Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kg Baru Si Rusa Pelbagai Dan Sangat Menarik
As Salam,Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kg Baru Si Rusa -Yeahh.Akhirnya selesai juga sambutan Bulan Kebangsaan di sekolah saya.Mana tak happy, sebagai penyelaras, memang "tak sabar" nak selesaikan sambutan ini sebab saya ada dua pertandingan sedang menanti yang minta kudrat dan keringat saya untuk diusahakan.huuuhu.Bertabahlah
Pada hari majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan SK KG Baru Si Rusa-Teman-teman sporting menyokong dengan tema pakaian orang kampung.Masa ni, kami team merdeka plan buat gimmick pelancaran dengan Penurunan Bendera Union Jack dan Nyanyian Lagu Negaraku
Bila melihat pic ini, saya tersenyum puas hati.Saya tahu apabila rakan-rakan mengikut tema yang kita tetapkan, maksudnya mereka menyokong program kita.Siap berbunga bagai.Sayang korang semua
Nasib baik sahaja kedua-dua pertandingan ditangguhkan.Ia beri saya masa untuk mengurus masa dan tidak terkejar-kejar untuk melaksanakannya.Sebaik sahaja Sambutan Bulan Kebangsaan selesai, saya "terpaksa" pula mengajak ahli panitia sejarah berkampung di sekolah untuk pertandingan Gerbang Merdeka anjuran Panitia Sejarah Daerah Port Dickson.Aduhaii.Memang masak!
Aktivti Pertandingan Memasak Masakan Tradisional .Pertandingan ini melibatkan unit Badan Beruniform di sekolah. Orait, yang ini penyertaan dari unit PBSM.Amazing kan presentation depa.PBSM adalah pemenang bagi kategori masakan Mi Goreng Mamak
Ini pula team masakan dari TKRS.Unit TKRS pula pemenang bagi kategori Masakan Kuih Tradisional, Dumpling.Memang sedap wei.saya suka part style chef depa tu.Ohsem kann.This is SK Kg Baru hokey.haha
PPIM menang tempat ketiga dan kedua bagi hidangan Serabai dan Mi Kolok.Ini kira team saya, tapi sebagai penganjur, tak boleh lebih-lebih pulak.hihi. Yang berbaju oren itu Puan GB sekolah saya bersama cikgu-cikgu PPIM dan peserta pertandingan memasak
Unit Pandu Puteri Tunas dengan hidangan Nasi Goreng Kampung dan Lempeng kelapa
Geng pengakap dengan hidangan buah melaka dan kueteow goreng
Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kg Baru Si Rusa : Pelbagai dan Sangat MenarikOrait, kali ini saya nak kongsikan aktiviti sambutan Bulan Kebangsaan yang team saya rancang untuk tahun ini.Bagi saya, secara peribadi ianya sangat menarik dan berazam untuk rancang yang lebih baik pada masa akan datang.InshaAllah
Majlis Pelancaran Bulan KebangsaanAktiviti Kibar Jalur GemilangPertandingan Sukan Rakyat Capteh dan Galah PanjangPertandingan Memasak : Masakan TradisionalAktiviti Kenali Permainan dan Alat Muzik Tradisional Pertandingan Mereka Cipta Mercu Tanda NegaraPertandingan Menghias Basikal Dengan Tema MerdekaPertandingan Pakaian BeragamKuiz KemerdekaanPameran di Galeri SejarahMajlis Penutup Bulan KebangsaanTime saya menaip aktiviti yang kami dah rancang dalam blog, baru saya "perasan" patutlah tidur saya tidak menentu dan asyik diburu dateline.haha.Bayangkan masa plan, agak-agak saya ni macamlah takde kerja lain kan.Agaknya saya lupa masa tu saya akan jadi Pengawas UPSR, saya akan terlibat dengan Pertandingan Galeri Sejarah dan Terpilih untuk menyertai Pertandingan Kelab SPBT.Semuanya perlu diuruskan serentak
Patutlah, sampai anak saya tegur, kenapa mama dah malas masak sekarang.kihkih.Depa tak tahu yang mamanya asyik mengejar dateline.Buat keroje ngalahkan GB sibuknya.kihkih
Cumanya, saya sangat bersyukur.Kawan-kawan di sekolah memang sangat membantu.Komitmen hampir seratus peratus dari teman-teman inilah yang menguatkan semangat saya untuk melaksanakan amanah sebagai Penyelaras dengan penuh tanggungjawab.Alhamdulillah
Kalau ada kerajinan, saya akan buat satu pertandingan satu entri sebab banyak gambar-gambar menarik yang saya nak kongsi dan juga cerita menarik disebaliknya.Tapi tulah, saya tak dapat nak share semua sekarang sebab tuntutan list things yang saya kena buat memang dah panjang.huhu
Ini pula semasa perasmian majlis Penutupan Bulan Kebangsaan sekolah.Kek dengan design bendera Malaysia tu memang saya request dari akak Bakers sekolah saya:)
Saya dan si Pembuat kek bendera Malaysia, kak Haizah. Satu kek ialah kek Carrot dan satu lagi kek choclate moist.Memang sedap dan moist
Pada majlis penutupan bulan kebangsaan sekolah, kami memilih tema pakaian dengan warna putih, hitam dan tudung tema bendera Malaysia
Alhamdulillah.Terima kasih singgah membaca posting saya kali ini.Doakan saya terus bersemangat dan tabah menguruskan aktiviti dan program di sekolah.InshaAllah, sampai jumpa lagi dear readers:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/09/aktiviti-sambutan-bulan-kebangsaan.html