Bersedekah Menggunakan Aplikasi Sodakoq Delivery Sangat Mudah
Salam,Alhamdulillah dan terima kasih kerana kita mempunyai kerajaan yang sentiasa mendukung dan membantu rakyat untuk mengharungi kesusahan melawan Covid-19. Namun, semenjak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan pasti ada yang terkesan dan punca pendapatan terjejas teruk. Sekiranya anda dari kalangan yang mampu untuk meneruskan kehidupan, marilah kita melihat ke kiri dan ke kanan. Mungkin ada saudara-mara, jiran-tetangga, sahabat-handai mahupun kenalan yang memerlukan bantuan semasa menjalani PKP ini. Beberapa minggu yang lalu, Nova diperkenalkan dengan Sodakoq Delivery App. Sebuah aplikasi telefon yang Menghubungkan Pemberi Sedekah Dengan Penerima Sedekah
Dengan Sodakoq Delivery anda boleh membantu mereka yang memerlukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Sodakoq untuk siapa? Untuk anak-anak yatim, asnaf, warga tua, orang yang memerlukan dan sesiapa sahaja. Sesungguhnya sedekah itu tidak mengurangkan harta.
Dengan menggunakan Sodakoq Delivery ini, anda dapat menyampaikan bantuan makanan kepada penerima sedekah dengan kaedah yang efektif dan mudah. Pada masa yang sama, anda juga akan membantu meningkatkan ekonomi usahawan mikro dan suri rumah (home cook) yang telah berdaftar sebagai pembekal makanan dengan Sodakoq Delivery. 2 in 1. Tambahan pula sekarang tengah PKP, sedekah anda sangat-sangat membantu mereka di luar sana.
Memang sangat-sangat memudahkan SEDEKAH anda. Jika anda tiada masa untuk mencari pembekal makanan dan tiada masa untuk membuat penghantaran, guna sahaja Sodakoq Delivery. Mereka akan uruskan dan mudahkan proses sedekah anda. Kalau nak tahu, Sodakoq Delivery ini dimiliki dan dibangunkan dan diuruskan oleh 100% Bumiputera Malaysia.
100 batang Ais Krim Malaysia, diantara sedekah yang korang boleh buat melalui Sodakoq Delivery. Kalau aiskrim Malaysia ni nak sedekah untuk hari jadi anak di tadika atau sekolah pun boleh kan?
Yang bestnya, korang boleh custom ayat sticker tu tau! Special kan
Raut wajah ceria anak-anak menerima aiskrim Malaysia, pasti seronok makan bersama kawan-kawan
Usahawan mikro dan suri rumah dipilih sebagai pembekal makanan kerana Sodakoq Delivery ingin membantu meningkatkan ekonomi usahawan mikro dan suri rumah disamping berkongsi rezeki bersama mereka. Untuk pengetahuan korang, 80% daripada hasil jualan adalah kepunyaan pembekal makanan dan 20% sahaja digunakan untuk kos operasi perniagaan dan peningkatan penyampaian produk.
20 bungkus Nasi Lemak sedia untuk dihantar kepada penerima sedekah.
Jadikan hidup anda lebih mudah untuk Sodakoq - di mana-mana, bila-bila masa tidak kira berapa sibuk gaya hidup anda
Sodakoq Delivery berada di 20 bandar termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang, Bandar Baru Bangi, Batu Caves, Cheras, Cyberjaya, Kajang, Klang, Kuang, Perlabuhan Klang, Petaling Jaya, Puchong, Rawang, Semenyih, Serdang, Seri Kembangan, Shah Alam, Subang Jaya dan Sungai Buloh. Terdapat 3 pembekal makanan yang berdaftar di setiap bandar.
Diantara pilihan makanan Sodakoq Delivery adalah Mee Goreng, Bihun Goreng, Nasi Lemak dan Nasi Goreng Kampung. Huh! Semua nampak sedap dan lazat-lazat belaka
So, bagaimana cara nak buat pesanan?
Pertama, muat turun dan install aplikasi Sodakoq Delivery ke telefon anda.
Kedua, daftar maklumat anda dan pilih lokasi
Ketiga, pilih makanan yang ingin dipesan (tambah makanan ke dalam cart mengikut kuantiti minimum (MOQ) atau lebih)
Keempat, Isikan maklumat penghantaran
Kelima, Buat pembayaran dan tunggu notifikasi
Ha, mudah kan? Anda juga boleh melihat status pesanan anda
Pesanan boleh dibuat 3 hari / 72 jam sebelum tarikh penghantaran. Pesanan boleh dibuat menggunakan Sodakoq Delivery bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari.
3 atau 2 hari sebelum penghantaran pihak Sodakoq Delivery akan menghubungi penerima sedekah dan memaklumkan pesanan yang akan dihantar pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pemberi sedekah. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, pihak Sodakoq Delivery akan memaklumkan semula kepada pemberi sedekah.
Bagaimana dengan pembayaran?
Pembayaran adalah melalui perbankan dalam talian dan MCash.
Adakah terdapat pesanan minimum?Ya. Beberapa pilihan makanan mempunyai kuantiti pesanan minimum sebelum pesanan boleh dipesan dan dihantar kepada penerima. Untuk mengetahui kuantiti minimum setiap pesanan, rujuk pada maklumat makanan.
Nova pun dah guna apps ini untuk membantu kenalan yang terjejas pendapatan semasa PKP ni. Bantu mana yang boleh. Sangat mudah, tak perlu nak risau makanan tak sampai, siapa yang nak hantar? tambah-tambah tengah tak boleh keluar sangat ni kan. Sangat bagus dan mudah. Korang cubalah, nanti dah selesai dan makanan dah sampai hati rasa lega dan happy
Receipt dapat, sebagai bukti penghantaran
Kalau nak tahu maklumat lanjut korang boleh ke Laman Web Sodakoq Delivery :
https://www.sodakoqdelivery.my
Facebook : https://www.facebook.com/sodakoq
Instagram: https://www.instagram.com/sodakoq
Twitter : https://twitter.com/sodakoq
Diantara lokasi yang telah selesai penghantaran Sodakoq Delivery
Bersempena bulan puasa yang tinggal beberapa hari lagi, kalau korang juga nak sedekah pun boleh. Install, pesan dan bayar. Ada banyak pilihan makanan untuk disedekah, pisang pun ada. Selain untuk sedekah, kalau nak buat jamuan hari jadi anak pun boleh pesan, sedekah pisang di masjid, khatam Al-Quran, belanja rakan pejabat, atau ada training/mesyuarat pun boleh gunakan khidmat mereka. Sodakoq Delivery akan membantu anda menguruskan niat baik anda. So, kalau ada apa-apa masalah berkaitan di atas ingatlah Sodakoq Delivery. ok!
Terima kasih kerana sudi baca panjang-panjang Nova taip. Mana yang baik Nova pun suka untuk kongsikan bersama. Kalau korang dah guna... share la pengalaman ok!
Sekian
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://novaleeza.blogspot.com/2020/04/bersedekah-menggunakan-aplikasi-sodakoq.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+NovaLeezaMyDiary+(NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary)