Asal Usul Bangsa Melayu


Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang KETIGA bernama Keturah/Qanturah.  Siti Qanturah yang berkulit sawo matang, cantik rupa paras dan berbudi pekerti. Bagi anak-anak dari keturunan Qanturah ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.

Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS yang masih kecil di Makkah, Nabi Ibrahim Khalilullah meneruskan perjalanan hingga sampai ke satu tempat yang bernama Kembayat atau Kemboja (hari ini dikenali sebagai Kampuchea) dan berkahwin di sana. Di Kembayat, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Keturah atau Qanturah dan mendapat enam orang anak. Kemudian Nabi Ibrahim pulang ke Kanaan, tapi Keturah dan enam anaknya tidak ikut serta. Keturunan Nabi Ibrahim AS bersama isterinya Keturah ini berkembang biak di Kemboja dan sekitar Nusantara dan akhirnya bergelar Bani Jawi. Menurut lidah Arab, Jawi itu bermakna jauh, iaitu jauh dari tanah Arab (Timur Tengah). Di sebelah sini, keturunan Jawi itu disebut Melayu. Istilah ‘Jawa’ itu sendiri berasal dari pengembangan istilah Jawi yang dari bahasa Arab tadi. Istilah asalnya ‘Jawah’ atau ‘Jawi’ ertinya jauh.




Qanturah ada disebutkan dalam Bible (Book of Genesis, chpt 25 vers 1-2) , dalam edisi Bible terjemahan bahasa Arab (al-Kutub al-Muqaddas. Cetakan ketiga, tahun 1994. Dar al-Masyriq, Beirut), menyebutkan:

وعاد إبراهيم فأخذ زوجة اسمها قطورة؛ فولدت له زمران ويقشات ومدان ومدين ويشباق وشوحا.

"Setelah Ibrahim pulang, beliau mengahwini seorang isteri yang bernama Qathurah/Qanturah. Lalu, Qathurah/Qanturah melahirkan untuk Ibrahim (anak yang bernama) Zimran, Yuqsyan, Madani, Midyan, Yisybaq, dan Syuha".

Al-Imam al-Thabari meriwayatkan kisah perkahwinan antara Nabi Ibrahim dan Qathurah. (Shahih Wa Dhaif Tarikh al-Thabari oleh al-Syeikh Muhammad Tahir al-Barzanji, jld 6 m/s 222. Cetakan pertama, tahun 1428 H/2007 M. Dar Ibn Katsir, Beirut)

Dalam doa Nabi Ibrahim:” Wahai tuhan kami, utuskan dikalangan mereka seorang rasul yg membacakan ayat-ayat Engkau dan mengajar kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mulia lagi Bijaksana. Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah daripada isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin daripada orang-orang bertaqwa”.Doa itu diperkenan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW dilahirkan daripada keturunan Siti Hajar. Kemudian Nabi Ibrahim memerintahkan anak-anaknya daripada zuriat Siti Qanturah untuk menetap di Timur Asia Tenggara. Para Ulama Yaman menyatakan Timur yang dimaksudkan itu ialah kepulauan Melayu yang merangkumi Pattani, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang mana di dalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Kampuchea dan seterusnya berhijarah ke Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Nusantara . 

Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat. Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus, belayar ke timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi yang bererti Sugai Mus Punya. 

Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s., itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s., dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qanturah. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.

Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari’at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, dan akhirnya Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya, dari segi ilmu senggama, praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan telah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala. Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina. Asal usul sesetengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India, menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari Sri Vijaya, Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya, termasuklah bidang persilatan sebelum kedatangan Islam.

Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari Hadratulmaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu-ilmu ke Sufian bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu yang tebal dengan ilmu mistik hitam bagi memeluk Islam. Pemah dikatakan terjadi pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa yang berakhir dengan kematian Sami tersebut. Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk-habuk kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik.

Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara kesufian dan kerohanian dikaitkan dengan Wali Sembilan. Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang berasal dari jalinan Ajaran Islam dan budaya Arab, dan Khurasan.

Satu wasiat yang dikatakan sebuah hadis Rasulullah SAW. Setakat diketahui, ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis sahih yang disepakati, malah mana-mana kitab rasmi agama Islam. Tetapi ia wujud dalam dua kitab Melayu yang dianggap sebagai dua sumber utama pensejarahan Melayu lama iaitu Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang. Cuba baca kata-kata Nabi ini:    “Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. “Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama”.    Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (dalam Aceh sekarang). Untuk makluman, nakhoda kapal rombongan ini ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.

Dalam mission ini, baginda telah berjumpa dengan pengasas keSultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih. Kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman (kebangkitan Islam dari Timur) di sebalik semua ini?

BUMI PENUH LAGENDA DAN MISTERI
Assalamualaikum Wahai Umat Islam, Bani Jawi dan Bangsa Melayu Ketahuilah oleh mu bahawasanya kamu sedang memijak bumi yang penuh lagenda , misteri dan rahsia yang tersembunyi yang akan terbongkar di akhir zaman nanti ……… 
Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini merupakan jantung dan nadi kepada bumi dan dari bumi ini lah Jibrail A.S mengambil tanahnya untuk di jadikan jantung Bapa kita Nabi Adam A.S …..


Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Semenanjung Emas sejak zaman dahulu kala kerana bumi ini memiliki Emas Merah yang terbaik di dunia…

Ketahilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Rahsia Yang Tersembunyi (Secret Hidden Place) yang di ceritakan rahsianya oleh ALLAH S.W.T kepada Iskandar Zulkarnain A.S
Bumi inilah yang di panggil Tanah Matahari Terbit Di Penjuru Dunia. Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini pernah di jejaki oleh Bapa Kita Nabi Adam A.S kerana mencari dan merindui Ibu kita Siti Hawa …… air mata nya pernah menitis di atas bumi ini kerana merindui kekasih hatinya isteri yang tercinta….. dan menuju kearah matahari terbit sampai ke penghujung penjuru dunia baginda telah mengubah haluan menuju ke barat menuju ke arah matahari terbenam meneruskan pencarian kekasih hatinya ….


Ketahuilah oleh mu bahawasanya Bapa Kita Nabi Ibrahim A.S setelah meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S menuju dan memijak bumi ini untuk melihat bumi yang bakal di diami oleh anak cucunya di akhir zaman nanti yang mana bakal menyambung dan menyempurnakan risalah Ilahi ke serata dunia sampailah ke hari kiamat.

Ketahulah oleh mu bahawasanya Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis pernah memijak bumi ini dan membawa pulang harta kekayaan buminya emas merah sebanyak 3000 tan emas ke Baitul Muqadis dan dengan kekayaan inilah Nabi Sulaiman telah memerintah seluruh dunia ini dengan kemakmuran dan keamanan.
Ketahuilah oleh mu bahawasanya Iskandar Zulkarnain yang empunya 2 Tanduk bersama Nabi Khidir A.S pernah memijak bumi ini untuk mencari Uyun Hayat yang mana bumi ini menyimpan kekuatan Kerohanian Mistik yang penuh Misteri yang hanya di ketahui oleh Nabi-Nabi dan Wali-Wali ALLAH dan dari bumi inilah akan lahir. 
Pejuang-Pejuang , Daie-Daie dan Wali-Wali ALLAH di akhir zaman yang penuh Kekuatan Kerohanian dan Semangat Perjuangan yang mana jika di letakkan gunung ganang di hadapannya nescaya gunung ganang akan runtuh di rempuh olehnya dan dengannya ALLAH akan menyempurnakan dan menyebarkan Risalahnya Agamanya Suci iaitu ISLAM sampai ke hari Kiamat ……


Ketahuilah oleh mu bahawasanya Sahabat-Sahabat Rasul ALLAH S.A.W telah sampai dan singgah untuk mengambil perbekalan makanan dan minuman semasa dalam misi penghantaran Surat Dakwah kepada Maharaja China melalui jalan laut …. 
Ketahuilah oleh mu bahasanya hanya Bumi ini didalam dunia yang menerima kedatangan Islam tanpa peperangan …….. Bumi ini menerima kedatangan Islam dengan jalan Dakwah yang mana Agama Islam di bumi ini di bawa oleh anak cucu Rasul ALLAH S.A.W sendiri iaitu Ahlul Baitnya …….


Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini menerima kedatangan Ahlul Bait yang dalam pengusiran dan pemburuan oleh mereka-mereka yang dengki dan khianat terhadap Rasul ALLAH S.A.W . 
Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini di muliakan oleh ALLAH S.WT. yang mana kesemua Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu serta Perdana Menteri nya yang 5 orang itu adalah dari Keturunan Ahlul Bait ……….. Bumi ini di pelihara oleh ALLAH S.W.T dari sebarang musibah dan bala bencana kerana bumi ini di diami dan di perintah oleh anak cucu Kekasihnya … Habibullah Rasul ALLAH S.A.W.  


Sedar dan Ingatlah bahawasanya bumi ini pernah di serang dari segala arah bermula dari Siam , Tartar , Portugis , Belanda , Inggeris , Jepun , Komunis dan bumi ini tetap utuh dalam memilihara Keagungan dan Kedaulat Islam …… kenapa … ?

Kerana ALLAH S.W.T menaruh pengharapan dan memberi kita Bani Jawi satu tugas yang penting sebelum di Kiamatkan Dunia ini …….. Penyempurnaan dan Penyebaran Agama Islam Keseluruh Dunia ………
Oleh itu Wahai Umat Islam Wahai Ahlul Bait Raja-Raja Melayu Wahai Bani Jawi jangan kamu bimbang dan risau ………….. teruskanlah perjuangan kamu meninggikan Syiar Islam ………. Jangan takut dan ragu-ragu ….. selagi kamu memikul Agama Islam dan Risalah ILAHI pasti dan pasti bantuan dari ALLAH S.W.T pasti akan bersama mu…
Keluarlah lah kamu ke hujung-hujung dunia ……… sebarkan AGAMA ISLAM teruskan lah perjuangan mu ini jangan lah kamu takut dan ragu-ragu …….. kelak kamu akan lihat di bumi ini manusia dan seluruh dunia akan berbondong-bondong datang dan memeluk Islam beramai-ramai …




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lautan-biru.blogspot.com/2020/07/asal-usul-bangsa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Usul Perayaan Hantu Lapar Masyarakat Cina

Asal Usul Perayaan Hantu Lapar Masyarakat Cina

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 429 hits
Istilah Perayaan Hantu Lapar dikatakan adalah rekaan istilah orang British semasa mereka menjejakkan kaki ke negara negara Timur Asia dan hasil dari itu sambutan perayaan ini diberi satu gambaran sebagai sesuatu yang menakutkan Men
Bikin Polisi Bergidik Ternyata Ini Asal Usul Benda Mistik Milik Pembakar Mobil Via Vallen

Bikin Polisi Bergidik Ternyata Ini Asal Usul Benda Mistik Milik Pembakar Mobil Via Vallen

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 288 hits
Kepolisian hingga saat ini masih terus mendalami keterangan pelaku pembakaran mobil Toyota Alphard milik Via Vallen Mobil mewah bernomor polisi W 1 VV tersebut dibakar pria bernama Pije Selasa sekitar pukul 03 20 WIB Saat kejadian mobil ter...
Asal Usul Perkataan Bro

Asal Usul Perkataan Bro

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 505 hits
Asal Usul Perkataan BRO Perkataan BRO memang dah jadi sinonim dengan rakyat Malaysia Baik Melayu Cina India Iban dan etc gemar menggunakan perkataan bro dalam percakapan dan penulisan merujuk kepada perkataan brother Tapi samada kita sedar ...
Ramai Orang Melayu Masih Bodoh

Ramai Orang Melayu Masih Bodoh

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 252 hits
Aku hairan ramai Melayu yang bodoh bongok dan bangang Cina dah kuasai ekonomi lebih 70 bermakna kekayaan negara lebih 70 milik cina termasuk tanah Masih lagi nak cerita tanah Melayu milik Melayu dan ketuanan Melayu lagi ke Melayu telah di b...
Terowong Pp Melayu Bumiputera Tumpang Sekaki Tahniah Raja Petra

Terowong Pp Melayu Bumiputera Tumpang Sekaki Tahniah Raja Petra

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 472 hits
Gambar hiasan Skandal Terowong Guan Eng 4 Exco Antara Di Dakwa Terima Suapan RM800 RibuKUALA LUMPUR Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di dakwa menerima suapan berupa wang tunai berjumlah RM600 ribu serta seutas jam mewah jenama ...
Lelaki Melayu Didakwa Sebar Ketegangan Kaum

Lelaki Melayu Didakwa Sebar Ketegangan Kaum

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 236 hits
Seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa di mahkamah pada hari Khamis kerana mencetuskan ketegangan antara kaum dalam talian dengan nama samaran Sharon Liew Zainal Abidin Shaiful Bahari dikenakan empat pertuduhan semuanya berkaitan dengan me...
Dua Sajian Baba Nyonya Warisan Berzaman Serasi Tekak Melayu

Dua Sajian Baba Nyonya Warisan Berzaman Serasi Tekak Melayu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 530 hits
Sajian laut Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu Pengaruh sajian Melayu terutama bahan ramuannya banyak yang menyamai ramuan sajian Melayu Ni dua sajian ikan resipi Cina Peranakan yang dikongsi oleh Kolej ...
Kesilapan Sering Dilakukan Pengusaha Kedai Makanan Melayu

Kesilapan Sering Dilakukan Pengusaha Kedai Makanan Melayu

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 630 hits
Tedi agak kecewa dengan prestasi beberapa kedai makan yang diusahakan orang Melayu yang Mommy dan Master lawati sebelum ini MenuTidak menyediakan menu sebagai panduan sebaliknya hanya cakap mulut sahaja Hal ini menyusahkan pelanggan Walaupu...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1