5 Kebaikan Quartz Stone Hingga Menjadi Idaman Saya
Assalamualaikum
5 Kebaikan Quartz Stone Hingga Menjadi Idaman Saya | Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai dapur saya, jom kita kenali apa itu quartz stone. Quartz stone adalah produk batu yang mengandungi 95% Quartz dan mineral lain, dibentuk menjadi kepingan dan terikat dengan resin.
Saya memang dah jatuh cinta dan berniat untuk memiliki table top quartz stone ni. Ianya nampak sangat-sangat cantik, kemas dan berseri.
Apakah kelebihan Quartz Stone?
Quartz mempunyai ketebalan 15-18mm serta terdapat dalam pelbagai warna dan corak yang menarik. Quartz juga nampak mewah dan memberikan tuan rumah perasaan batu semula jadi. Penampilan Quartz yang cukup kontemporari menjadikannya pilihan reka bentuk dapur moden.
#1 - Mudah untuk dijaga#2 - Boleh custom made dalam pelbagai saiz#3 - Senang dibersihkan#4 - Quartz stone juga boleh digunakan di bahagian dinding dapur sebagai 'back splash'#5 - Tidak mudah retak atau pecah
Walaupun banyak kebaikan Quartz stone ni, ia juga ada kekurangannya. Antara kekurangan yang perlu tuan rumah hadapi ialah, perlu berhati-hati ketika meletakkan periuk atau kuali yang sangat panas terus ke atas table top. Ini boleh menyebabkan meninggalkan kesan di atas permukaan table top. Sebagai langkah berjaga-jaga, periuk atau kuali panas perlu dilapik terlebih dahulu.
Antara kelemahan lain;#1 - Mahal#2 - Tidak mempunya rupa semula jadi seperti batu#3 - Quartz tidak mampu tahan suhu yang terlalu tinggi#4 - Quartz stone mempunyai rongga halus yang boleh menyerap air dan kotoran dalam jangka masa yang lama#5 - Mudah berubah warna, terutamanya jika pendedahan berterusan terhadap cahaya matahari
Bagi merealisasikan impian saya yang nak sangat table top quartz stone kan, saya mula buat perbandingan harga kontraktor-kontraktor di sekitar JB. Memang tidak dinafikan, harga memang mahal-mahal belaka. Yelah, sebab saya ada proses pecahkan table top lama.
Memandangkan suami saya mahu table top jenis konkrit sebab tahan lasak katanya, saya pun mula buat pengiraan, survey sana sini, buat perbandingan harga, kualiti dan banyak lagi. Hingga kadang tu ada masa saya terfikir, tak nak buatlah sebab sayang duit.
Untuk table top quartz sone, saya memilih Oro Stone Malaysia. Dari segi harga, mereka lebih murah berbanding kontraktor lain dan kebetulan ada promosi sempena pembukaan cawangan mereka di JB. Tu yang setiap proses kami menggunakan kontraktor berasingan. Tapi, kalau nak mudah dan cepat siap, lebih baik guna kontraktor yang sama dari awal hingga akhir. Senang tak payah fikir nak survey sana sini. Cuma perlu stanby duit.
Mudah berurusan dengan mereka. Hanya whataps nombor di FB oro stone, dan tunggu staff mereka balas. Boleh terus set hari dan masa untuk staff mereka datang ke rumah membuat pengukuran.
Staff Oro Stone datang membuat pengukuran. Datang ukur ni takde bayaran
Selepas proses pengukuran, mereka akan whataps untuk berikan sebut harga. Ini ialah pelan table top kami dan ukuran details. Selepas setuju, kami perlu bayar deposit separuh dari jumlah bayaran.
Proses pembuatan ambil masa 10 hari. Dalam tempoh tersebut sempatlah kami adjust mana yang patut, siapkan piping dan lain-lain
Sebelum installation dilakukan, mereka akan tanya owner untuk menetapkan hari dan masa. Kebetulan juga saya masih BDR, jadi takde masalah bagi saya untuk mereka datang melakukan pemasangan bila-bila masa
Sedikit sebanyak proses pemasangan table top quartz stone saya
Bahagian tepi table top saya ni senget sikit sebab kontraktor cantumkan konkrit ni senget. nasihat saya, sebagai kontraktor ubah suai rumah, korang bukan hanya perlu tahu cara membuatnya, tapi tolonglah double check hasil kerja selepas buat. Contohnya inilah.
Kemudian, staff oro stone adjust semula pemotongan quartz stone agar dapat ukuran yang tepat
Ok dah cun. Tepat. Maka siaplah pemasangan table top quartz stone saya. So far, saya sangat berpuas hati. Kalau ikutkan term mereka, saya perlu bayar sebelum installation dilakukan. Tapi, tulah saya ni cuak-cuak jugak nak bayar habis. Tu yang bila diorang datang baru saya bayar habis
Ini staff lain yang datang beberapa hari selepas pemasangan sebab saya lupa sinki perlu letak silikon.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jnjikita.blogspot.com/2022/01/5-sebab-saya-memilih-quartz-stone-di.html