Asam Pedas Premier Setia City Mall Kuah Pekat Rasa Pun Sedap
hai assalammualaikum
Asam Pedas Premier Setia City Mall - Haritu mr mafia ada nak jumpa client dia dekat Shah Alam, lepas tu diaorang nak jumpa dekat Setia City Mall. Alang-alang diaorang nak jumpa tu, kitaorang pun belum makan, jadi, carilah tempat makan yang sesuai untuk diaorang bermeeting dan nad dengan anak-anak boleh lepak sekali. Masuk dalam mall, nampakla pelbagai restoran makanan dekat situ. Kebanyakan tempat makan dekat Setia City Mall di bahagian Lower Ground Floor. Kitaorang pun carilah tempat makan yang menarik hati perut ni..Cari punya cari nampak restoran Asam Pedas Premier ni. Lagipun dah lama tak makan Asam Pedas ni, jadi kitaorang decide, nak makan dekat Asam Pedas Premier Setia City Mall ni.
Asam Pedas Premier Setia City MallAsam Pedas Premier ni, terletak di hujung sekali, LG-75. Memang senang nak cari. Masa ni datang memang tak ramai orang. Yela, bukan hari minggu, hari biasa, hari orang bekerja, jadi syokla bila tak ramai orang kan..hehee. Nad tengok tempat dia menarik. Dekorasi simple, meja jenis kayu. Ada tempat duduk yang selesa. Memang sesuai makan bersama keluarga dekat sini.
Disebabkan perut dah lapar, terus nad panggil staff situ nak order. Cara order kene tulis dekat kertas. Dekat menu tu ade nombor setiap makanan, jadi pilihla dan tulis nombor tu dekat kertas.
Menu, ada untuk perseorang, dua orang dan keluarga. Dekat restoran Asam Pedas Premier, menu bukan asam pedas sahaja, ada juga menu lain. Menu ada dari nasi, mee sampaila makanan ringan. Boleh tengok gambar nad letak ni.
Asam Pedas Premier ni telah ditubuhkan selama 10 tahun. Restoran pertama Asam Pedas Premier adalah di Bukit Jelutong Shah Alam pada tahun 2009. Selain Bukit Jelutong dan setia City Mall, outlet Asam Pedas Premier ada di Sri Rampai Setapak, Bayan Baru Pulau Pinangdan Quenssbay Mall Pulau Pinang.
Dekat sini ada macam-macam jenis asam pedas yang korang boleh pilih. Ada Asam Pedas Ikan Pari, Asam pedas Tenggiri dan Asam pedas Ikan Kembung. Untuk asam pedas ni, nad pilih Asam pedas Ikan pari, suami pulak pilih Asam Pedas Tenggiri.
Asam pedas ni dalam bentuk set, ia didatangkan sekali dengan nasi yang dihidangakan sekali dengan sayur ulaman, telur masin dan sambal belacan..Memang kombinasi yang perfect..hehee..Makan pulak dengan asam pedas..memang makan macam cara kampung..
Nampak je terus tak sabar nak makan. Yela masih tengah panas, memang sedap makan panas-panas. Kita hirup kuah dia..slurppppp..Pergh sedap beb!!..Kuah dia dahla pekat, rasa dia memang ngam sangat. Pedas dia..perghh memang kena dengan tekak kita. Kita dengan suami suka makan pedas, jadi Asam Pedas Premier ni memang menetapi citarasa kita..memang makan tak pandang kiri kanan. Pulak tu masing-masing kongsi asam pedas ni ya, nak rasa punya pasal, yela suami ikan tenggiri, nad ikan pari..hehe..
Ikan pari dia lembut je, senang dibelah dua. Ikan tenggiri pulak manis, memang ngam la..sedap sangatt..tak tau nak cakap macam mana..yang penting sedapp..hehee
Menu lain, nad order Daging Salai Masak Lemak Cili Padi..hahaha..semuanya nak pedas. Macam ni la sejak kenal suami, suami suka makan pedas, kita pun ikut makan pedas. Nad memang suka makan daging salai ni..sebab tu order. Nak kata pedas sangat, takda la,..ok je..pedas-pedas biasa je..Dagingnya pun lembut..Warna dia tu menawan kalbu.. Memang rasa nak menambah je bila makan.
Nasi Goreng special untuk client mr mafia..Ayam dia besar weii..Ada keropok, timun, tomato ikan bilis dan sambal..oh ada sup juga..
Untuk Fariza pulak, ni dia yang pilih sendiri..Biasalah anak dara kita sekarang memang pandai memilih..hahaa..Dia suka mihun. Jadi kita orderla mihun goreng ni untuk dia. Sedap dia makan tu..
Untuk si kecik pulak, kita order cucur untuk dia. Takkan nak bagi pedas pulak kan..hehee. Ada la suap nasi kosong. Cucur udang dalam bekas rotan, so traditional. .Kita suka. ..Dia enjoy makan cucur udang tu. Nad rasa juga, sedap weii cucur dia. Rangup di luar lembut di dalam. Dengan sos yang sedap tu..Budak kecik ni memang habiskan sepruh cucur..hahaa..
Lain nad order, roti bakar campur telur setengah masak diatasnya ( roti goyang )..Yang ni Fariza yang nak. Adik pun join makan sekali..
Untu air nad order 4 jenis, air carrot susu, air epal jus asam boi, air teh longan dan satu lagi nad lupa yang warna coklat pekat tu.
Bila dapat tempat makan sedap, memang enjoy kitaorang makan. .Hahaha. .Penuh meja dengan makanan, anak-anak makan dengan seronok. .Mommy lagila seronok. .
Daddy dengan anak dara dia. .like a couple ok.. Suap menyuap. .ngrrr. .
Jadi, korang yang teringin nak makan asam pedas, nak makan beramai-ramai bersama keluarga atau kawan atau dengan pasangan, boleh cuba makan dekat Asam Pedas Premier dekat Setia City Mall ni.
Oh nad ada terbaca, Asam Pedas Premeir ada nak bagi voucher dekat 5 orang. Caranya, ambil gambar korang tengah makan di restoran Asam Pedas Premier dan terangkan caption " kenapa korang suk makan di Asam Pedas Premier.. ". Dan jangan lupa letak hastag #asampedaspremier #happydining dan tag @asampedaspremiermy
RM 100 voucher akan diberikan kepad 5 pemenang.. Tak menyesal makan sini..Memang sedap. .
Nak tau lebih berkenaan Asam Pedas Premier ni boleh ke
Website : www.asampedaspremier.com
Facebook : https://www.facebook.com/asampedasmy/
Instagram: https://www.instagram.com/asampedaspremiermy/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/04/asam-pedas-premier-setia-city-mall-kuah.html