As Tangguh Pulangkan Rm1 Bilion Dana 1mdb Kepada Malaysia


FMT ReportersSumber berkata, DoJ pada mulanya dijadual mengembalikan dana 1MDB yang ditemui itu menerusi bayaran berikutnya pada 19 Feb lalu, tetapi berlaku masalah teknikal dan ia tidak dipindahkan. (Gambar Reuters) KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) yang didakwa dicuri daripada dana 1MDB, kata 2 sumber yang tahu perkara itu pada Jumaat, dengan seorang daripadanya menyatakan ketidaktentuan politik sebagai faktornya.

Malaysia dilanda kemelut politik apabila Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan perdana menteri pada 24 Feb lalu.

Beliau digantikan Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu yang membentuk gabungan baru turut disertai Barisan Nasional yang digulingkan pada pilihan raya umum pada 2018 selepas dakwaan rasuah berkaitan 1MDB.

DoJ berkata, lebih AS$4.5 bilion dicuri daripada dana itu di bawah bekas perdana menteri, Najib Razak yang kini dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Sejak 2016, DoJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset kira-kira AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana yang diseleweng daripada 1MDB.

Mei tahun lalu, AS mula mengembalikan sebahagian daripada dana yang ditemui itu dengan bayaran pertama berjumlah hampir AS$200 juta.

Dua sumber itu berkata, DoJ pada mulanya dijadual mengembalikan dana yang ditemui itu menerusi bayaran berikutnya pada 19 Feb lalu, tetapi berlaku masalah teknikal dan dana berkenaan tidak dipindahkan.

Seorang daripada sumber itu berkata, jumlah keseluruhan sekitar RM1 bilion.

Tetapi, kata sumber, sebaik saja Mahathir meletak jawatan, ia memutuskan untuk menangguhkan bayaran itu disebabkan ketidaktentuan terhadap apa yang akan berlaku seterusnya.

Dua sumber itu tidak mahu dinamakan kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media.

Jurucakap DoJ enggan mengulas.

Kementerian Kewangan mengalihkan soalan itu kepada Jabatan Peguam Negara yang tidak mengulas segera.

Sumber itu berkata, mereka tidak tahu langkah DoJ berikutnya.

Pemulangan dana itu dimasukkan ke sebuah tabung khas di Kementerian Kewangan dan akan digunakan untuk membayar pemegang bon 1MDB.

Penyiasat AS dan Malaysia dilaporkan berkata, Najib menerima kira-kira AS$1 bilion yang dicuri daripada dana 1MDB.

Beliau mengaku tidak bersalah dan berkata dikelirukan ahli perniagaan Low Taek Jho serta pegawai 1MDB lain.

Hanya selepas kekalahan tanpa dijangka Najib pada PRU 2018, siasatan 1MDB dibuka semula di Malaysia dan perbicaraan bermula.

Goldman Sachs dan beberapa eksekutifnya antara individu didakwa atas peranan mereka sebagai penaja jamin dan pengatur 3 jualan bon berjumlah AS $6.5 bilion untuk 1MDB. Tiga unit Goldman mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan itu.

Najib memberitahu Reuters minggu ini, beliau menjangkakan suasana lebih kondusif untuk perbicaraan adil selepas Mahathir tiada dalam kerajaan lagi.

Muhyiddin belum menyentuh mengenai kes 1MDB, tetapi beliau berjanji akan memerangi amalan rasuah.

Dua pegawai kanan dalam kerajaan Mahathir yang memerangi rasuah — peguam negara dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia — berundur selepas peletakan jawatan Mahathir.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/as-tangguh-pulangkan-rm1-bilion-dana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Us Delays Returning More 1mdb Funds To Malaysia Sources Say

Us Delays Returning More 1mdb Funds To Malaysia Sources Say

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 182 hits
KUALA LUMPUR The US Department of Justice has delayed the return to Malaysia of another US 240mil of recovered money allegedly stolen from the 1MDB sovereign fund two sources with direct knowledge of the matter said on Friday with one citin...
Bajetterengganu2018 Rm1 996 Bilion Diperuntukkan

Bajetterengganu2018 Rm1 996 Bilion Diperuntukkan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 130 hits
Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1 996 bilion untuk Bajet 2018 yang bertemakan Masa Hadapan Yang Lestari Pada pembentangan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14 itu Terengganu mengganggarkan hasil sebanyak RM1 815 bilion se...
Tengku Adnan Tidak Senang Duduk Aset Hampir Rm1 Bilion Didedahkan

Tengku Adnan Tidak Senang Duduk Aset Hampir Rm1 Bilion Didedahkan

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 567 hits
Siapa tidak berang bila rahsia yang disimpannya dengan begitu baik akhirnya terbongkar dan menjadi perbualan ramai Ini dihadapi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak berpuas hati dan marah kerana asetnya yang bernilai hampir RM1 ...
Ph Sanggup Merosakkan Hubungan Antara Abu Dhabi Dan Malaysia Demi Propaganda 1mdb

Ph Sanggup Merosakkan Hubungan Antara Abu Dhabi Dan Malaysia Demi Propaganda 1mdb

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 177 hits
Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi Perjanjian penyelesaian yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyel...
Tesco Malaysia Sedia Dijual Kepada Cp Group Dengan Nilai Rm2 95 Bilion

Tesco Malaysia Sedia Dijual Kepada Cp Group Dengan Nilai Rm2 95 Bilion

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 286 hits
Sebut mengenai pasar raya Tesco pasti orang Malaysia cukup mengenalinya Mula membuka cawangan pertama seawal tahun 2002 dengan kerjasama bersama Sime Darby Bhd rangkaian pasar raya ini terus berkembang sebanyak 68 cawangan sehingga hari ini...
Bursa Malaysia Kehilangan Lebih 90 Bilion

Bursa Malaysia Kehilangan Lebih 90 Bilion

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 313 hits
Seminggu kita dihidangkan dengan pelan pengkhianatan yang dibanggakan Azmin Ali Bursa Malaysia sudah pun kehilangan lebih RM71 bilion dalam bentuk penarikan keluar pelaburan asing secara besar besaran Ini ditambah lagi dengan pelantikan PM ...
Penjelasan Dana Ngo Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa

Penjelasan Dana Ngo Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 322 hits
Tuduhan bahawa dana daripada NGO NGO Malaysia tidak sampai kepada Masjid Al Aqsa secara umum tanpa penjelasan terperinci adalah fitnah yang keji dan berniat jahat Saya yakin bahawa pihak yang melontarkan tuduhan tersebut cukup tahu dengan m...
Mahkamah Aset Hampir Rm1 Bilion Milik Ku Nan Didedah

Mahkamah Aset Hampir Rm1 Bilion Milik Ku Nan Didedah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 933 hits
ANDA lihat sekarang saya mempunyai masalah kerana selepas aset saya didedahkan hampir RM1 bilion mereka akan mahu sensasikannya kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam keadaan berang lapor Malay Ma...
Ku Nan Mengaku Miliki Hampir Rm1 Bilion Aset

Ku Nan Mengaku Miliki Hampir Rm1 Bilion Aset

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu perbicaraan rasuah di Mahkamah Tinggi hari ini beliau mengisytiharkan hampir RM1 bilion aset miliknya kepada 3 bekas perdana menteri sejak menyertai keraj...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi