Asal Usul Bintang Michelin Yang Menjadi Idaman Restoran


Bagi pemilik restoran, sistem rating bintang Michelin (Michelin Star) yang berusia hampir 122 tahun tidak pernah kehilangan prestajnya. Memilikinya adalah salah satu lambang kebanggaan kepada restoran yang menghidangkan hidangan yang sedap dan perkhidmatan yang berkualiti.
Ia juga menjadi sebahagian daripada Panduan Michelin bagi memperkenalkan tempat makan terbaik di sekitar anda. Tahukah anda tentang sejarah asal usulnya?
Sejarah bintang Michelin Adik beradik yang menubuhkan syarikat tayar Michelin Semuanya bermula dari tahun 1889 dimana Andre dan Edouard Michelin memulakan perniagaan tayarnya di bandar Clermont-Ferrand di Perancis. Jika anda kurang mengenali mereka berdua, merekalah pengasas bersama syarikat tayar terkenal Michelin.
Ditahun tersebut ketika industri automotif sedang rancak membangun, penggunaan kenderaan automotif untuk makan angin bukanlah satu budaya dikalangan masyarakat. Kereta ini adalah pemudah perjalanan daripada poin A ke poin B. Tidak lebih daripada itu.
Jadi perjalanan ke luar kawasan pada zaman itu adalah sesuatu yang tidak dibuat orang jika tiada alasan yang munasabah. Jadi penukaran tayar dengan kerap hasil daripada perjalanan yang jauh tidak mungkin berlaku dan merugikan peluang kepada adik beradik Michelin untuk menghasilkan keuntungan.
Panduan Michelin edisi pertama pada tahun 1900 Jadi pada tahun 1900, Andre dan Edouard Michelin mengambil keputusan untuk mencipta penerbitan yang dikenali sebagai chauffeurs et les vélocipédistes, ianya adalah penerbitan untuk pemandu di sekitar Perancis yang memberi idea penerokaan jalan raya di negara tersebut.
Ia juga turut dikenali sebagai Panduan Michelin pertama yang diterbitkan yang mengandungi maklumat berguna untuk pengembara menerokai dunia luar dengan kenderaan mereka. Antara maklumat yang disediakan oleh panduan tersebut adalah peta, mekanik asas, tempat berehat dan sudah tentu tempat makan dan bersantai.
Sebagai permulaan, panduan yang disediakan oleh mereka ini diedarkan sebanyak 35,000 naskhah secara percuma kepada pemilik kenderaan di sekitar Perancis. Malahan panduan tersebut kekal percuma hampir 2 dekad sebelum edisi berbayar pertama dilancarkan dengan harga 7 Franc pada tahun 1920.
Itu hanya permulaan sahaja dalam evolusi panduan Michelin kepada hal yang lebih baik. Sebagai contohnya, panduan Michelin kebiasaannya mensyorkan restoran yang menjadi sebahagian daripada hotel.
Semuanya berubah pada tahun 1923 dimana restoran yang disenaraikan bukan sahaja menyenaraikan restoran yang menjadi sebahagian daripada hotel, sebaliknya restoran persendirian turut disenaraikan buat pertama kalinya.
Penambahbaikan terus dilakukan bagi memastikan penarafan restoran melepasi kualiti yang tidak mengecewakan pengunjung. Jadi pada tahun 1926, penarafan 1 bintang diperkenalkan bagi menyerlahkan restoran terbaik dan sekumpulan pemeriksa turut diupah bagi menyelami pengalaman dalam mencari tempat makan terbaik. Kemudian penarafan bintang 1,2, dan 3 Mechelin diperkenalkan pada tahun 1931.
Apakah Panduan Michelin? Panduan Michelin menjadi kebanggaan kebanyakan restoran Janggal sebenarnya bercerita tentang bintang Michelin jika tidak menyentuh tentang panduan Michelin atau dikenali sebagai Michelin Guide. Walaupun nampak pelik panduan dunia masakan berprestaj disediakan oleh syarikat tayar, namun kita patut kagumi orang yang bertanggungjawab dalam penyediaan strategi pemasaran yang menarik ini.
Panduan Michelin secara ringkasnya ialah terbitan yang menyenaraikan restoran dan hotel terbaik disesuatu kawasan. Ia juga merangkumi ulasan dan penilaian yang dibuat oleh pakar  mengikut kriteria yang telah ditetapkan Michelin.
Apakah yang dinilai oleh Panduan Michelin? Piktogram yang digunakan dalam panduan Michelin Pada asasnya, terdapat beberapa aspek yang dinilai dalam panduan Michelin. Pertamanya ialah tentang makanan, keduanya tentang keselesaan dan ketiganya adalah kualiti. Walaupun layanan dan pengalaman pengunjung satu kemestian, penilaian makanan antara hal yang dinilai secara individu.
Mereka juga menggunakan piktogram sebagai kaedah penilaian restoran yang memudahkan pembaca. Bintang Michelin, garfu dan sudu, Bib Gourmand dan plat Michelin antara kaedah unik piktogram untuk menilai restoran. Sistem penarafan ini membantu pembaca untuk menemui restoran terbaik di dunia mengikut Panduan Michelin.
Teruskan membaca untuk mengetahui kriteria yang dipatuhi oleh Panduan Michelin mengikut piktogram yang saya katakan.
Apakah nilai bintang Michelin? Maksud disebalik bintang Michelin Bintang Michelin dianugerahkan mengikut kriteria universal yang mesti digunakan oleh pemeriksa panduan Michelin ini. Mereka sangat memberi perhatian khusus dengan kualiti bahan yang digunakan, kreativiti hidangan, penguasaan rasa, teknik memasak, nilai untuk wang dan konsistensi. Dengan mengikut kriteria ini, panduan Michelin menggunakan sistem penarafan dari 1 hingga 3 bintang.
1 bintang Michelin: Apabila restoran menerima 1 bintang Michelin ini bermakna masakan yang disediakan berkualiti tinggi. Korang memang patut cuba!
2 bintang Michelin: Apabila restoran menerima 2 bintang Michelin ini bermakna ia menawarkan masakan yang luar biasa.Berbaloi untuk mencuba!
3 bintang Michelin: Apabila restoran menerima 3 bintang Michelin ini bermakna ia menawarkan masakan yang unik.Berbaloi dengan perjalanan istimewa!
Adakah pengiktirafan selain bintang Michelin? Sudah semestinya. Selain daripada bintang Michelin, terdapat beberapa jenis pengiktirafan dalam panduan Michelin yang diberikan kepada restoran mengikut kriteria yang sedikit berbeza. Antaranya ialah:
Bib Gourmand Pengiktirafan dalam kategori yang berbeza Pengiktirafan Bib Gourmands telah diberikan kepada restoran yang menyediakan makanan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Bezanya adalah daripada segi persembahan kepada pembaca dalam panduan Michelin.
Sebelum dikenali sebagai Bib Gourmand, masyarakat lebih mengenali pengiktirafan ini sebagai “Red R” a.k.a “An R” (logo bulat yang ada huruf R didalamnya). Gelaran Red R kekal dari tahun 1955 sehingga dikenali sebagai “Repas” pada tahun 1992.
Penjenamaan semula mula dilakukan pada tahun 1997 apabila terdapat usaha untuk memasukkan unsur yang lebih bermakna pada simbol pengiktirafan ini. Pada tahun tersebut, bulatan merah R yang menjadi simbol ikonik Bib Gourmand telah ditukarkan kepada gambar maskot Michelin yang dikenali sebagai Bibendum dalam keadaan menjilat bibir. Ini sekadar simbolik yang mengambarkan sedapnya hidangan yang disediakan.
Bagaimana cara untuk melayakkan sesebuah restoran mendapat pengiktirafan Bib Gourmand?Asalkan restoran itu punyai set pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut dan kesemuanya berharga maksimum 33-37 euros (disekitar Eropah dan Perancis), maka restoran tersebut layak untuk dinilai.
Plat Michelin Anugerah kepada restoran yang menyediakan makanan yang enak Plat Michelin atau dikenali sebagai Plate Michelin adalah pengiktirafan paling baru dan kurang berprestij yang ditambah di dalam panduan Michelin sejak tahun 2017. Pengiktirafan ini diberikan kepada restoran yang mempunyai kualiti masakan yang baik serta layak untuk dimasukkan kedalam panduan Michelin tetapi masih belum menerima Bib Gourmand dan bintang Michelin.
Bagi mengenali penerima Plat Michelin dalam panduan Michelin, ianya akan ditanda dengan simbol pinggan di sebelah nama restoran. Jangan risau, setiap restoran dalam senarai ini telah diperiksa sendiri oleh wakil daripada Michelin dan diperakui mereka punyai kualiti makanan yang baik. Mungkin pemeriksaan akan datang melayakkan mereka untuk berada dikelompok yang lebih tinggi.
Apakah persamaan restoran yang memiliki bintang Michelin? Menerusi senarai restoran yang terdapat di dalam panduan Michelin dan dilawati sendiri pengembara dan membaca, mereka mendapati terdapat beberapa kriteria yang kebiasaannya ada pada restoran.
Komited pada kualiti. Tiada restoran dalam senarai penerima bintang Michelin yang mengambil ringan tentang perkhidmatan daripada kualiti hidangan sehinggalah kualiti layanan. Berbeza dari restoran lain. Tidak kira ia berkaitan dengan hidangan ekskusif atau kaedah chef yang  menyediakan cuisine, keunikan penyediaan menyerlahkan lagi keistimewaan restoran. Layanan kelas pertama. Kakitangan dilatih dan diseragamkan perkhidmatan mengikut panduan yang disediakan pada Employee Handbook. Tiada istilah kakitangan bermasam muka dan pelanggan mesti dilayan seperti raja. Adakah bintang Michelin boleh ditarik balik? Sudah semestinya boleh. Bintang Michelin boleh ditarik balik oleh inspektor Michelin jika didapati sesebuah restoran itu menyediakan hidangan yang mempunyai kualiti makanan yang berbeza daripada sebelumnya.
Pernahkah anda mendengar tentang sumpahan Michelin? Restoran Le Suquet à Laguiole yang dimaksudkan Setiap restoran yang dianugerahkan dengan bintang Michelin kebiasaannya menerima banyak perhatian daripada media dan pelanggan yang menyebabkan mereka menerima tekanan dan kemahsyuran secara tiba-tiba. Ini menyebabkan adakala chef membuat keputusan untuk memulangkan balik bintang Michelin.
Memandangkan anugerah bintang Michelin adalah salah satu bentuk pendapat yang bukan punyai anugerah fizikal yang boleh dipulang balik, jadi ada sesetengah restoran menukar menu dan chef mereka dengan harapan mereka kehilangan bintang tersebut.
Restoran Le Suquet à Laguiole di Perancis adalah salah satu daripadanya yang menerima 3 bintang Michelin pada tahun 2018 sebelum melakukan perubahan hidangan secara sengaja dengan harapan mereka dikeluarkan daripada panduan Michelin.
Kesimpulan Sistem rating bintang Michelin ini walaupun berprestaj namun tidak pernah terlepas daripada kritikan. Antara kritikan yang mereka terima adalah penilaian sangat bias kepada hidangan Perancis disamping gaya, teknik dan persembahan lebih kepada gaya hidangan formal berbanding hidangan kasual.
Baca juga: Cara memasak burger yang sedap
Memandangkan panduan Michelin sedang mengembangkan sayapkan ke Asia, dapat dilihat Michelin mula terbuka kepada perubahan. Ini dapat dilihat bagaimana pada tahun 2016, satu bintang Michelin telah diberikan kepada beberapa gerai makanan di Singapura yang menyediakan hidangan serendah USD2. Bila pula dengan Malaysia? 
Kaedahnya mudah. Malaysia perlu ada Panduan Michelin dulu. Kalau tidak ada, jangan la percaya ada restoran Malaysia yang menerima bintang Michelin.

The post Asal usul Bintang Michelin yang menjadi idaman restoran appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/asal-usul-bintang-michelin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Asal Usul Dan Khasiat Buah Kurma Ajwa

Kisah Asal Usul Dan Khasiat Buah Kurma Ajwa

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 247 hits
Kurma Ajwa mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan saiznya yang sederhana serta kedutan pada Kurma Ajwa lebih banyak daripada kurma lain dan jika diteliti kedutan pada kulit kurma Ajwa membentuk kalimah Kisah dan asal usul kur...
Akun Profil Ghozali Everyday Menjadi Miliarder Dalam Sehari Karena Jualan Foto Selfi

Akun Profil Ghozali Everyday Menjadi Miliarder Dalam Sehari Karena Jualan Foto Selfi

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 232 hits
Berawal dari perbincangan di grup Blogger ASUS Community Blogger Borneo langsung membuat tulisan mengenai kisah salah seorang content creator yang tiba tiba menjadi miliarder karena koleksi foto selfinya terjual dengan nilai lebih dari 1 mi...
Asal Usul Kekuatan Supranatural Moon Knight Penggemar Marvel Wajib Tahu

Asal Usul Kekuatan Supranatural Moon Knight Penggemar Marvel Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 191 hits
Moon Knight menjadi karakter superhero Marvel yang memiliki kekuatan unik dan memiliki kepribadian ganda
5 Kebaikan Quartz Stone Hingga Menjadi Idaman Saya

5 Kebaikan Quartz Stone Hingga Menjadi Idaman Saya

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum5 Kebaikan Quartz Stone Hingga Menjadi Idaman Saya Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai dapur saya jom kita kenali apa itu quartz stone Quartz stone adalah produk batu yang mengandungi 95 Quartz dan mineral lain diben...
Kurang Menjadi Lakonan Komedi Lee Seojin Dalam Dr Park S Clinic Dikritik

Kurang Menjadi Lakonan Komedi Lee Seojin Dalam Dr Park S Clinic Dikritik

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 214 hits
Baru sahaja ditayangkan namun sudah banyak pendapat yang ditaburkan buat drama Dr Park s Clinic ARTIKEL BERKAITAN Drama ini membawa kisah doktor baru dan amatur bernama Doktor Park yang berimpian untuk hidup kaya dan dihormati Meskipun awal...
Lauk Idaman Mak Pak

Lauk Idaman Mak Pak

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum Hi korang SA kalau sihat memang banyak la entry sehari kan alhamdulillah SA dah sihat sepenuhnya dan dh boleh kembali beraksi dari dapur Suriaamanda memasak menu untuk kami berempat hari ni Mak Pah nak makan asam rebus kelad...
Homemade Keropok Lekor Idaman Hati

Homemade Keropok Lekor Idaman Hati

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 543 hits
Sebelum masuk bab resipi nak tanya anda yang sedang membaca entri ini dah klik Follow Blog ke belum Kalau belum harap dapat klik follow di butang sebelah bawah atau kanan jika menggunakan lap top Bagi sokongan tau Saya nak kongsikan petikan...
5 Grup Parenting Yang Bisa Menjadi Support System Tambahan Untuk Para Ibu Dirumah

5 Grup Parenting Yang Bisa Menjadi Support System Tambahan Untuk Para Ibu Dirumah

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 181 hits
Melahirkan anak dan juga menjadi seorang ibu memang sudah menjadi kodrat dari wanita Namun meski semua wanita sudah mengetahui ketentuan tersebut nyatanya tidak semua wanita siap menjalankannya Terbukti cukup banyak wanita diluar sana yang ...
Menjadi Hak Bekas Hakim Kemuka Saman Terhadap Kerajaan Kata Wan Junaidi

Menjadi Hak Bekas Hakim Kemuka Saman Terhadap Kerajaan Kata Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 199 hits
Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan akan menyerahkan perkara terbabit kepada Pejabat Peguam Negara selepas saman dikemukakan oleh bekas hakim termasuk tujuh balu dan tanggungan mereka diterima PETALING JAYA Menjadi hak kumpulan hakim...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco