Peringatan Syed Saddiq Buat Armada


KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) perlu berfikir seperti kerajaan dan bekerja keras seolah-olah mereka pembangkang dalam menjuarai dan mencari penyelesaian pelbagai isu serta agenda yang dekat di hati anak muda selain masyarakat.
Dalam membuat gesaan itu, Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata dalam perjuangan, mereka juga perlu menjauhi daripada terjebak dengan budaya bermewah-mewah.
”Anak muda, baik lelaki atau wanita, adalah barisan utama dalam membawa isu-isu relevan dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Kita jangan fikir soal kemewahan.
“Kerana dulu, tanpa duit pun kita mampu berjuang. Budaya sebeginilah yang kita perlu kekalkan,” katanya dalam temu bual bersama beberapa organisasi media menjelang Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai esok hingga Ahad.
Perhimpunan ARMADA, yang juga sayap Pemuda BERSATU, dijadual berlangsung di lokasi sama pada esok dan Sabtu dengan kehadiran kira-kira kira-kira 800 perwakilan.
Syed Saddiq, yang juga Menteri Belia dan Sukan, seterusnya berkata perjuangan ARMADA perlu dilakukan termasuk melalui program turun padang dengan berinteraksi bersama khalayak dalam suasana santai seperti di kedai mamak, dan bukan sekadar di upacara rasmi dan ‘majlis potong reben’.
Ketua ARMADA itu berkata beliau akan mengupas lebih lanjut mengenai hala tuju sayap itu dan landskap politik dalam ucapannya pada perhimpunan berkenaan.
“Melalui konvensyen ARMADA itu, kita ingin pastikan anak muda mendapat banyak tempat dan mempunyai penggerak di setiap lapisan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata isu lompat parti, peluang pekerjaan, rumah mampu milik selain kelangsungan bangsa Melayu, Bumiputera dan Islam antara perkara yang dijangka diangkat perwakilan ARMADA.
“Banyak lagi isu berkaitan anak muda boleh dibawa sewaktu konvensyen ARMADA itu seperti hasrat melihat kepimpinan (parti dan negara) mengamalkan integriti dalam membangunkan negara agar dihormati dunia,” katanya.
Mengulas isu lompat parti, Syed Saddiq yang juga Anggota Parlimen Muar mempunyai mesej jelas bahawa BERSATU tidak memerlukan kemasukan anggota politik yang terpalit dengan salah laku atau unsur jenayah di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.
Ia merujuk kepada tindakan lompat parti membabitkan anggota UMNO terutama Ahli Parlimen dan pemimpinnya untuk menyertai parti lain termasuk BERSATU yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Syed Saddiq berkata Armada sedar bahawa Bersatu perlu memperkukuhkan parti namun permohonan kemasukan mana-mana bekas pemimpin pembangkang perlu diperhalusi sebelum dibenarkan berbuat demikian.
“Jika ada perompak dan pencuri masuk BERSATU, saya sendiri akan keluar BERSATU,” tegasnya.
Menurutnya, kemasukan mana-mana bekas anggota atau pemimpin UMNO tidak harus menjurus kepada kes mahkamah membabitkan mereka, jika ada, digugurkan hanya kerana menyatakan sokongan kepada BERSATU mahupun Pakatan Harapan.
Syed Saddiq menarik perhatian bahawa kemasukan pemimpin berpengalaman daripada UMNO tidak harus dilihat sebagai ‘signal’ atau isyarat untuk meminggirkan barisan pemimpin muda BERSATU yang bersedia mencorak parti berbekalkan kepercayaan dan hala tuju yang jelas.
PAT Bersatu itu dijangka dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan merangkumi 135 Bahagian di seluruh negara termasuk wakil ARMADA dari 115 Bahagian dan wakil Srikandi daripada 98 Bahagian.
The post Peringatan Syed Saddiq Buat ARMADA appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/peringatan-syed-saddiq-buat-armada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Armada Perlu Berfikir Seperti Kerajaan Syed Saddiq

Armada Perlu Berfikir Seperti Kerajaan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Angkatan Bersatu Anak Muda perlu berfikir seperti kerajaan dan bekerja keras seolah olah mereka pembangkang dalam menjuarai dan mencari penyelesaian pelbagai isu serta agenda yang dekat di hati anak muda selain masyarakat Dalam...
Syed Saddiq Don T Be An Umno Clone

Syed Saddiq Don T Be An Umno Clone

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 243 hits
Stressing that Parti Pribumi Bersatu Malaysia should not be an Umno clone Armada chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said that the party should put the Malay agenda firmly on its radar screen Spelling out the dangers of the Umno culture Sye...
Saya Injured Bro Syed Saddiq Hadiri Perhimpunan Walau Cedera Kemalangan

Saya Injured Bro Syed Saddiq Hadiri Perhimpunan Walau Cedera Kemalangan

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 1450 hits
Saya injured bro Syed Saddiq hadiri perhimpunan walau cedera kemalangan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mula menerima kehadiran perwakilan dari seluruh negara Namun ketibaan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahma...
Jika Perompak Masuk Bersatu Saya Akan Keluar Parti Syed Saddiq

Jika Perompak Masuk Bersatu Saya Akan Keluar Parti Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 373 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Angkatan Bersatu Anak Muda perlu berfikir seperti kerajaan dan bekerja keras seolah olah mereka pembangkang dalam menjuarai dan mencari penyelesaian pelbagai isu dan agenda yang dekat di hati anak muda dan m...
Syed Saddiq Diserang Kaw Kaw Mana Suara Mp Muslim Yang Lain Soal Penceramah Terkenal

Syed Saddiq Diserang Kaw Kaw Mana Suara Mp Muslim Yang Lain Soal Penceramah Terkenal

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 396 hits
Oleh Sahabat semua nampak ke tidak trend Ahli Parlimen Belum Muslim serang Menteri Belia Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila beliau mendesak P Waytha Moorthy letak jawatan Mereka bersatu dalam isu ini Ke mana pula suara Ahli Parlime...
Pergi Bodek Tempat Lain Tmj Beritahu Syed Saddiq

Pergi Bodek Tempat Lain Tmj Beritahu Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 615 hits
Pergi bodek tempat lain TMJ beritahu Syed Saddiq Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Dec 2018 11 42PM
Syed Saddiq To Propose Opening Up Bersatu Youth Srikandi Debates

Syed Saddiq To Propose Opening Up Bersatu Youth Srikandi Debates

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 324 hits
BERSATU AGM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman is set to propose that the Bersatu Youth and Srikandi debates at the party annual general assembly should be opened up to the press The Bersatu Youth chief said this when asked if reporters would be...
Syed Saddiq Rina Tak Tahu Pemberian Beg Herschel

Syed Saddiq Rina Tak Tahu Pemberian Beg Herschel

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 336 hits
Beg Herschel yang diberikan kepada perwakilan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Putrajaya foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA Pemberian beg berjenama Herschel kepada be...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan

Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda