As Akan Capai Persetujuan Dengan Brazil Ramal Kesepakatan Dengan China Trump


AS Akan Capai Persetujuan Dengan Brazil, Ramal Kesepakatan Dengan China – Trump
ISTANBUL, 26 Okt (Bernama-Anadolu) — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata beliau menjangkakan akan mencapai satu persetujuan dengan Brazil selepas bertemu dengan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva di luar sidang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, lapor Anadolu Ajansi.
“Ia satu penghormatan besar dapat bersama Presiden Brazil – sebuah negara yang hebat. Negara yang besar dan indah,” kata Trump. “Saya rasa kita boleh capai beberapa persetujuan yang baik. Kami  berbincang  dan saya fikir akhirnya kita akan mempunyai hubungan yang sangat baik.”
Trump menyatakan keyakinan terhadap kemajuan pesat dalam rundingan itu. “Mereka boleh menawarkan banyak perkara dan kami juga boleh menawarkan banyak perkara dan ini baik untuk kedua-dua negara,” katanya sambil berkata rundingan mungkin diselesaikan “dengan agak cepat.”
Lula pula mengetengahkan kepentingan mengekalkan hubungan “luar biasa” dengan Amerika Syarikat, sambil berkata tidak ada sebab untuk berlakunya pertikaian.
Pertemuan antara Trump dan Lula itu diadakan selepas ketegangan diplomatik susulan pelaksanaan tarif 50 peratus oleh AS serta sekatan ke atas beberapa pegawai Brazil yang dikaitkan dengan siasatan terhadap sekutu Trump, bekas Presiden Jair Bolsonaro, yang dijatuhkan hukuman 27 tahun penjara kerana merancang rampasan kuasa.
Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini berbual melalui panggilan video pada awal Oktober sebelum bersetuju untuk bertemu secara bersemuka.
Trump turut meramalkan kejayaan dalam rundingan akan datang dengan Presiden China Xi Jinping di Korea Selatan. “Saya fikir kami akan mencapai persetujuan dengan China. Mereka mahu satu penyelesaian dan kami juga mahu satu persetujuan,” katanya sambil menjelaskan yang mesyuarat seterusnya akan diadakan di China, dan sama ada di Washington atau Mar-a-Lago.
BACA: Malaysia Sedia Sertai Misi Pengaman PBB Ke Gaza – PM Anwar
Sumber: BERNAMA
The post AS Akan Capai Persetujuan Dengan Brazil, Ramal Kesepakatan Dengan China – Trump appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/26/as-akan-capai-persetujuan-dengan-brazil-ramal-kesepakatan-dengan-china-trump/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Dan Brazil Capai Kata Sepakat

Malaysia Dan Brazil Capai Kata Sepakat

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 161 hits
Malaysia berbesar hati dan berbangga tatkala menerima kunjungan rasmi sahabat saya Presiden Lula dan isteri dari Brazil hari ini Beliau adalah pemimpin dan tokoh yang kental memperjuangkan nasib dan maruah kaum pekerja lantang dalam keadila...
Pen Rumah Putih Milik Trump Jadi Kenang Kenangan Buat Anwar

Pen Rumah Putih Milik Trump Jadi Kenang Kenangan Buat Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 182 hits
Pen Rumah Putih Milik Trump Jadi Kenang kenangan Buat Anwar KUALA LUMPUR 26 Okt Perbualan santai antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyuntik sentuhan peribadi pada majlis rasmi pemete...
Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 314 hits
Kosmo nbsp KUALA LUMPUR Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka meninggalkan negara esok pagi selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 hari ini Difahamkan sebaik meninggalkan persidangan Trump dipercayai menginap di Hotel Ritz...
Tukar Jet Pejuang Tudm Iiringi Ketibaan Presiden Trump Di Sidang Kemuncak Asean

Tukar Jet Pejuang Tudm Iiringi Ketibaan Presiden Trump Di Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 307 hits
Ketibaan Presiden AS Donald Trump di Malaysia disertai jet pejuang TUDM untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 lawatan pertamanya sejak terpilih semula KUALA LUMPUR Hari ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Malaysia menggunakan pes...
Pmx S Obsequious Welcome Of Trump A Diplomatic Embarrassment Smacked With Hypocrisy

Pmx S Obsequious Welcome Of Trump A Diplomatic Embarrassment Smacked With Hypocrisy

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 226 hits
WELCOMING world leaders to the country is one thing but going overboard in doing so is another Receiving foreign guests must be predicated on respect and dignity the pre requisites for maintaining good diplomatic relations Unfortunately and...
Malaysia Went Overboard In Welcoming Trump Says Pas

Malaysia Went Overboard In Welcoming Trump Says Pas

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 296 hits
The party says the manner in which the US president was welcomed rubbed salt into the wounds of Gazans who were still suffering US president Donald Trump joined cultural performers in a brief dance on his arrival in Kuala Lumpur on Sunday m...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Rumah Menanti Cahaya

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Resepi Cucur Bilis Rangup

Sambung Belajar

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65