, air pula sirap limau. Harga semua sekali dalam rm12.00 aje tapi bila aku bersembang-sembang dan ceritakan yang dah lama aku cari kedai ni, terus dapat diskaun rm2.00, aku bayar rm10.00 dengan dapat air sirap limau lagi satu free… he he he. Gambar dah aku ambik pakai hp, gambar yang ada ni pakai kamera DSLR, bila nak upload tadi tak dapat-dapat, hp canggih, aku pun tak mahir sangat. Nak tunjukan adakah berbaloi dengan harganya, kalau tak tunjuk kang kata aku saja nak promote tapi kalau tengok sendiri, anda boleh nilaikannya sendiri. Takper next time aku cuba upload lagi
 
 
 
Pelanggan masih ramai masa aku tinggalkan kedai ni dalam pukul 2.30 dan lauk beliau pun masih bertambah, ayam goreng panas-panas dan ikan asam pedas pun nampaknya baru diangkat dari periuk besar dibelakang kedai. Cara makan kat sini senang aje, tengok lauk apa yang anda nak makan, cari meja dan order, nanti diaorang hantar, kalau tengok kat gambar diatas dia akan hidangkan mengikut bilangan orang dan menu yang kita minta, yang pasti kuah asam pedas akan bertambah, macam kedai-kedai yang lain, kuah asam pedas ni juga sedap dihirup begitu saja, memang terangkat lah, kalau tak percaya, datanglah mencubanya sendiri cuma kali ni alamatnya saya tak bagi, nak datang contactlah saya, saya boleh tunjukkan dan saya juga boleh join sekali…wakakakakakaka…
Inilah hidangan ku yang sebenarnya….ahakss http://paklangpaklong.blogspot.com/2012/02/asam-pedas-restoran-tiga-lima-bandar.html
 
Jualan Dapat Sambutan, Isteri Arwah Abam Berniaga Cempedak Goreng Demi Sara Keluarga

 
The post Asam Pedas Restoran Tiga Lima, Bandar Hilir, Melaka appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/22/asam-pedas-restoran-tiga-lima-bandar-hilir-melaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Melaka Ikan Parang

Asam Pedas Melaka Ikan Parang

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 562 hits
Saya gembira melihat begitu ramai yang berkongsi resepi dan video masakan di facebook dan Instagram serta youtube Walaupun pada pemerhatian saya facebook kebanyakan resepi yang diceduk dari blog atau instagram orang lain Mereka hanya mengum...
Meletup Asam Pedas Madu Tiga Pasti Terangkat

Meletup Asam Pedas Madu Tiga Pasti Terangkat

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 448 hits
Kita sering dimomokkan disajikan dan dihenjutkan bagai spring besi buaian baby berita berita kurang menarik apabila berkahwin lebih satu Memang ramai yang ada problem begitu juga ramai yang bahagia berapa banyak berita yg kita dengar tentan...
Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 706 hits
Saya rasa ramai yang menulis bab ini dan memerhatikan keadaan yang sama Bab bershopping di butik butik ternama Ianya berdasarkan pemerhatian saya sendiri Saya beberapa kali mengalami situasi di mana kita boleh melihat kesungguhan staf melay...
5 Resep Dimsum Ala Rumahan Dengan Aneka Isian Lengkap Dengan Saus Cocol Asam Pedas Pilihan

5 Resep Dimsum Ala Rumahan Dengan Aneka Isian Lengkap Dengan Saus Cocol Asam Pedas Pilihan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 302 hits
Membuat dimsum memang butuh ketelatenan tapi bukan berarti nggak bisa dibuat secara rumahan
Cfm Tiga Daripada Lima Rakyat Malaysia Tidak Menerima Kelajuan Internet Seperti Dijanjikan

Cfm Tiga Daripada Lima Rakyat Malaysia Tidak Menerima Kelajuan Internet Seperti Dijanjikan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 301 hits
CFM kini mengatakan yang mana tiga daripada lima rakyat Malaysia tidak menerima kelajuan internet seperti yang dijanjikan oleh syarikat telekomunikasi mereka CFM menerima data ini berdasarkan kepada bancian yang telah dijalankan mereka bebe...
Resepi Mudah Masak Asam Pedas Ikan Merah Style Cik Rose

Resepi Mudah Masak Asam Pedas Ikan Merah Style Cik Rose

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 674 hits
RESEPI MUDAH MASAK ASAM PEDAS IKAN MERAH STYLE CIK ROSE Assalamualaikum Selamat tengahari Dah masak ke Atau beli jer Order food panda mudah Ehem ehem Sesekali memasak berpinggan pinggan makan Ni yang bahaya kalau masak Tak boleh control dir...
Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 555 hits
Seronoknya kita sejak UnclePali dah suka makan Ikan Pari Dia memang cerewet bab ikan Banyak jenis dia tak makan Hanya suka ikan Pelaling dan Terubuk Kalau Kjee masak Asam Pedas Ikan Pari sebelum ini dia hanya kuis sikit2 tak mau kita kecik ...
Lima Abk Kapal Penangkap Ikan Diduga Tewas Akibat Minum Oplosan Alkohol 70 Persen

Lima Abk Kapal Penangkap Ikan Diduga Tewas Akibat Minum Oplosan Alkohol 70 Persen

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 331 hits
Satuan Reskrim Polres Kepulauan Seribu tengah menyelidiki temuan lima jasad anak buah kapal di lemari pendingin Kapal Motor Starindo Jaya Maju VI Dari penuturan nahkoda mereka adalah bagian dari ABK yang meninggal dunia akibat mengonsumsi m...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias