Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia
PROTON e.MAS 5 Diperkenalkan, EV Kompak Jenama Malaysia
Memperkenalkan PROTON e.MAS 5, model kenderaan elektrik (EV) terbaru dari PROTON selepas e.MAS 7.
PROTON e.MAS 5 adalah sebuah EV kompak yang dibangunkan (rebadge) dari model Geely Geome.
Geely Geome adalah model EV kompak paling popular di China dengan jualan lebih 130,00 unit tahun ini.
Fokus untuk PROTON e.MAS 5 adalah memberikan kemewahan ruang yang optimum berbanding pesaing lain.
Dari pandangan pertama SK, PROTON e.MAS 5 ni seakan-akan abangnya e.MAS 7 tapi dua kali pandang kita boleh nampak perbezaannya.
Untuk rekaan luaran SK rasa perlu dirahsiakan lagi kerana ada kemungkinan PROTON nak tambah sedikit kelainan pada badan PROTON e.MAS 5 ni.
Jadi dalam artikel ni tiada gambar lengkap bahagian luar yang tidak berbalut.
PROTON kali ini nak tunjukkan pada SK bahagian dalaman kereta yang mewah dengan ruang.
Mewah Dengan Ruang
Dalaman kereta ni memang sangat selesa berbanding kereta kompak yang lain.
Leg room dan head room yang luas membenarkan fokus kereta ini iaitu Luxurious Space.
Untuk but PROTON e.MAS 5 ni seluas 375L dan extend sehingga 1,320L jika tempat duduk belakang diturunkan.
Tak cukup dengan but, bonet depan pun boleh isi barang dengan kapasiti 70L siap dengan hydraulic struts.
Tempat duduk dibalut dengan kulit juga sangat selesa bila kali pertama SK duduk.
bawah tempat duduk belakang juga ada ruang storan untuk simpan barang seperti e.MAS 7.
Untuk duduk dalam jangka masa panjang tu tak boleh nak komen la sebab belum cuba pandu EV ini.
Ciri Kereta Mahal
PROTON e.MAS 5 juga datang dengan beberapa ciri kereta mewah.
Antaranya gear knob rekaan kristal yang terletak di konsol tengah.
Stereng juga dibalut dengan kulit dua tona sangat selesa di tangan.
PROTON e.MAS 5 ni juga akan siap dengan automatic power tailgate tau, untuk kereta bawah RM100,000 susah nak dapat.
Skrin infotainment yang dimuatkan dalam PROTON e.MAS 5 ni sebesar 14.6 inci dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar.
Seperti kereta PROTON terbaru yang lain, PROTON e.MAS 5 ni juga ada Voice Recognition Bahasa Melayu tau.
Pengecasan Pantas
PROTON e.MAS 5 menggunakan bateri jenis Lithium Iron Phosphate (LFP). Menyokong pengecasan pantas 30% sehingga 80% hanya 21 minit (DC).
Untuk setiap pengecasan penuh boleh dapat jarak pemanduan 325km mengikut standard Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure (WLTP).
Pendapat SK, untuk jarak seperti ini sangat sesuai untuk penggunaan harian seperti hantar anak sekolah, pergi pasar dan selesaikan tugasan harian di luar.
Paling penting wajib duduk rumah landed untuk memudahkan pasang wall box charger bagi optimumkan penjimatan bertukar dari kereta petrol kepada elektrik.
Keselamatan
Faktor keselamatan sudah pasti jadi keutamaan PROTON bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.
PROTON e.MAS 5 lengkap dengan pakej 6 beg udara seperti kebanyakkan kereta zaman moden.
Selain itu, PROTON e.MAS 5 cukup ada ADAS dengan 12 bantuan pemanduan pintar termasuk Adaptive Cruise Control (ACC), Traffic Sign Recognition (TSI), Lane Departure Warning (LDW) dan banyak lagi.
Begitulah secara ringkas PROTON e.MAS 5 yang menjadi barisan EV terbaru dari jenama Malaysia selepas PROTON e.MAS 7.
PROTON e.MAS 5 akan melakukan jelajah Malaysia membawa MISI 5 ke seluruh Malaysia bermula Ogos sehingga Oktober.
Menjelajah ke Lembah Klang, Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak, orang ramai berpeluang mengenali e.MAS 5 dengan lebih dekat.
Aktiviti ini diadakan untuk mempamerkan reka bentuk moden, ruang simpanan yang luas dan teknologi pintar e.MAS 5.
Untuk jadual bulan Ogos adalah seperti berikut:
9 Ogos: SG Car (Shah Alam), Wheelcorp (Setia Alam), EON (Glenmarie) dan AJG (Puchong)
10 Ogos: AJG (Sri Kembangan), Jawira (Balakong), ProAuto (Kajang) dan Jewel Sonic (Putrajaya)
16 Ogos: Able Mobility (Cheras), MBF EV (Jalan Tun Razak), Cahaya (Segambut) dan Igreen (Setapak)
17 Ogos: Pantai Bharu (Rawang), EON (Damansara), Regal Motor (Petaling Jaya) dan Peringgit (Jalan Klang Lama)
The post PROTON e.MAS 5 Diperkenalkan, EV Kompak Jenama Malaysia appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/08/08/proton-e-mas-5-diperkenalkan-ev-kompak-jenama-malaysia/