Armada Perlu Berfikir Seperti Kerajaan Syed Saddiq




KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) perlu berfikir seperti kerajaan dan bekerja keras seolah-olah mereka pembangkang dalam menjuarai dan mencari penyelesaian pelbagai isu serta agenda yang dekat di hati anak muda selain masyarakat.Dalam membuat gesaan itu, Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata dalam perjuangan, mereka juga perlu menjauhi daripada terjebak dengan budaya bermewah-mewah.
Loading...
”Anak muda, baik lelaki atau wanita, adalah barisan utama dalam membawa isu-isu relevan dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Kita jangan fikir soal kemewahan.“Kerana dulu, tanpa duit pun kita mampu berjuang. Budaya sebeginilah yang kita perlu kekalkan,” katanya dalam temu bual bersama beberapa organisasi media menjelang Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai esok hingga Ahad.Perhimpunan ARMADA, yang juga sayap Pemuda BERSATU, dijadual berlangsung di lokasi sama pada esok dan Sabtu dengan kehadiran kira-kira kira-kira 800 perwakilan.Syed Saddiq, yang juga Menteri Belia dan Sukan, seterusnya berkata perjuangan ARMADA perlu dilakukan termasuk melalui program turun padang dengan berinteraksi bersama khalayak dalam suasana santai seperti di kedai mamak, dan bukan sekadar di upacara rasmi dan ‘majlis potong reben’.Ketua ARMADA itu berkata beliau akan mengupas lebih lanjut mengenai hala tuju sayap itu dan landskap politik dalam ucapannya pada perhimpunan berkenaan.“Melalui konvensyen ARMADA itu, kita ingin pastikan anak muda mendapat banyak tempat dan mempunyai penggerak di setiap lapisan,” katanya.Dalam pada itu, beliau berkata isu lompat parti, peluang pekerjaan, rumah mampu milik selain kelangsungan bangsa Melayu, Bumiputera dan Islam antara perkara yang dijangka diangkat perwakilan ARMADA.“Banyak lagi isu berkaitan anak muda boleh dibawa sewaktu konvensyen ARMADA itu seperti hasrat melihat kepimpinan (parti dan negara) mengamalkan integriti dalam membangunkan negara agar dihormati dunia,” katanya.Mengulas isu lompat parti, Syed Saddiq yang juga Anggota Parlimen Muar mempunyai mesej jelas bahawa BERSATU tidak memerlukan kemasukan anggota politik yang terpalit dengan salah laku atau unsur jenayah di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.Ia merujuk kepada tindakan lompat parti membabitkan anggota UMNO terutama Ahli Parlimen dan pemimpinnya untuk menyertai parti lain termasuk BERSATU yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Syed Saddiq berkata Armada sedar bahawa Bersatu perlu memperkukuhkan parti namun permohonan kemasukan mana-mana bekas pemimpin pembangkang perlu diperhalusi sebelum dibenarkan berbuat demikian.
“Jika ada perompak dan pencuri masuk BERSATU, saya sendiri akan keluar BERSATU,” tegasnya.Menurutnya, kemasukan mana-mana bekas anggota atau pemimpin UMNO tidak harus menjurus kepada kes mahkamah membabitkan mereka, jika ada, digugurkan hanya kerana menyatakan sokongan kepada BERSATU mahupun Pakatan Harapan.Syed Saddiq menarik perhatian bahawa kemasukan pemimpin berpengalaman daripada UMNO tidak harus dilihat sebagai ‘signal’ atau isyarat untuk meminggirkan barisan pemimpin muda BERSATU yang bersedia mencorak parti berbekalkan kepercayaan dan hala tuju yang jelas.PAT Bersatu itu dijangka dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan merangkumi 135 Bahagian di seluruh negara termasuk wakil ARMADA dari 115 Bahagian dan wakil Srikandi daripada 98 Bahagian. - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/armada-perlu-berfikir-seperti-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peringatan Syed Saddiq Buat Armada

Peringatan Syed Saddiq Buat Armada

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Angkatan Bersatu Anak Muda perlu berfikir seperti kerajaan dan bekerja keras seolah olah mereka pembangkang dalam menjuarai dan mencari penyelesaian pelbagai isu serta agenda yang dekat di hati anak muda selain masyarakat Dalam...
Syed Saddiq Dituduh Berlakon Cedera Depan Wartawan

Syed Saddiq Dituduh Berlakon Cedera Depan Wartawan

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 878 hits
KECEDERAAN yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abd Rahman terus menjadi perbualan hangat di media sosial Semalam kedudukan balutan luka di pipi Ahli Parlimen Muar itu dipertikaikan dan ada yang menuduhnya menipu BACA Pipi ...
Syed Saddiq Berang Perwakilan Guna Pentas Minta Kontrak

Syed Saddiq Berang Perwakilan Guna Pentas Minta Kontrak

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 308 hits
Berucap di pentas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke 2 yang diadakan di Putrajaya hari ini Ketua Pemuda Parti Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa lari dari teks ucapan asalnya Ini demikian kerana beliau tidak ...
Syed Saddiq Blasts Ppbm Member Over Contract Grouses

Syed Saddiq Blasts Ppbm Member Over Contract Grouses

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 263 hits
PPBM Armada chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman interrupted his speech at the party s general assembly today to reprimand a member for allegedly shaming a minister over a contract that did not materialise He did not identify the party membe...
Syed Saddiq Slams Delegate S Demand For Contracts Warns Macc May Come

Syed Saddiq Slams Delegate S Demand For Contracts Warns Macc May Come

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 312 hits
BERSATU AGM Bersatu Youth chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman began his winding up speech at his party s annual general assembly today by slamming delegates who demanded positions and contracts during the debate session Syed Saddiq also too...
Declare Your Assets If You Want To Join Ppbm Syed Saddiq Tells Ex Umno Leaders

Declare Your Assets If You Want To Join Ppbm Syed Saddiq Tells Ex Umno Leaders

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 383 hits
PPBM Youth chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman says the party is not the place for former Umno leaders to seek fame or fortune PUTRAJAYA PPBM Youth is demanding stringent requirements to be imposed on former Umno leaders who want to join th...
Saya Injured Bro Syed Saddiq Hadiri Perhimpunan Walau Cedera Kemalangan

Saya Injured Bro Syed Saddiq Hadiri Perhimpunan Walau Cedera Kemalangan

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 1447 hits
Saya injured bro Syed Saddiq hadiri perhimpunan walau cedera kemalangan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mula menerima kehadiran perwakilan dari seluruh negara Namun ketibaan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahma...
Syed Saddiq Don T Be An Umno Clone

Syed Saddiq Don T Be An Umno Clone

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 242 hits
Stressing that Parti Pribumi Bersatu Malaysia should not be an Umno clone Armada chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said that the party should put the Malay agenda firmly on its radar screen Spelling out the dangers of the Umno culture Sye...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan