Arab Saudi Menyelamatkan Tokoh Tafsir Al Quran Malaysia Tatkala Lee Kuan Yew Mahu Menangkapnya


Oleh : Wan Ramizah Hasan*

1. Syeikh Abdullah Basmeih terkenal sebagai seorang wartawan yang berani. Beliau mempunyai semangat patriotik dan keagamaan yang tinggi. Hal ini diakui sendiri oleh Ahmad Idris, bekas teman sepejabatnya di Utusan Melayu. Pernah pada suatu ketika, beliau telah memeningkan kepala Perdana Menteri Singapura pada ketika itu, Lee Kuan Yew. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1965. Beliau dan dua wartawan yang lain, iaitu Encik Zabha dan Encik Abu Bakar Ismail telah mencabar Perdana Menteri Singapura itu untuk mengadakan wawancara secara terbuka mengenai hak-hak orang Melayu. Semasa itu Singapura sedang mengalami krisis dengan Malaysia yang mengakibatkan kedua-duanya terpisah pada tahun 1965.

2. Lee Kuan Yew telah menerima cabaran yang dihulurkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dan rakan-rakannya. Perdebatan itu disiarkan secara langsung oleh Televisyen Singapura. Dalam perdebatan itu, Sheikh Abdullah Basmeih telah mengemukakan banyak pertanyaan yang menyentuh soal kedudukan orang Melayu dan agama Islam di Singapura. Oleh sebab soalan-soalan yang dilontarkannya adalah sedemikian rupa, maka Lee Kuan Yew seakan-akan tidak mahu melayan persoalan Sheikh Abdullah Basmeih. Beliau agak keberatan untuk menjawabnya. Dalam satu soalannya, Sheikh Abdullah Basmeih bertanya :

"Mengapa Encik Lee Kuan Yew semasa berucap di sana-sini  suka menimbulkan jumlah peratusan orang Melayu dan mengapa Encik Lee Kuan Yew selalu mengungkit-ungkit tentang orang Melayu yang kecil jumlahnya berbanding dengan orang bukan Melayu? Tahukah sebabnya mengapa berlaku sedemikian? Sebabnya ialah penjajah buka pintu. Karamkan Tanah Melayu dengan bangsa-bangsa asing sehingga orang Melayu tertindas di negerinya sendiri."

"Ini soalan ganas." jawab Lee Kuan Yew.

"Tidak, inilah hakikat yang sebenarnya." kata Sheikh Basmeih lagi.

4. Wawancara yang disiarkan secara langsung itu telah menarik perhatian orang ramai. Perdebatan antara wartawan dengan Lee Kuan Yew melalui akhbar Utusan Melayu mendapat rating yang tinggi. Ekoran daripada peristiwa itu, rancangan Kursus Agama Islam di Radio Singapura yang dikelolakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih telah dihentikan. Sebenarnya, inilah antara cara dan taktik musuh-musuh Islam dalam usaha melenyapkan cahaya Islam daripada muka bumi ini. Mengugut dan menyekat seseorang daripada bersuara melalui suara media dikatakan sedikit sebanyak berjaya menganggu perjalanan dakwah Islamiah di dunia ini.

5. Pada pandangan penulis, penglibatan Sheikh Abdullah Basmeih di syarikat Utusan Melayu ini telah mendedahkan beliau kepada kritikan umum. Syarikat ini telah membuka jalan kepada masyarakat untuk menjadikan akhbar sebagai salah suatu ruangan untuk memberikan pandangan, luahan, kritikan dan perdebatan.

6. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, Sheikh Abdullah Basmeih adalah orang pertama yang berhijrah ke Malaysia. Pada masa itu beliau sedar kuasa sudah berada dalam genggaman Lee Kuan Yew. Bila-bila masa sahaja beliau boleh ditangkap atas tuduhan dan dakwaan kesalahan yang pelbagai. Sheikh Abdullah Basmeih segera berhijrah ke Malaysia untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan kuasa politik.

7. Detik-detik perpindahan Sheikh Abdullah Basmeih dari Singapura ke Malaysia itu telah diceritakan dalam Utusan Melayu bertarikh 13 Ogos 1965, iaitu dalam artikel pertamanya sewaktu berada di Malaysia. Menurut cerita anaknya, Siti Aishah, pada mulanya Sheikh Abdullah Basmeih tidak lagi berhasrat untuk berpindah ke mana-mana setelah berkeluarga di Singapura, namun begitu, setelah berlaku perdebatan antara dirinya dan rakan-rakan dengan Lee Kuan Yew, beliau telah dinasihati supaya keluar dari Singapura. Walau bagaimanapun beliau menangguhkan perpindahan itu sehinggalah Radio Singapura mengisytiharkan perpisahan dengan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Dari Singapura, beliau menuju ke Johor Bahru dengan menaiki kenderaan milik kedutaan Arab Saudi di Singapura. Kereta itu membawa bersama-sama bendera negara Arab Saudi agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak. Sebenarnya Sheikh Abdullah Basmeih mempunyai hubungan yang amat rapat dengan pihak kedutaan Arab Saudi, lebih-lebih lagi apabila pihak kedutaan Arab Saudi sering memberikan majalah-majalah berbahasa Arab yang dilanggan oleh negara-negara Arab untuk dibaca dan diterjemahkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih.

8. Dari Johor Bahru, Sheikh menaiki kereta api menuju ke Melaka dan kemudiannya terus ke Kuala Lumpur. Di sini, beliau terus menyambung kerjayanya di Utusan Melayu. Tidak lama kemudian, barulah Sheikh Abdullah Basmeih membawa keluarganya berpindah ke Malaysia. Pada mulanya keluarga Sheikh Abdullah Basmeih menyewa di Kampung Baru, iaitu di Jalan Raja Abdullah yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Hill. Kemudian mereka berpindah pula ke Jalan Raja Uda yang berhampiran dengan kawan itu. Akhirnya pada awal tahun 1970-an, Sheikh telah membeli sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur yang berhampiran dengan sungai. Disinilah beliau dan ahli keluarnya menetap sehingga beliau meninggal dunia.

*Penulis buku Sheikh Abdullah Basmeih : Tokoh Tafisr Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaminang.com/2019/06/arab-saudi-menyelamatkan-tokoh-tafsir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Saudi Menjemput Umat Islam Seluruh Dunia Menyertai Pertandingan Azan Dan Membaca Al Quran

Arab Saudi Menjemput Umat Islam Seluruh Dunia Menyertai Pertandingan Azan Dan Membaca Al Quran

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 442 hits
Perhatian kepada warga Islam seluruh dunia Jemputan Menyertai Pertanding Mengalunkan Azan dan Membaca Al Quran peringkat antarabangsa Terbuka kepada seluruh umat Islam A Hadiah Bagi Kategori Membaca Al Quran Tempat Pertama Wang tunai berjum...
Penawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Untuk Pelajar Malaysia

Penawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Untuk Pelajar Malaysia

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 473 hits
Kerajaan Arab Saudi melalui bahagian kebudayaan pejabat Kedutaan Arab Saudi di Malaysia dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa mereka menyediakan beberapa biasiswa kerajaan Arab Saudi untuk pelajar pelajar Malaysia Sebanyak 300 tempat ...
Arab Saudi Gelar Turnamen Pubg Mobile

Arab Saudi Gelar Turnamen Pubg Mobile

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 232 hits
Arab Saudi sedang menggelar festival Jeddah Season tahun ini Festival ini merupakan ajang bagi pemerintah negara tersebut memperkenalkan Arab Saudi sebagai salah satu tujuan turis paling populer di dunia
Menag Akui Uang Dolar As Di Meja Kerjanya Pemberian Atase Kedubes Arab Saudi

Menag Akui Uang Dolar As Di Meja Kerjanya Pemberian Atase Kedubes Arab Saudi

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 139 hits
Teka teki uang dolar Amerika Serikat yang ditemukan Komisi Pemberantasan Korupsi di meja kerja Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin akhirnya terungkap Saat bersaksi di Pengadilan Tipikor Rabu Menag Lukman mengaku uang tersebut berasal dari ...
Tafsir Al Quran Dengan Kaedah Bi Al Ma Thur

Tafsir Al Quran Dengan Kaedah Bi Al Ma Thur

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 349 hits
Berikut adalah sumber sumber Tafsir Al Quran dengan kaedah bi al Ma thur 1 Tafsir Al Quran dengan al QuranSebaik baik cara pentafsiran hendaklah mentafsirkan Al Quran dengan Al Quran kerana perkara yang dijelaskan secara mujmal pada satu ay...
Arab Saudi Komited Laksana Ipo Aramco

Arab Saudi Komited Laksana Ipo Aramco

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 234 hits
Arab Saudi komited laksana IPO Aramco Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Jun 2019 9 45PM
Arab Saudi Pintas 2 Dron Pemberontak Houthi

Arab Saudi Pintas 2 Dron Pemberontak Houthi

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 188 hits
Arab Saudi pintas 2 dron pemberontak Houthi Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Jun 2019 12 40PM
Houthi Serang Lapangan Terbang Arab Saudi

Houthi Serang Lapangan Terbang Arab Saudi

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 182 hits
Seorang warga Syria maut dan 7 cedera dalam serangan yang dilancarkan Houthi di Lapangan Terbang Antarabangsa Abha JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https ww...
Bahasa Cina Di Semua Peringkat Di Sekolah Arab Saudi

Bahasa Cina Di Semua Peringkat Di Sekolah Arab Saudi

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 219 hits
This news came out earlier I though it was fake news But it is true and has been reported in a number of Middle Eastern media JEDDAH Saudi and China Friday agreed to include Chinese as curriculum at all stages of education in schools and un...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan