Artis Malaysia Homeschooling Kecoh
Sekarang sedang hangat isu seorg artis memberhentikan anak nya dari sekolah kerana katanya tak penting pelajaran dunia ni, nak tumpu akhirat saja. Sebenarnya dlm dunia ni ramai je yg homeschooling anak mereka cuma tak lah kecoh mcm si artis tu. Zaman saya sekolah dulu pun ada kawan yang berhenti sekolah dan sambung belajar di maahad sri petaling (if you know what I mean) dan kebanyakan mereka memilih utk melanjutkan pengajian di south africa atau mesir
.
.
Di dunia barat khususnya, homeschooling sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat mereka, cuma sebahagian dari kita yg terasa baru dlm hal ni dan untuk pengetahuan semua negara kita akta khas utk menghukum rakyat yg tidak memberikan pendidikan formal pada anak mereka cuma nak laksanakan benda ni bukan mudah.
.
Alasan utama mereka² yang saya jumpa setakat ni yg memilih utk homeschooling anak adalah kerana tak mahu anak mereka terdedah kepada pengaruh kurang sihat dari pergaulan di sekolah biasa. Lebih² lagi di zaman moden serba canggih ni, kanak² banyak kecanduan gadget dan dunia internet ni kita pun sudah maklum akan bahaya pada anak² jika tidak dikawal.
.
Ada seorang kawan saya, Ma sha Allah anak²nya semua homeschooling, tapi pelajaran dunia dan akhirat success alhamdulillah. Katanya lagi,matlamat utama dalam mendidik anak² adalah menjadikan mereka ini mutiara yg berguna kepada masyarakat pada masa hadapan.
.
Apa buktinya pendidikan informal ni berjaya? Saya bagi contoh kawan saya ini, saya sendiri menyaksikan anak² nya mendapat didikan terus dari ibubapa nya dan ada classroom khas dirumah. Mereka diajar mata pelajaran asas dan pengkomputeran, setiap seorang anak nya diberi satu laptop. Dan hasil nya hampir semua anak nya jadi celik IT, baru² ini salah seorang anaknya berumur 12 tahun menjadi johan programming and coding peringkat asia tenggara.
Ma sha Allah tabaaraka Allah.
.
Pernah beberapa kali anak² mereka dipanggil oleh pihak berwajib utk uji tahap kecerdasan dan pengetahuan asas mereka, hampir semuanya mendapat score perfect dalam ujian berkenaan mengalahkan semua murid sekolah biasa yg menduduki ujian yg sama di sekolah tersebut
.
Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana mereka ini akan membawa diri apabila dah besar nanti sebab tiada “paper” atau sijil? Saya dapat tahu mereka mendaftar anak² mereka utk sijil exam dari US atau UK, contohnya SAT dari US, gce o’ level dari UK secara online.
.
Setelah membebel panjang bab homeschooling ni, rasanya tak perlu kot nak kecoh² bagitau seantero dunia yg mereka² ini tak mahu terima pendidikan formal yg disediakan oleh sesebuah negara, bak kata org diam-diam sudahlah, asal jangan anak kau yg di-sekolahkan atau tak sekolah menjadi liabiliti kepada masyarakat di kemudian hari.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/artis-malaysia-homeschooling-kecoh/