Cara Paling Mudah Dapatkan Idea Menulis Blog
AssalamualaikumBismillah
Hai semua, lama dah kan aku tidak berkongsi tips blogging. Bulan ini jadual aku agak padat dengan job menulis. Alhamdulillah atas rezeki Allah yang tak terhingga walaupun dalam keadaan pandemik sekarang
Tadi semasa tengah blogwalking dan baca entri kawan-kawan tiba-tiba sahaja aku dapat idea ni. Iya, idea tentang cara paling mudah dapatkan idea menulis blog. Just simple saja guys! Semua orang pun boleh cuba
Caranya mudah sahaja, iaitu dengan menjawab pertanyaan pembaca.
Cuba korang tengok entri mana yang pembaca selalu komen di blog korang. Kadang tak perlu pun jawab satu persatu soalan kat komen. Kalau rajin boleh saja jawab. Tetapi aku pasti ramai juga yang takda masa nak balas komen.
Aku paling suka buat artikel yang dapat jawab soalan-soalan pembaca aku.
Kenapa Perlu Buat Artikel Untuk Jawab Pertanyaan Pembaca?
1. Jimat Masa
Bayangkan dalam 1 entri tu pembaca tanya soalan yang sama sahaja. Aku ni sebenarnya bingung dorang ni baca ka jawapan dalam komen-komen aku tu? Ada entri yang aku dah jawab pun tetapi ditanya lagi balik. Haha~ Jenuh juga nak jawab satu-persatu.
Jadi untuk menjimatkan masa, aku jawab semua soalan tu dalam satu entri terus. Senang cerita. Bila ada yang tanya aku balik soalan yang sama, aku just bagi link artikel tu sahaja. So nak tak nak dorang terpaksalah klik untuk baca dan cari jawapan. Hehe~
Baca Sini : Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari
Kita penat menulis, so sebagai pembaca rajin-rajin sikitlah membaca ya wahai pembacaku yang disayangi. Apatah lagi kalau info yang memang dah lengkap pun diberi tapi still nak tanya juga haha~ Tetapi tidak apalah. Biasalah tu ragam pembaca ada pelbagai. So layankan saja
2. Dapat Naikkan Trafik
Salah satu cara untuk naikkan trafik juga sebenarnya. Apabila kita buat entri yang link dengan entri yang lain sekaligus dapat meningkatkan trafik blog kita. Aku banyak buat artikel yang saling berkaitan. Jadi apabila pembaca datang blog kita mereka akan cenderung untuk klik artikel yang berkaitan dengan topik
Contoh artikel yang aku buat saling berkaitan :Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMSSyarat Kemasukan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga)Panduan Untuk Sambung Bidang Psikologi Dengan Mudah
3. Dapat Bagi Info Yang Pembaca Inginkan
Seperti yang aku pernah kongsikan dengan korang sebelum ini. Pembaca blog kita terdiri daripada pelbagai latar belakang, umur dan kerjaya. Ada yang baca blog kita kerana nak cari info. Jadi pembaca kategori ini dia cuma nak cari maklumat atau jawapan sahaja. Dia tiada masa nak baca semua artikel dalam blog kita. Lain lagi pembaca blog yang dalam kalangan followers kita.
Itu sahaja tips dari aku. Semoga bermanfaat. Kalau korang tiada idea nak tulis blog pasal apa. Bolehlah cuba cara ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2021/05/cara-paling-mudah-dapatkan-idea-menulis.html