Artis Jom Jenguk Golongn Miskin Bandar Kl



HALAMAN HIBURAN
Wahai artis, jemput jenguk flat di Kuala Lumpur

COVID-19 telah menghambat setiap pelusuk dunia. Di sini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak ini telah memasuki fasa kedua.

Fasa pertama berjaya diharungi namun demi kemaslahatan bersama maka telah disambung selama 14 hari lagi. 

Tidak dapat dinafikan bahawa ujian daripada Tuhan ini telah memberi kesan baik dari segi material, kewangan, ekonomi, gaya hidup, kesihatan mental, spiritual dan lain-lain. 

Si anak kehilangan ayahanda tersayang kerana jangkitan wabak ini. Pegawai kesihatan ada yang terpisah dengan keluarga dan tidak pulang ke rumah kerana bertugas untuk orang awam.

Si ibu dengan perasaan yang berat hiba hanya mampu melihat anak beliau daripada luar bilik kuarantin yang entah bila-bila masa sahaja boleh dijemput Ilahi.  

Golongan miskin bandar mengikat perut anak beranak kerana si ayah tidak lagi boleh berniaga goreng pisang di pasar malam. Mahasiswa di kampus runsing memikirkan keadaan keluarga di kampung halaman.

Hakikat dan bahasa mudahnya, kita semua berada dalam situasi susah, ketakutan, kelaparan, kekurangan dan krisis. Semua orang berada dalam keadaan genting. 

Namun ada beberapa golongan yang mementingkan diri dan memperlekeh orang-orang miskin dan susah ini. Akhir-akhir ini tersebar berita mengenai beberapa golongan artis Malaysia yang berkata hidup mereka susah dan mahukan bantuan khusus daripada pihak kerajaan.

Malah ada sesetengah itu tanpa segan silu dan kemanusiaan telah menghina orang miskin (golongan B40). Penulis yakin bahawa artis ini hidup dalam ‘elite bubble’ (lingkaran elit) mereka sendiri.

Mereka tidak pernah ambil tahu dan sedar betapa di Kuala Lumpur ini terlalu banyak golongan miskin bandar dan B40.  Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) pada tahun 2017 menunjukkan bahawa purata pendapatan bulanan di Kuala Lumpur adalah sebanyak RM 1,994.40 dan lebih teruk hanya 65.8% ketua isi rumah di Flat PPR seluruh negara berpendapatan bawah RM 2,000. 

Dalam 3 hari lepas penulis sendiri telah melihat slot Bersamamu di TV3 yang mengisahkan mengenai sebuah keluarga di Flat PPR Desa Rejang, Setapak. Seorang ibu yang menderita kanser usus telah menjadi ketua keluarga setelah ayah anak-anak ini tiada. 

Ibu yang cekal ini menjaga kesemua anaknya 9 orang itu dengan yang paling kecil berumur 5 tahun. Lebih menyedihkan ada dalam kalangan anak ini yang tidak bersekolah kerana tiada wang mahu dihantar ke sekolah. 

Bolehkah artis-artis Malaysia bayangkan hidup di rumah flat kecil yang ada hanya 2 atau 3 bilik sahaja seramai sepuluh orang isi rumah?  Kisah ini ada kisah nyata yang masih berlangsung sehingga ke hari ini. Keluarga susah sebegini masih wujud ketika artis-artis Malaysia bising kononnya merekalah yang paling susah kini.

Tidak jauh dari rumah penulis di Flat Sri Penara, Cheras ada keluarga yang menderita kesusahan. Si ayah perlu menjalani dialisis kerana mengalami masalah buah pinggang. Si ibu tidak bekerja kerana mengurusi hal rumahtangga.

Anak yang sulung terbaring kerana kemalangan dan mengalami kecederaan di kepala dan masih ada anak-anak kecil yang lain perlu mereka tanggung. Penulis pasti keluarga miskin bandar dan golongan B40 seperti mereka ini tidak pernah menaiki gondola di pesisir sungai Milan atau Venice seperti artis-artis Malaysia.

Apalagi menikmati makan malam di hotel lima bintang atau memakai beg jenama Channel, Gucci dan lain-lain seperti artis-artis Malaysia.  Keluarga ini jika punya motor sudah bersyukur sangat jika nak dibandingkan dengan tayangan kereta Ferrari, BMW, Mercedes di Instagram artis ini.

Penulis berharap agar ketika waktu-waktu susah sebegini kita menginsafi dan muhasabah kembali segala perbuatan kita. Banyak membantu mereka yang memerlukan dan bukannya memperlekeh orang-orang miskin ini. 

Banyakkan bertaubat, mengingati Tuhan, belajar hidup sederhana seadanya, merendah diri, berdoa pada Tuhan dan bersabar dengan ujian wabak ini.  Allah SWT berfirman dalam al-Quran: 

“Dan sesungguhnya akan Kami memberi ujian kepadamu dengan sedikit rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman. Dan berikanlah berita gembira buat mereka yang bersabar”. (Al-Baqarah, ayat 155).

Memperlekeh orang miskin pada waktu kesusahan ini bukanlah tindakan yang bijak. Menikmati kehidupan mewah ketika orang ramai melarat kesusahan adalah kezaliman. Kata Ali Syariati: “Jika kau derita maka kau hidup. Jika kau merasai penderitaan orang lain maka kau manusia.” – 1 April, 2020.

* Hilal Azman, penyelidik sosial di Kuala Lumpur, pembaca The Malaysian Insight * Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Kisah Uji Rashid dapat rumahIsnin, 19 March 2018 | 6:23pm

UJI dan cucunya, Rindu Norfitrah bergambar di hadapan pangsapuri PPR di Subang. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

PETALING JAYA: Selepas dibebani masalah kewangan hingga hampir diusir dari rumah sewa, bintang veteran, Uji Rashid lega apabila menerima kunci pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Subang, di sini, sebentar tadi.
Kesempitan hidup pelakon dan penyanyi era 1970-an itu yang viral selepas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkongsi status di Facebook (FB) mengenai pertemuan mereka, akhirnya mendapat perhatian apabila Uji dibenarkan menghuni pangsapuri terbabit pada kadar sewa RM255.Mahu menghentikan 'cakap-cakap' orang mengenai kesukaran hidup dan status dikongsi Noh kononnya dia dihalau dari rumah sewa, Uji menjelaskan, apa yang diceritakan adalah realiti yang dihadapinya."Saya terdesak, jadi saya bertemu Noh meminta bantuan. Kenyataan saya dihalau dari rumah itu dimuat naik dalam laman FB Noh, tetapi ia ditulis oleh kakitangan beliau."Noh secara peribadi memohon maaf kepada saya. Bagi saya, itu bukan kesilapan Noh... Beliau tidak sepatutnya memohon maaf."Siapa tidak malu besar apabila dikatakan dihalau dari rumah sewa. Tetapi saya terima, itu takdir hidup saya yang memang dalamkesusahan... Saya luahkan kepada Noh," katanya ketika ditemui selepas menerima kunci pangsapuri daripada Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, N Jayaselan yang mewakili Noh, di sini.Sejak minggu lalu, kisah Uji yang dikatakan diarah mengosongkan rumah di Taman Dagang, Ampang, selepas gagal membayar sewa, tular.Isu itu menjadi topik hangat netizen apabila Noh berkongsi status di FB mengenai pertemuannya dengan Uji yang ditemani anaknya, Cico Harahap dan cucunya, Rindu Norfitrah, bagi meminta bantuan rumah PPR.Uji mengaku tidak suka mendengar dakwaan netizen kononnya Noh tidak bercakap benar mengenai keadaan menimpa dirinya."Saya bukannya orang politik, jadi saya tidak selesa apabila penderitaan hidup saya dipolitikkan."Saya berterima kasih pada Noh dan pegawai kementerian yang membantu saya mendapatkan kediaman selesa tiga bilik ini," katanya.Uji berkata, dia akan menghuni rumah PPR itu pada kadar sewa RM255 dengan bayaran penyelenggaraan RM50 setiap bulan."Saya harus menjelaskan bayaran sewa bulan pertama, cagaran sewa bagi tempoh dua bulan, bekalan air dan elektrik serta dokumen perjanjian sebanyak RM650. Setakat ini, saya belum bayar lagi."Insya-Allah, saya akan segera berpindah. Ini kerana tidak mahu dibebankan lagi dengan sewa rumah lama sebanyak RM1,500," katanya.
Mula aktif sejak era 1970-an, Uji dikenali sebagai artis versatil dengan bakat lakonan dan suara merdu. Uji banyak merakamkan lagu duet bersama Hail Amir dan Datuk DJ Dave. Filem lakonannya seperti Permintaan Terakhir, Menanti Hari Esok, Langit Tidak Selalu Cerah dan Yassin masih dikenang sebagai antara karya terbaik Uji. (BH)Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis (1)E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/artis-jom-jenguk-golongn-miskin-bandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Artis Jemput Jenguk Flat Di Kuala Lumpur

Wahai Artis Jemput Jenguk Flat Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 298 hits
Hilal Azman COVID 19 telah menghambat setiap pelusuk dunia Di sini Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak ini telah memasuki fasa kedua Fasa pertama berjaya diharungi namun d...
Bahan Steamboat Di Rumah Senang Je Jom Cuba

Bahan Steamboat Di Rumah Senang Je Jom Cuba

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 507 hits
Tak tahu dah nak masak apa Paling simple adalah steamboat Bahan steamboat di rumah pun senang je Malah nak buat pun senang campak campak siap Bahan steamboat di rumah korang boleh beli kat pasaraya Kalau ada sekatan pergerakkan pun takpa pe...
Lebih 9k Ulang Kicau Jom Cuba Resepi Cheese Cake Chocolate Indulgence Ini Sedapnya

Lebih 9k Ulang Kicau Jom Cuba Resepi Cheese Cake Chocolate Indulgence Ini Sedapnya

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 403 hits
Dah bosan dengan kek Chocolate Indulgence biasa Boleh cuba versi kek keju pula small Cover image via Facebook Muhammad Ali small Jika anda seorang penggemar kek adalah mustahil jika anda tidak pernah mencuba kek chocolate indulgence Sebut s...
Jom Cuba Cabaran Kurus 21 Hari

Jom Cuba Cabaran Kurus 21 Hari

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 919 hits
Jom Cuba Cabaran Kurus 21 Hari Mari kita mulakan sekarang Cuba kurus 21 hari Oleh kerana sekarang sedang PKP Covid 19 tak boleh keluar rumah Cara mudah nak kurus 21 hari adalah dengan control makan Bukan tak makan langsung dear kita control...
Bosan Duduk Rumah Jom Buat 3 Senaman Kempiskan Perut

Bosan Duduk Rumah Jom Buat 3 Senaman Kempiskan Perut

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 1399 hits
Terasa bosan Tak tahu nak buat apa Jom kita buat senaman kempiskan perut Perut yang buncit boleh menggambarkan diri kita yang tidak menerapkan gaya hidup sihat serta jarang bersenam atau bersukan Sebenarnya melakukan senaman kempiskan perut...
Jom Hentikan Rangkaian Jangkitan Convid19 Dengan Stayathome

Jom Hentikan Rangkaian Jangkitan Convid19 Dengan Stayathome

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 417 hits
JOM HENTIKAN RANGKAIAN JANGKITAN CONVID19 DENGAN STAYATHOME Hai korang Masih istiqamah StayAtHome Be strong hokey Ada lebih kurang 8 hari je lagi Jom kita sama sama patuhi perintah kerajaan demi membendung wabak convid19 ni Kredit video tel...
Covid 19 Jangan Duduk Diam Sahaja Jom Bersenam Dengan Human Taiso

Covid 19 Jangan Duduk Diam Sahaja Jom Bersenam Dengan Human Taiso

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 413 hits
COVID 19 Jangan Duduk Diam Sahaja Jom Bersenam Dengan Human Taiso Impak COVID 19 maha hebat sehingga menjejaskan banyak pergerakan dan aktiviti seharian Apa yang menarik kebanyakan warga emas di negara itu berjaya mengisi masa lapang dengan...
Jom Jujur Jangan Sembunyikan

Jom Jujur Jangan Sembunyikan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 264 hits
Untuk makluman ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan jangkitan COVID 19 adalah dengan menggunakan teknik Real Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction Ujian rRT PCR yang dijalankan akan...
Jom Score A Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm 2020 Reka Corak Kasut

Jom Score A Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm 2020 Reka Corak Kasut

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 3858 hits
Langkah langkah mudah menyiapkan Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 Tugasan 4 Reka corak kasut kanvas kanak kanak Soalan PSV SPM 2020Arahan umum kepada calon Soalan 4 Komunikasi Visual Reka corak kasut kanak kanak Disebabkan Perintah Ka...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya