Argentina Berkabung 3 Hari Atas Kematian Maradona


 
Legenda bola sepak, Diego Maradona dilaporkan menghadapi masalah kesihatan sebelum meninggal dunia di kediamannya di Buenos Aires, Argentina. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Dunia sukan yang sedia suram kerana pandemik Covid-19, bertambah pudar malam tadi susulan kematian legenda bola sepak, Diego Maradona akibat serangan jantung pada usia 60 tahun.
Legenda antarabangsa dari Argentina itu diakui antara segelintir pemain terbaik dunia yang melangkaui zaman.
Kehebatan Maradona berulang kali menembusi benteng lawan dengan larian solo atau gerak kilas bersama rakan sepasukan baik di persada antarabangsa mahupun kelab, masih menjadi sebutan walaupun beliau sekian lama bersara sebagai pemain.
Maradona diabadikan sebagai “Tuhan Bola Sepak” di Argentina selepas mengetuai pasukan negara itu merangkul Piala Dunia pada 1986.
Beliau turut mempunyai jutaan peminat di Itali dan Eropah selepas mengetuai pasukan Napoli untuk meraih 2 kejuaraan Serie A.
Maradona menjadi inspirasi kepada ratusan ribu pemain di seluruh dunia, khususnya mereka yang melihat bola sepak sebagai jalan keluar daripada kancah kemiskinan.
Beliau diiktiraf sebagai pemain berbakat luar biasa yang merempat dalam kemiskinan di usia muda, sebelum sampai di mercu kejayaan sebagai pemain ulung dan idola jutaan peminat.
Bagaimanapun, kejayaan Maradona di padang mainan tercalar dengan masalah-masalah peribadi, termasuk ketagihan kokain. Beliau juga menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badan.
Meskipun demikian, Maradona terus menjadi idola antarabangsa bersama bintang lain seperti Pele dan George Best.
Menurut agensi antarabangsa, Maradona meninggal dunia di kediamannya di pinggiran Buenos Aires, Argentina. Beberapa minggu sebelumnya, beliau menjalani pembedahan untuk masalah pendarahan otak (subdural haematoma).
Kesedihan menyelubungi Argentina apabila berita kematian Maradona disahkan peguam beliau. Di Buenos Aires, orang ramai keluar beramai-ramai untuk menzahirkan dukacita mereka.
Begitu juga di La Plata, di mana Maradona menjadi pengarah teknikal pasukan bola sepak tempatan, Gimnasia y Esgrima.
Kerajaan Argentina mengisytiharkan 3 hari berkabung. Presiden Alberto Fernandez menyifatkan Maradona sebagai “sumber kegembiraan Argentina”.
“Anda membawa kami semua ke puncak paling tinggi di dunia. Anda adalah terbaik. Terima Kasih,” kata Fernandez menerusi mesej Twitternya.
Maradona meninggalkan begitu banyak aksi di padang untuk dikenang dan diabadikan. Mungkin yang paling popular ialah penggunaan tangan beliau untuk “menolak” masuk bola ke pintu gol England semasa perlawanan suku akhir Piala Dunia 1986.
Maradona mengimbau gol itu sebagai jaringan “Tangan Dewa.”
Tidak lama selepas adegan itu, Maradona mengelecek hampir seluruh barisan pertahanan England untuk membolehkan Argentina meraih kemenangan 2-1.
“Tangan Dewa” berserta kehebatan keseluruhan Maradona sebagai pemain luar biasa akan sentiasa terpahat dalam sejarah sukan dunia. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/11/argentina-berkabung-3-hari-atas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kno

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diego Maradona Meninggal Presiden Argentina Umumkan Tiga Hari Berkabung Nasional

Diego Maradona Meninggal Presiden Argentina Umumkan Tiga Hari Berkabung Nasional

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 320 hits
Legenda sepak bola Argentina Diego Armando Maradona meninggal karena serangan jantung pada hari Rabu Pengacaranya mengonfirmasi kabar itu seperti dikutip Reuters
Argentina Berkabung Tiga Hari Mengenang Pemergian Maradona

Argentina Berkabung Tiga Hari Mengenang Pemergian Maradona

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 255 hits
Argentina berkabung atas pemergian legenda bola sepak Diego Maradona yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu Presiden Argentina Alberto Fernandez mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari buat negara tersebut Fernande...
Maradona Dibiarkan Tiga Hari Tanpa Bantuan

Maradona Dibiarkan Tiga Hari Tanpa Bantuan

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 222 hits
Diego Maradona terjatuh dan kepala terhantuk seminggu sebelum kematiannya dan dibiarkan tanpa bantuan selama tiga hari dakwa jururawat legenda bola sepak Argentina itu Maradona yang berusia 60 tahun meninggal dunia akibat kegagalan jantung ...
Covid 19 Sebanyak 1 212 Kes Positif Baharu Dengan Tuga Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Covid 19 Sebanyak 1 212 Kes Positif Baharu Dengan Tuga Kematian Di Rekodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Kes pulih COVID 19 hari ini mengatasi angka kes positif dengan 2 112 kes sembuh dilaporkan manakala kes baharu berjumlah 1 212 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif...
Ucap Terima Kasih Atas Ucapan Bermakna Song Hyekyo Sambut Hari Jadi Ke 40

Ucap Terima Kasih Atas Ucapan Bermakna Song Hyekyo Sambut Hari Jadi Ke 40

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 428 hits
Siapa sangka Song Hye kyo kini sudah pun menjangkau usia 40 an Nampak awet muda kan Baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke 40 pada 22 November lepas wanita itu berkongsi ucapan terma kasih menerusi laman Instagram rasminya Terima k...
1 315 Kes Positif 1 110 Kes Sembuh Serta 4 Kes Kematian Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

1 315 Kes Positif 1 110 Kes Sembuh Serta 4 Kes Kematian Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 299 hits
Setakat hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sejumlah 1 315 kes baharu dijangkiti Covid 19 di Malaysia Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes Covdi 19 meningkat kepada 63 176 kes Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengar...
Covid 19 935 Kes Baru Hari Ini Dengan 3 Kematian

Covid 19 935 Kes Baru Hari Ini Dengan 3 Kematian

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 1052 hits
Jumlah pesakit baru Covid 19 kekal pada tiga angka hari ini apabila sebanyak 935 kes dicatatkan Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah sebahagian besar kes tersebut direkodkan di Sabah Selangor dan Negeri Sembilan...
Serbuan Polis Di Rumah Doktor Peribadi Rungkai Punca Kematian Maradona

Serbuan Polis Di Rumah Doktor Peribadi Rungkai Punca Kematian Maradona

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 304 hits
Rabu 02 Disember 2020 7 00 AMDiego Maradona bersama Dr Leopoldo Luque Foto AFPDIEGO Maradona diberikan koktel dadah termasuk ubat antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar Penemuan itu susulan serbuan yan...
1 114 Kes Baharu Covid 19 2 Kematian Hari Ini

1 114 Kes Baharu Covid 19 2 Kematian Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 306 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myDR Noor Hisham FOTO BernamaKuala Lumpur Penularan Covid 19 dalam negara merekodkan 1 114 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu sebanyak 46 209 kes dengan kebolehjangkitan menin...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Suami Takkan Tidur Bila Isteri Yang Memandu

Lunch Ayam Gepuk Putrajaya Bersama Anak Dara

10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Persediaan Untuk Persaraan Berdasarkan Pengalaman Saya

Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat