Asal Usul April Fool


Asal Usul April FoolAsal usul april fool adalah perayaan pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib (Crusader) dengan penipuan.

Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool.

April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain.



Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?
Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan.

Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.

Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool—yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh  sahaja menipu rakan, orang tua, saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.

Biasanya mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau membebel, dan tidak marah secara serius.

Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin menebal didalam masyarakat kita. Terutama di kalangan anak muda.

Bukan mustahil pula, suatu masa nanti akan meluas ke masyarakat yang tinggal di kampung-kampung dan pedalaman.

Ironiknya, masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur.

Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.

Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh.

Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya menerangi Sepanyol.

Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam.

Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.

Bukan  sahaja membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal.

Maka dihantar  sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, yakni dengan pertamanya melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.

Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an.

Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol.

Lama-kelamaan usaha  ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan  dikuasai pasukan salib. Serangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan.

Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera salib terus mengejar mereka.

Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera salib mengetahui bahawa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.

Dengan lantang tentera salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa  orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan.

Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan.

Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya.

Lidah api kelihatan menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol.

Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata.

Mereka juga kebanyakanya terdiri dari para perempuan dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan.

Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana.

Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April.

Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool Day).

Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.
Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan.

Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan semata.

Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan.
Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol.

Sebab itu, adalah sangat tidak patut  juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.
Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka dia sesungguhnya sedang  merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad yang lalu.

Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena bungkusan jahiliah April Fool tanpa kita sedari.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iskandarx-society.blogspot.com/2020/04/asal-usul-april-fool.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo+%28Armada+Melayu%E2%8

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kim Jaejoong Dedah Dirinya Positif Covid 19 Rupanya Sebagai Lawak April Fool Ditempelak Netizen

Kim Jaejoong Dedah Dirinya Positif Covid 19 Rupanya Sebagai Lawak April Fool Ditempelak Netizen

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 218 hits
Umum mengetahui bahawa wabak COVID 19 merupakan satu perkara yang merunsingkan banyak negara di seluruh dunia Saban hari semakin banyak kes positif yang dilaporkan sehingga membuatkan kerajaan terpaksa mengumumkan perintah berkurung kepada ...
1 April Bukan April Fool Ia Adalah Sejarah Hitam Penyembelihan Umat Islam Di Sepanyol

1 April Bukan April Fool Ia Adalah Sejarah Hitam Penyembelihan Umat Islam Di Sepanyol

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 952 hits
1 April bukannya April Fool yang boleh dirayakan dan dipraktikkan tetapi ianya satu lakaran sejarah Penyembelihan Umat Islam yang perlu diimbas kembali Ianya berlaku di Granada Sepanyol pada 5 abad yang lepas 1 AprilSerangan Tentera Salib d...
Pdip Usul Pemilihan Wagub Dki Diundur 5 April

Pdip Usul Pemilihan Wagub Dki Diundur 5 April

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 144 hits
PDIP Usul Pemilihan Wagub DKI Diundur 5 April Hal tersebut kata Gembong juga sesuai dengan himbauan Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan agar warga Ibu kota bekerja dan belajar di rumah Dia harap fraksi lain sepakat pemilihan Wagub diundur
Asal Usul Lagu Alangkah Indah Di Waktu Pagi

Asal Usul Lagu Alangkah Indah Di Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 382 hits
Kebelakangan ni Master selalu dodoikan Tedi dengan lagu klasik Kandungan Lagu yang dipetik daripada filem Ali Baba Bujang Lapok itu berlirik seperti ini Alangkah indah di waktu pagi burung bersiul menyanyi nyanyi Terbang bebas di angkasa ti...
Oppo Freevooc Yang Mengecas Secara Nirsentuh Ialah Jenaka April Fool Tetapi Teknologi Ini Sebenarnya Wujud

Oppo Freevooc Yang Mengecas Secara Nirsentuh Ialah Jenaka April Fool Tetapi Teknologi Ini Sebenarnya Wujud

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 268 hits
Hari ini Oppo berkongsi video acah sistem pengecasan FreeVOOC yang boleh mengecas peranti baharu Oppo Ace Infinity secara nirwayar dan nirsentuh sehingga jarak 10 meter Ia sebenarnya adalah jenaka April Fool yang berjaya memperdayakan beber...
Covid 19 Kkm Kesan 69 Kes Sporadik Iaitu Tiada Pengesahan Asal Usul Jangkitan Kp Kesihatan

Covid 19 Kkm Kesan 69 Kes Sporadik Iaitu Tiada Pengesahan Asal Usul Jangkitan Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 304 hits
Memang wujud kes sporadik COVID 19 iaitu tidak diketahui mana asal usul jangkitan itu tetapi ia sangat sedikit berbanding jumlah keseluruhan kes kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Dalam sidang media harian Kementeri...
Jaejoong Akui Positif Corona Ternyata Hanya Candaan April Mop Ini Klarifikasinya

Jaejoong Akui Positif Corona Ternyata Hanya Candaan April Mop Ini Klarifikasinya

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 159 hits
Usut punya usut Kim Jaejoong tidak benar benar positif Covid 19 Ia hanya melakukan prank 1 April atau April Mop Sontak pengakuan Jaejoong positif corona tersebut mendapatkan kritikan pedas dari warganet Ini klarifikasinya
Update Covid 19 Nasional 1 April 2020 1 677 Positif Dan 103 Sembuh

Update Covid 19 Nasional 1 April 2020 1 677 Positif Dan 103 Sembuh

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 224 hits
Yuri menjelaskan pasien yang meninggal dunia bertambah 21 kasus Sebelumnya pada Selasa tercatat 136 orang meninggal dunia menjadi 157 orang
Selamat Datang April 2020

Selamat Datang April 2020

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 244 hits
Hi guys Jadi kita semua dah masuk ke bulan April tahun 2020 Dalam keadaan sekarang ni tak banyak yang Juju minta Cuma berharap agar virus virus jahat ni segera berlalu Semoga rakyat di seluruh dunia bertambah sihat dan bebas dari virus jaha...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya