Zahid Yakin Pilihan Raya Umum Ke 15 Tahun Ini Ambil Kira Isu Direka Cipta Pembangkang




KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjangka pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, mengambil kira isu “direka cipta” pembangkang dengan terbaharu berkait kapal tempur pesisir (LCS).
Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, isu akan terus timbul dan direka pembangkang, menjadikan peluang bagi gabungan itu mendominasi PRU15 terlepas.
Zahid berkata, beliau tahu pembangkang kini mereka cipta isu untuk memburukkan BN dan terbaharu, mereka menggunakan LCS milik tentera laut, sama seperti 1MDB pada PRU14.
“Jika dibiarkan lebih lama, peluang untuk BN mendominasi PRU15 terlepas kerana isu direka cipta pembangkang.
“Kita sudah bincang dengan ‘Top 5’ termasuk perdana menteri (PM) yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ini bacaan saya, pilihan raya pada tahun ini juga…bacaan PM, saya percaya beliau akan mendengar nasihat dan pandangan kita.
“Beliau (PM) orang parti dan sebagai pemimpin sudah pasti tahu masa sesuai kerana isu akan terus timbul dan direka yang mana pembangkang menjadikan budaya kebencian ditanamkan kepada parti kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutup Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Zahid berkata, pembangkang cuba menggunakan isu LCS demi kepentingan politik mereka.
Namun, katanya, isu itu sudah dijawab dengan cepat pasukan media sosial BN dan momentum itu perlu diteruskan pasukan media sosial parti termasuk Wanita BN.
“TLDM juga sudah menjawab, malah menteri pertahanan sudah bawa media pergi dan melihat sendiri kapal LCS ini. Adakah logik mereka kata kapal halimunan, kata LCS yang dirasmikan adalah kapal contoh daripada kayu, saya pernah jadi menteri pertahanan, saya tahu isu ini.
“Dulu saya dicabar kerana kata kapal selam tidak boleh menyelam, ketika Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA) saya bawa dan ajak Lim Guan Eng lihat sendiri.
“Namun, selepas rasai pengalaman naik kapal selam, beliau tidak cakap apa dan peristiwa ini menunjukkan pembangkang kreatif membuat persepsi negatif kepada kerajaan,” katanya.
Justeru, beliau menggesa ahli BN yang mempunyai media sosial menggunakannya untuk menjawab segera persepsi negatif supaya dapat dihapuskan dan tidak mempengaruhi pengundi.
“Jangan mengambil sikap tunggu dan membiarkan ia menjadi tular, sebaliknya segera menjawab isu, saya lihat ramai yang apabila dapat maklumat kongsi dengan rakan sebarkan, tetapi tidak jawab dan mempertahankan parti,” katanya.
Beliau berkata, seperti isu pendanaan politik dibangkitkan di mahkamah, hanya seorang didakwa walaupun ada ramai disebut menerima dana berkenaan termasuk Perdana Menteri yang mentadbir 22 bulan dan PM yang berkhidmat 17 bulan.
“Orang parti perlu bantu menjawab dan tangkis tuduhan menjatuhkan parti,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/zahid-yakin-pilihan-raya-umum-ke-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Umumkan Penubuhan Gerakan Tanah Air Untuk Hadapi Pilihan Raya Umum Ke 15

Tun M Umumkan Penubuhan Gerakan Tanah Air Untuk Hadapi Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 141 hits
nbsp PUTRAJAYA Gerakan Tanah Air yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertujuan menjaga negara supaya aman dan stabil dengan mengurangkan jurang antara kaum ketika ini Pengerusi Parti Pejuang Negara itu berkata gagasan itu yang a...
Tun M Dakwa Jikalau Buat Pilihan Raya Umum Awal Umno Bn Akan Menang Dan Berkuasa

Tun M Dakwa Jikalau Buat Pilihan Raya Umum Awal Umno Bn Akan Menang Dan Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 183 hits
nbsp KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pendirian UMNO yang mahukan pilihan raya umum ke 15 diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu Menerusi temu bual dengan The Ass...
Pas Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Ini Fadhli Shaari

Pas Ada Potensi Untuk Menawan Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Ini Fadhli Shaari

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 248 hits
SHAH ALAM Ketua Pemuda Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari melahirkan keyakinannya terhadap potensi dimiliki parti itu untuk menawan negeri Pahang dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Dengan mengambil senario perkembangan sokongan pada PRU14 Ahli Parlim...
Jajaran Baru Politik Selepas Pilihan Raya

Jajaran Baru Politik Selepas Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 123 hits
MENJOLOK MENTARIKITA sambung perbualan menerusi panggilan terjah seorang kawan saya malam kemarin dahulu Selain ingin memberi maklumat kepada saya berhubung isu LSC yang tidak menguntungkan UBN itu mauduk kedua yang dibicarakan mengenai pri...
Gendang Pilihan Raya Semakin Rancak Pemuda Ph Turun Ke Bawah Temui Orang Ramai

Gendang Pilihan Raya Semakin Rancak Pemuda Ph Turun Ke Bawah Temui Orang Ramai

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 147 hits
Ketika gendang pilihan raya semakin rancak dipalu parti parti dalam Pakatan Harapan mula menunjukkan kesepakatan dalam gerakkerja mereka Gambar Pemimpin muda PH berjalan sederap apabila turun ke bawah menemui rakyat dan meninjau rakyat yang...
Pm Jangka Pembangkang Guna Isu Lcs Macam 1mdb

Pm Jangka Pembangkang Guna Isu Lcs Macam 1mdb

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 137 hits
malaysiakini comDapat difahami situasi yang melatari Ismail Sabri Yaakob ketika ini Di satu sisi pemimpin tertinggi parti secara jelas mahukan parlimen dibubar segera Namun pada sisi berbeza ada pertimbangan yang lain yang perlu dibuat dan ...
Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 137 hits
agendaily com14 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini masih membangkitkan isu PRU 15 perlu disegerakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mematuhi permintaan Barisan Nasional untuk membubarkan Parlimen bagi memberi...
Bn Berdepan Laluan Sukar Jika Pru 15 Tahun Depan Ahmad Zahid

Bn Berdepan Laluan Sukar Jika Pru 15 Tahun Depan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 145 hits
hmetro com myAHMAD Zahid berucap pada Konvensyen Wanita BN FOTO Aswadi AliasKuala Lumpur Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan jika Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan tahun depan gabungan BN bakal berdepan l...
Isu Kapal Tempur Lcs Zahid Jangan Lari Tanggungjawab Liew

Isu Kapal Tempur Lcs Zahid Jangan Lari Tanggungjawab Liew

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 195 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 7 2022 1 13 PMBekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong mengingatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak lari daripada tanggungjawabnya berhubung isu projek pembinaan enam kapal tempur pesisi...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia