Aroma Kopi Dari Sebuah Kenderaan Berwarna Hijau Menarik Perhatian




BIARPUN Jalan Cempaka yang terletak di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan pada awal pagi Ahad lalu itu sesak dengan orang ramai yang rata-ratanya baru pulang dari pasar, namun aroma kopi yang kuat daripada sebuah kenderaan berwarna hijau di pinggir jalan itu berjaya menarik perhatian mereka yang lalu-lalang di kawasan sekitar

Siapa sangka, sebuah kenderaan jenis Kia Sportage yang diparkir betul-betul di hadapan Klinik Penawar Ampangan pada pagi itu sebenarnya merupakan sebuah kafe mini apabila ia menawarkan pelbagai jenis kopi berkonsepkan ‘tepi jalan’
Mohd. Ariff Saharuddin, 45, mengusahakan Ariff’s Coffee First sejak tiga tahun laluTerkenal dengan jolokan Barista Tepi Jalan, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu tidak menyangka akan terbabit dalam dunia perniagaan menjual kopi
Yakin jadi trend“Sebelum ini, saya bekerja sebagai seorang jurulatih kecergasan tentera darat sebelum bersara wajib
“Saya pula sememangnya merupakan seorang penggemar kopi dan sering melihat sendiri kaedah membuat kopi menerusi video di laman YouTube
“Dari situlah saya belajar menghasilkan latte art dan juga mengenal jenis-jenis mesin kopi yang ada di pasaran sebelum memulakan bisnes,” jelasnya kepada kru Panorama.
JELAS Ariff, dia belajar untuk menghasilkan seni latte menerusi video-video dari internet

Beroperasi hampir setiap hari di beberapa lokasi sekitar Seremban seperti Matrix Global School, Sendayan dan Ampangan, Ariff mengakui perniagaan itu pada mulanya agak perlahan memandangkan tidak ramai tahu atau pun didedahkan dengan konsep menjual kopi melalui but kenderaan
“Di negara-negara lain seperti Australia dan juga Amerika Syarikat, perniagaan kopi melalui kenderaan yang diubah suai sebegini sudah popular dan menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan kopi sebelum memulakan hari mereka
“Jika di sini, ia masih belum begitu popular namun saya yakin ia akan menjadi trend satu hari nanti,” katanya
Kereta Ariff diubahsuai dan diluluskan oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Penagngkutan Jalan Malaysia iaitu Datuk Dr. Ir Muhammad Dalib sebelum dibenarkan beroperasi sepenuhnya
Sambil Ariff sibuk menyiapkan kopi buat pelanggan yang sedang beratur, kru Panorama sempat menjeling ke arah jarum jam yang menunjukkan pukul 10.15 pagi

BEGINILAH rupa set-up kafe bergerak yang dihasilkan Ariff

Tidak lama kemudian, Ariff memberitahu kopinya sudah pun habis dijual
“Maaf ya bang, kopi sudah habis hari ini,” lembut tutur kata Ariff kepada beberapa orang pelanggan yang sedang berjalan menghampiri kereta hijaunya
Jelas Ariff, hari minggu merupakan hari yang agak sibuk dan biasanya kopi Ariff’s Coffee First habis dijual sebelum pukul 11 pagi
“Saya beroperasi dari pukul 7 pagi sehingga 11 pagi setiap hari
“Adakalanya, kopi habis cepat dan ada ketikanya saya tetap pulang biarpun ia belum habis dijual,” katanya
Tambah Ariff, dia menghabiskan sekitar RM50,000 untuk memulakan perniagaan tersebut. Mesin espreso jenama Simonelli yang dimilikinya sahaja sudah mencecah RM20,000
Selain menggunakan mesin espreso berkualiti, Ariff juga menggunakan biji kopi arabika yang diimport dari Acheh, Indonesia
Penggunaan biji kopi premium meletakkan Ariff’s Coffee First dalam kelasnya yang tersendiri
Setiap cawan kopi dijual antara RM5 hingga RM12 mengikut jenis
“Kopi hitam atau americano dijual pada harga RM5, manakala kopi-kopi jenis lain seperti caramel latte dan mocha berharga antara RM10 hingga RM12,” jelasnya sambil menambah kopi caramel latte sejuk dan mocha merupakan dua menu yang paling laris dan cukup digemari pelanggan
Laci kayuSelain berhabis untuk mesin espreso, Ariff juga membina sendiri laci menyimpan wang daripada material kayu yang diletakkan betul-betul di bawah mesin kopinya
Dua laci bersaiz sederhana besar itu digunakan untuk menyimpan wang hasil jualan kopi

RAK kayu yang digunakan sebagai tempat menyimpan barang ini juga dihasilkan sendiri oleh Ariff

Selain bekas tersebut, Ariff juga turut membuat bangku-bangku kecil yang diletakkan di hadapan kenderaannya untuk digunakan pelanggan yang mahu bersantai di situ
Ditanya tentang resipi kopi yang dihasilkan, Ariff mengakui, dia sentiasa mencuba menghasilkan resipi dan padanan rasa yang sesuai pada tekaknya
“Bagi menjaga kualiti kopi yang dihasilkan, saya sentiasa memastikan espreso dan susu yang dipanaskan dicampurkan dalam tempoh yang optimum bagi mendapatkan rasa kopi yang berkualiti“Ada yang memberitahu, rasa kopi Ariff’s Coffee First hampir sama atau lebih enak daripada rasa kopi-kopi kafe terkemuka,” jelasnya sambil ketawa
Akui Ariff, ada antara pelanggan yang mempersoalkan tentang harga kopi jualannya yang dijual berharga antara RM5 hingga RM12 dan menganggap harganya itu agak mahal untuk kopi tepi jalan sebegitu
Tegas Ariff, ini kerana biji kopi yang digunakannya adalah daripada jenis yang berkualiti tinggi dan hampir sama dengan biji-biji kopi yang dijual di kafe-kafe terkemuka
Bagi menghargai pelanggan setianya, Ariff juga mewujudkan kad loyalti yang membolehkan pelanggannya mendapatkan kopi percuma

ARIFF memberitahu, resepi kopi yang dihasilkan adalah mengikut seleranya yang cukup menggemari kopi

“Saya mewujudkan kad dan memberikan cop bagi setiap pembelian. Selepas mendapatkan 10 cop Ariff’s Coffee First, pelanggan berpeluang mendapatkan apa sahaja jenis kopi secara percuma
“Ini merupakan usaha saya untuk menghargai pelanggan yang menyokong perniagaan keci-kecilan ini,” katanya menutup bicara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/aroma-kopi-dari-sebuah-kenderaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Bisnis Kopi Milik Lucinta Luna Curi Perhatian Bikin Gagal Fokus

Nama Bisnis Kopi Milik Lucinta Luna Curi Perhatian Bikin Gagal Fokus

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 341 hits
Lucinta Luna terjun ke dunia bisnis Minuman berbahan dasar kopi menjadi produk jualannya Nah dari bisnis yang digeluti Lucinta ini nama merek dagangnya mencuri perhatian dan sukses bikin gagal fokus
Penampilan Terbaru Mawar Karim Yang Mengejutkan Dan Menarik Perhatian Ramai

Penampilan Terbaru Mawar Karim Yang Mengejutkan Dan Menarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 466 hits
Sebelum ini Mawar di pernah kecam tentang keluar rumah walaupun Edahnya belum habis Bekas isteri pelakon Fizo Omar Mawar Karim dihujani teguran warganet apabila keluar bersama anaknya Wan Maryam ke sebuah pusat beli belah semalam Penampilan...
Oppo A9 2020 Terbaru Dengan Pelbagai Fungsi Menarik Harga Mampu Milik Menjadi Kegilaan Ayda Jebat

Oppo A9 2020 Terbaru Dengan Pelbagai Fungsi Menarik Harga Mampu Milik Menjadi Kegilaan Ayda Jebat

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 408 hits
Menyingkap laman media sosial Instagram selebriti Ayda Jebat yang mempunyai pengikut seramai 4 5M ini ternyata buatkan anda tertarik dengan setiap memori gambar The post appeared first on
Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kg Baru Si Rusa Pelbagai Dan Sangat Menarik

Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kg Baru Si Rusa Pelbagai Dan Sangat Menarik

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 1842 hits
As Salam Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kg Baru Si Rusa Yeahh Akhirnya selesai juga sambutan Bulan Kebangsaan di sekolah saya Mana tak happy sebagai penyelaras memang tak sabar nak selesaikan sambutan ini sebab saya ada dua per...
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 729 hits
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati Apa khabar semua Maaf la ye lama tak update blog ni Faham faham je la kekadang tu idea tak ada kekadang tu mood tak sampai Haa gitu la selalu Agaknya dah lama tak pergi bercuti kot Last pergi be...
Kirin 990 Ini Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Kirin 990 Ini Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 269 hits
Reading Time 2 minutesSeminggu lebih yang lalu Huawei pada acara IFA 2019 telah mengumumkan kehadiran cip pemprosesan berkuasa tinggi mereka untuk tahun ini Kirin 990 Menguasakan siri Mate 30 yang dilancarkan hari ini ramai yang masih terta...
Snapchat Menambah Ciri Mod Kamera 3d Menjadikan Perkongsian Swafoto Lebih Menarik

Snapchat Menambah Ciri Mod Kamera 3d Menjadikan Perkongsian Swafoto Lebih Menarik

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 308 hits
Snapchat hari ini telah memperkenalkan sebuah mod rakaman baru dinamakan 3D Camera Mode Melaluinya ia membolehkan anda merakamkan gambar swafoto dan seterusnya menjadikan hasil rakaman berkenaan berbentuk seumpama 3D dengan kesan khas Walau...
5 Fakta Menarik Laras Sekar Model Produk Kosmetik Kim Kardashian

5 Fakta Menarik Laras Sekar Model Produk Kosmetik Kim Kardashian

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 532 hits
Nama Laras Sekar tengah menjadi sorotan Soalnya ia dikabarkan menjadi model pertama asal Indonesia yang digaet oleh artis kelas dunia Kim Kardashian Laras menjadi model untuk produk kosmetik Kim
Pameran Otomotif Giias Makassar Dibuka Hari Ini Banyak Promo Menarik

Pameran Otomotif Giias Makassar Dibuka Hari Ini Banyak Promo Menarik

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 238 hits
Pameran otomotif Gaikindo Indonesia International Auutos Show sri Makassar Sulawesi Selatan dibuka hari ini Rabu di Celebes Convention Center Pameran ini berlangsung selama 5 hari hingga 15 September Sebelumnya GIIAS sri Suarabya dan Jakart...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti