Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua




Arsenal terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Liverpool apabila membelasah Crystal Palace 5-1 di Selhurst Park.
Selepas berjaya menewaskan The Eagles di peringkat suku akhir Carabao Cup, The Gunners mahu mengulangi kejayaan serupa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Palace pula bukan saja mahu membalas dendam di hadapan penyokong mereka di Selhurst Park. Pasukan itu turut berharap dapat menjarakkan kedudukan mereka dengan kelompok tiga pasukan tercorot liga.

Saka makes 250th appearance
Havertz in the middle
Jesus leads the line
Full steam ahead for the task at hand, Gunners
— Arsenal (@Arsenal) December 21, 2024
Wira Arsenal dalam saingan Carabao Cup, Gabriel Jesus kekal berada dalam kesebelasan utama. Penyerang Perancis, Jean-Philippe Mateta pula menjadi sandaran gol pengurus Palace, Oliver Glassner.
Separuh masa pertama menyaksikan The Gunners tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit keenam. Hantaran Bukayo Saka mencetuskan situasi kelam-kabut dalam kotak penalti tuan rumah sebelum disudahkan Jesus.
Keceriaan kem Arsenal hanya bertahan selama lima minit. Bekas pemain sayap Watford, Ismaila Sarr meledakkan rembatan deras yang menewaskan penjaga gol pelawat, David Raya.
Empat minit selepas itu, Jesus sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Palace. Beliau melepaskan rembatan ke penjuru atas gawang The Eagles untuk gol keenamnya musim ini bersama Arsenal.
Palace hampir meraih gol penyamaan buat kali kedua pada minit ke-21. Kesilapan pertahanan pelawat, William Saliba hampir dihukum Mateta tetapi percubaannya dinafikan oleh Raya.
Arsenal kemudiannya terpaksa membuat pertukaran pemain awal pada minit ke-24 apabila Leandro Trossard masuk menggantikan Saka. Pemain sayap England itu tidak dapat meneruskan permainan kerana masalah hamstring.
The Gunners makin selesa di hadapan menerusi Kai Havertz pada minit ke-38. Bola hantaran Jesus terkena palang gol tetapi pantas disempurnakan penyerang Jerman itu.
Arsenal terus memburu gol tambahan tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga rehat separuh masa.
Bersambung pada babak kedua, Palace berusaha merapatkan jurang gol. Mereka hampir melakukannya menerusi Sarr pada minit ke-46 tetapi berjaya dinafikan Raya.
Arsenal berusaha mengembalikan momentum permainan dengan memasukkan dua pemain gantian, Declan Rice dan pemain pertahanan Itali, Riccardo Calafiori.
Percaturan Arteta membuahkan hasil apabila Gabriel Martinelli meledakkan gol keempat pada minit ke-60. Pemain sayap Brazil itu mudah menolak bola sepakan Rice melepasi penjaga gol Palace, Dean Henderson.
Pemain tengah England itu kemudiannya mencipta nama sebagai penjaring menerusi rembatan lencong pada minit ke-84.
Arsenal terus berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan The Gunners mengumpul 33 mata, tiga mata di belakang Liverpool.
Palace pula mengumpul 16 mata, empat mata di hadapan Ipswich Town yang berada di tempat ke-18. Jesus dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 8.5.
Selepas ini, The Eagles bakal bertandang ke Stadium Vitality untuk menentang Bournemouth pada 26 Disember. Arsenal pula bakal menentang Ipswich pada 28 Disember.







Source link
The post Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/arsenal-selesa-tewaskan-crystal-palace-kali-kedua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pos Malaysia Galado Tampil Dengan Koleksi Phone Case Edisi Terhad Rai Warisan Ikonik Untuk Kali Kedua

Pos Malaysia Galado Tampil Dengan Koleksi Phone Case Edisi Terhad Rai Warisan Ikonik Untuk Kali Kedua

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 163 hits
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa relevan Pos Malaysia Berhad penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional bersama Galado sebuah syarikat aksesori teknologi dari Pulau Pinang mengumumkan kolaborasi e...
Selangor Naik Tangga Kedua Liga Super Tewaskan Nsfc 4 0

Selangor Naik Tangga Kedua Liga Super Tewaskan Nsfc 4 0

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 170 hits
Pemain NSFC Jacque Faye bersaing bagi mendapatkan bola ketika menentang Selangor FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Isnin Foto Bernama SELANGOR FC mencatat kemenangan bergaya menewaskan Negeri Sembilan F...
Sejak 2 Bulan Mak Jaga Anak Aku Aku Pelik Setiap Kali Pukul 2 Pagi Anak Aku Makan Mamak Akhirnya Anak Pecah Rahsia

Sejak 2 Bulan Mak Jaga Anak Aku Aku Pelik Setiap Kali Pukul 2 Pagi Anak Aku Makan Mamak Akhirnya Anak Pecah Rahsia

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum semua cerita yang aku nak kongsikan ni biasa biasa je tapi amat menggur1s hati aku Aku mempunyai adik beradik seramai 11 orang di mana aku merupakan anak yang ke 4 Dijadikan cerita arw4h bapa aku kerja kampung dan untuk memb...
Kisah Orang Agama Lak Kali Ni

Kisah Orang Agama Lak Kali Ni

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 138 hits
SALAF dan KHALAF keduanya ASWJ Berpegang kpd keduanya tetap ASWJ selagi tidak melencong Kitab pondok pun menjelaskan hakikat ini Nak ikut Asya irah Maturidiyah silakan Nak ikut Ahli Athar Salafiyah silakan Sifat 13 7 20 dan Tauhid 3 keduany...
Bantu Buat Kali Terakhir 2 Beradik Masih Kecil Tahan Tangis Mandikan Jenazah Bapa

Bantu Buat Kali Terakhir 2 Beradik Masih Kecil Tahan Tangis Mandikan Jenazah Bapa

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 178 hits
Dua beradik bantu buat kali terakhir urusan memandikan jenazah bapa mereka yang meninggal dunia telah mengundang sebak apabila masing masing menahan diri dari menangis sewaktu menyelesaikan tugas tersebut Menerusi perkongsian yang dibuat pe...
Lain Kali Jangan Hantar Air Bersih Tu Bukan Minuman Mereka Mereka Suka Air Selut Boleh Jadi Mb

Lain Kali Jangan Hantar Air Bersih Tu Bukan Minuman Mereka Mereka Suka Air Selut Boleh Jadi Mb

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 162 hits
Lori air Selangor dihantar ke Kelantan dipancitkan penduduk ketika hulur bantuanSITI NUR ZAWANIDecember 8 2024Lori tangki air milik Syarikat Air Selangor yang dihantar ke Kelantan didakwa telah dipancitkan oleh individu tidak bertanggungjaw...
2 Maut 2 Cedera Parah Dalam Kemalangan Kereta Bertembung Terbalik Beberapa Kali

2 Maut 2 Cedera Parah Dalam Kemalangan Kereta Bertembung Terbalik Beberapa Kali

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 107 hits
Kereta bertembung terbalik beberapa kali 2 mautZuliaty Zulkiffliam hmetro com myKEADAAN kereta Mecedes Benz yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Lencong FOTO ZULIATY ZULKIFFLIAlor Setar Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemal...
Budak 6 Tahun Berpantang Maut Sebelum Ajal Disengat Lebah 1100 Kali

Budak 6 Tahun Berpantang Maut Sebelum Ajal Disengat Lebah 1100 Kali

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 133 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun di Brazil berjaya terselamat walaupun disengat oleh kawanan lebah sebanyak kira kira 1 100 kali lapor akhbar Mirror UK semalam Kejadian itu berlaku ketika mangsa menemani bapa tirinya di sebuah ...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April