Aplikasi Puisi Dalam Didik Hibur



EVOLUSI DUNIA BAHASA DAN KESUSASTERAAN DI MALAYSIA:
APLIKASI PUISI DALAM DIDIK HIBUR.
Oleh Zurinah Hassan,( Sasterawan Negara, Dato’ Dr).
Disampaikan di Seminar Bahasa dan Sastera anjuran DBP Wilayah Tengah di Maktab Perguruan Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang, 23 November, 2018.
abstrak
Dunia Bahasa dan Kesusasteraan adalah sebahagian daripada masyarakat yang  sentiasa menghadapi evolusi khasnya dalam memasuki alaf baharu. Kertas ini menjurus kepada evolusi dari aspek penyebaran puisi baik di pentas maupun di bilik-bilik darjah. Penyebaran di bilik darjah berhubung rapat dengan pengaplikasiannya dalam Didik hibur yang merujuk kepada satu istilah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tahun 2011 yang  membawa maksud pembelajaran yang menyeronokkan.  Pendekatan didik hibur bertujuan  merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Untuk mencapai tujuan tersebut guru-guru hendaklah meningkatkan pemahaman terhadap puisi dan  kesediaan menggunakan puisi dalam pembelajaran. Oleh yang demikian kertas ini menjurus kepada penjelasan terhadap jenis-jenis puisi Melayu terutama puisi tradisi. Khazanah kesusasteraan Melayu sangat kaya dengan pelbagai jenis puisi warisan seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan banyak lagi yang semakin jarang digunapakai. Bahagian seterusnya ialah melihat jenis-jenis persembahan serta kesesuaiannya dalam meningkatkan prestasi pengajaran dalam bilik darjah dan dapat menyebar luas  dan menjamin pelestarian puisi.
Kata kunci: Puisi, sajak, pantun, syair, seloka, deklamasi, persembahan puisi.


Semua aspek kehidupan tentu saja melalui perubahan.  Ini termasuklah aspek Bahasa dan Kesusasteraan. Evolusi boleh dilihat dan diperkatakan dari banyak segi antaranya dari sudut Penghasilan karya Sastera yang melibatkan Penulisan dan Penerbitan. Hal ini berkait pula dengan pemasaran dan minat membaca di kalangan warga Malaysia. Kemanakah halatuju dan arah kesusasteraan. Masyarakat juga sering bertanya tentang Tanggungjawab sasterawan dalam pembangunan negara dan masyarakat, Peranan dan Perjuangan penulis dan Persatuan Penulis lebih lebih lagi dalam menghadapi cabaran teknologi alaf baru . Lebih dari itu ialah persoalan tentang kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia pada masakini.

Kertas ini menjurus kepada evolusi dari aspek penyebaran puisi baik di pentas maupun di bilik-bilik darjah. Penyebaran dan persembahan berlaku dengan pelbagai kaedah. Hal ini boleh dijadikan garis panduan untuk digunakan dalam memperkayakan Penyebaran di bilik darjah. Pelbagai inovasi yang boleh dilakukan bagi menepati aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengwujudkan pembelajaran yang menyeronokkan.

 MEMAHAMI DAN MENGHAYATI PUISI
Sebelum mengaplikasi puisi  sudah tentu seseorang perlu meningkat pemahaman dan penghayatan tentang pelbagai sub genre Puisi. Puisi adalah satu cabang daripada kesusasteraan. Perkataan kesusasteraan merujuk kepada  segala pengucapan yang indah-indah untuk  menyampaikan buah fikiran dan meluahkan perasaan dengan menggunakan  bahasa.
Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang  terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk rangkap. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan merasa rentaknya. Contoh bagi kesusasteraan puisi termasuklah Syair, Pantun, Gurindam, Seloka, Mentera, Teromba,  dan puisi moden yang lebih dikenali sebagai Sajak.
Biasanya Prosa mengandungi sesuatu kisah atau cerita manakala  Puisi tidak semestinya ada cerita. Ia lebih kepada menyatakan  pemikiran dan perasaan tentang sesuatu aspek kehidupan.
Mengikut Zaaba, puisi ialah  karangan berangkap yang dipakai untuk melafazkan  fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah. Dengan gambaran yang cantik, perkara yang disampaikan menjadi bertambah menarik kepada orang yang mendengarnya
Zaaba seterusnya menjelaskan bahawa puisi ialah karangan berangkap  yang disusun dengan bahagian yang berkerat-kerat dan di antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh dan bunyinya atau rentaknya atau isinya serta kebanyakannya memakai timbangan dan sukatan yang tertentu, Oleh yang demikian, puisi merangkumi aspek susunan kata, rentak bunyi dan isi.
Muhammad Haji Salleh mengatakan bahawa puisi adalah ciptaan yang indah dari aspek bentuk dan isi. Ia adalah bentuk  sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Bagi Muhammad, puisi akan menjadikan pembaca lebih bijaksana.
 Di bawah ini adalah beberapa definisi atau keterangan mengenai puisi yang sering menjadi rujukan:
“The best words in their best order (Perkataan terbaik dalam susunan terbaik)”. -Samuel Taylor Coleridge
"Puisi adalah pernyataan perasaan yang imaginatif", -William Wordsworth.


"Puisi adalah satu persembahan dalam bentuk perkataan"-. Robert Frost:
"Puisi adalah kritikan terhadap kehidupan di bawah peraturan yang teguh, iaitu kebenaran puitis dan keindahan puitis".- Mathew Arnold
“Puisi membawa makna sebanyak mungkin dalam kata-kata  sedikit mungkin” Ralph Waldo Emerson.
Puisi adalah genre kesusasteraan yang yang paling awal. Manusia telah mula mengucapkan puisi sebelum adanya cerpen, apalagi novel. Puisi yang dimaksudkan itu bukan dalam bentuk tulisan. Tapi dipertuturkan secara oral (dikenali sebagai sastera lisan). Misalnya dalam bentuk pantun yang dinyanyikan oleh kanak-kanak, semasa bermain.  Peribahasa, perumpamaan juga kebanyakannya dalam bentuk puisi.
Pada masa dahulu sebelum adanya percetakan orang ramai akan berkumpul, biasanya pada waktu malam untuk mendengar cerita dari seorang tukang cerita (yang dipanggil penglipur lara). Tukang cerita membaca syair  untuk menyampaikan cerita.
Puisi sebagai karya seni
1.    Mengandungi keindahan dari segi bahasa
2.    Keindahan pada rasa
3.      Keindahan unsur bunyi, rima, aliterasi, asonansi dan sebagainya 
Puisi berbeza daripada Prosa. Perbezaan paling ketara dan mudah dikenali ialah Prosa ditulis berbaris-baris mengikut paragraph atau perenggan manakala Puisi ditulis berangkap-rangkap. Seringkali puisi  ditulis dengan tidak menuruti tatabahasa dan  tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap.  
JENIS JENIS PUISI.

Puisi dibahagikan kepada Puisi Tradisional dan Moden. Pada umumnya puisi tradisional mempunyai bentuk yang terikat. Ia mempunyai skima rima yang   terkawal, misalnya Pantun abab dan Syair aaaa
Puisi tradisional termasuk Pantun, Syair, Gurindam, Seloka, Nazam. Teromba. Walaupun anda bercita-cita menjadi penulis puisi moden, anda  mestilah mengenal puisi tradisional . Memahami pantun dan syair akan membantu dalam menulis puisi moden. 

Pantun:
Ciri utama yang membezakan pantun dengan puisi yang lain ialah ia mempunyai Pembayang dan Maksud. Pantun terdiri dari pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat dan lapan kerat. Namun begitu pantun empat keratlah yang lebih dikenali dan digunakan daripada yang lain. Dalam pantun empat kerat, baris pertama dan kedua ialah Pembayang sementara Baris ketiga dan keempat ialah maksud. Skima rima pantun ialah abab, namun begitu terdapat sedikit-sedikit yang berima aaaa. Serangkap pantun boleh berdiri dengan sendiri kecuali pantun berkait

Syair
Syair terdiri dari Empat baris serangkap dengan Skima rima aaaa. Dalam satu baris terdapat empat perkataan dan mengandungi 8 hingga 12 sukukata. Syair menceritakan tentang sesuatu. Serangkap syair tidak boleh berdiri dengan sendirinya.Syair lazim didendangkan dengan pelbagai irama yang sesuai.
 
GurindamGurindam terbahagi kepada dua jenis iaitu gurindam terikat dan gurindam tidak terikat. Gurindam terikat terdiri dari dua baris serangkap berima di hujungnya. Baris pertama syarat dan baris kedua jawab. Fungsi gurindam  berisi nasihat dan panduan hidup. Misalnya Gurindam Duabelas karangan Raja Ali Haji yang sangat tinggi nilai pengajaran falsafahnya:
Jika anak tidak dilatih
Sudah besar ayahnya lebih
 SELOKA: Seloka ialah puisi yang berunsur jenaka yang digunakan untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan  masyarakat. Antara Seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seloka Pak Kaduk,  Seloka Lebai Malang dan Seloka Pak Kaduk.

TEROMBA:
TEROMBA ialah sejenis bahasa berirama yang terkandung di dalamnya hal hal yang berkaitan dengan undang-undang dan adat istiadat. Puisi ini tidak mempunyai sukukata, skima rima atau jumlah baris yang tetap. Contoh teromba: Yang berat sama dipikul/ yang ringan sama dijinjing.
NAZAM
Nazam ialah puisi yang bertemakan keagamaan seperti menyatakan tentang hukum hakam dan riwayat kehidupan Nabi Muhammad SAW. Ciri penting dalam nazam ialah dimulakan dengan puji-pujian terhadap kebesaran Allah dan Rasul.

Berdasarkan penjelasan di atas Ciri-ciri Puisi Tradisional boleh dirumuskan sebagai berikut: 
PANTUN ada maksud dan  pembayang
SYAIR: ada rima dan tema
GURINDAM: berisi nasihat dan pedoman
SELOKA kritikan berunsur jenaka
NAZAM;  untuk pengajaran agama
TEROMBA menyatakan adat resam dan lembaga.

 
SAJAK ialah puisi moden Puisi Melayu moden atau sajak dikatakan bermula pada tahun 1913 bila Puisi bertajuk “Angan-angan dengan Gurindam’, karangan Omar Mustaffa disiarkan dalam Utusan Melayu, Puisi ini dari segi bentuk dan isinya telah  menyimpang daripada puisi Melayu tradisional – pantun dan syair terutamanya. Dari segi bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional. Dari segi isinya, mengungkapkan persoalan semasa pada waktu itu, iaitu menyuarakan persoalan ekonomi dan politik.CIRI PUISI YANG BAIK.
·         Mengandungi Isi yang baik dan bermanfaat kepada pembaca
·         Merangsang Pemikiran dan Perasaan.
·         Menggunakan perkataan yang ekonomis, iaitu sedikit perkataan memperkatakan banyak perkara.
·         Setiap patah perkataan menjalankan fungsi bagi membawa maksud.
·         Gambaran yang mudah dibayang dan digambarkan
·         Mengandungi perasaan yang mudah menyentuh hati pembaca.

APPLIKASI DAN POTENSI PUISI DALAM DIDIK HIBUR.

Sejak dahulu Puisi Melayu tradisional ialah wadah Pendidikan dan Hiburan. dilagukan semasa mendodoikan anak dan dinyanyikan  oleh anak2 semasa bermain. Irama lagu digunakan untuk tujuan PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN contohnya untuk memudahkan hafalan seperti menghafal nama-nama Allah (AsmulHusna) dan nama nabi-nabi

Syair juga digunakan untuk menyampai pengajaran.  

Syair ini dengarkan olehmu,
Sekalian orang mencari ilmu;
Di dalam kitab banyak yang jemu,
Dikarangkan syair baharu bertemu

PENGLIPUR LARA menguasai  teknik2 seni persembahan, lakonan dan gerak badan, seni bunyi, ritma, lagu dan alat muzik untuk bercerita. Contoh: Tok Selampit, dalang wayang kulit dan Awang Belanga. Contoh cerita penglipur lara ialah Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Terung Pipit. Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai Malang.


EVOLUSI PENYEBARAN DAN PERSEMBAHAN PUISI
ALAF BARU
Persembahan puisi telah berkembang dengan pelbagai cara dan gaya mementaskan puisi. Cara2 ini perlulah diketahui supaya guru-guru dapat mengaplikasinya di bilik darjah.
      Pentomen
·        Deklamasi (termasuk Sayembara)
·        Deklamasi Artistik 
·        Deklamasi dan Lakonan
·        Deklamasi dan Gerak Tari.
·        Lagu Puisi

PENTOMEN: Pentomen merupakan cara persembahan puisi yang terawal. Puisi yang kerap dipentaskan secara Pentomen ialah Ke Makam Bonda karya Usman Awang. Dalam Pentomen, sajak akan dibaca oleh seseorang, mungkin di belakang tabir sambil itu beberapa orang lain akan melakunkan aksi yang disuarakan dalam sajak.
DEKLAMASI PERSEMBAHAN DAN PERTANDINGAN . Puisi juga berkembang melalui deklamasi terutama pertandingan membaca sajak. Sebagai contoh ialah Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan yang telah diadakan di seluruh negara secara sistematis sejak 1982. Sayembara ini mewajibkan peserta membaca puisi yang bertemakan  kecintaan terhadap negara.Sehubungan dengan itu bengkel juga diadakan bagi meningkat. Pembacaan puisi. .
LAKON PUISI. Pertandingan persembahan puisi  atau dikenali dengan Manifestasi Puisi menjadi acara tahunan di beberapa IPT. Di dalam pertandingan ini peserta melakonkan puisi dengan cara masing-masing. Peserta biasanya menggunakan elemen lakon, tarian dan muzik bagi mengangkat maksud yang tersurat dan tersirat  dalam puisi yang dipilih untuk pertandingan.


PERSEMBAHAN PUISI ARTISTIK.
Antara perkembangan yang penting dan menarik pada masa ini ialah Persembahan Peklamasi Artistik yang diterokai oleh Rahman Shaari. Persembahan Puisi Artistik (PPA) ialah  persembahan yang teaterikal. 
Sebagai mini Teater ia melibatkan:
·        Pemilihan Bahan: mengikut tema ,  boleh menjadi cerita
·        Pemilihan Deklamator/ Pelakon
·        Persediaan Pentas / Prop.
·        Tatacahaya
·        Kesan bunyi
·        Tatarias dan busana

Pemilihan bahan atau sajak-sajak hendaklah sajak-sajak deklamatori, iaitu yang mudah dideklamasikan dan mudah  difahami.    Jika sesebuah sajak itu membawa tema yang sesuai dengan maksud persembahan, tetapi penonton sukar memahaminya, maka persembahan akan gagal.
            Tema bermaksud persoalan utama.  Jika kita bersandarkan hari atau bulan tertentu yang disambutkan di Malaysia, kita boleh menyebutkan beberapa tema, iaitu:

a.      Tema kasih sayang  ibu untuk Hari ibu
b.     Tema  semangat patriotik untuk Hari Kemerdekaan
c.      Tema bakti pekerja untuk Hari Pekerja
d.     Tema sambutan hari raya untuk Hari Raya
e.      Tema ibadat puasa untuk Bulan Ramadzan
f.       Tema  martabat bahasa untuk Bulan Bahasa Kebangsaan
Selain itu, muncul pelbagai peristiwa yang menyebabkan satu-satu tema menjadi relevan. Apabila berlaku tragedi tsunami, misalnya, tema penderitaan mangsa tsunami sesuai dikemukakan. Demikian juga dengan peperangan dan penindasan yang berlaku di  sana sini. 
Tema juga boleh dibina tanpa kaitan dengan hari tertentu. Tema boleh dicetuskan atau dicadangkan untuk difikirkan dalam kumpulan.  Misalnya, setelah memikirkan pelbagai perkara, mungkin tema tertentu terpilih, misalnya tema kejujuran, keimanan, keberanian, kepahlawanan, alam sekitar, dan sebagainya. 
     
 
Pemilihan Bahan:Dalam usaha untuk melaksanakan persembahan sastera artistik,  sejumlah karya yang membawa tema yang sama, dan berpotensi untuk disusun, hendaklah didapatkan. Misalnya tema Hari Ibu. Sajak-sajak yang sesuai untuk tema  kasih sayang ibu ialah  “Kuali Hitam” karya Zurinah Hassan, “Sajak kepada Ibu Tunggal” karya Abdulhadi Muhamad, “Terima Kasih, Ibu” karya Mahaya Muhammad Yassin, “Ibuku Si Penoreh Getah” karya Hashim Yaacob dan banyak lagi.  Itu ialah karya-karya yang belum disusun hingga menjadi cerita.   Sajak-sajak itu  perlu disusun dengan rapi agar muncul pada tempat yang sesuai.  Penyusunannya hendaklah berupaya menjadi satu cerita.
Puisi Melayu klasik, iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka,  yang bertema kasih sayang ibu, elok disertakan, jika terdapat ruang untuknya. Petikan itu hendaklah diletakkan pada tempat yang berupaya memunculkan jalan cerita.
Selain sajak, cerpen, skrip drama, dan puisi tradisional, lirik lagu juga akan dapat membantu memperteguh tema.  Lagu “Ibu” nyanyian P. Ramlee mungkin sesuai untuk dijadikan penutup persembahan.

Tatarias dan Busana
                        Tujuan utama tatarias dalam persembahan ialah ke arah kesesuaian  watak dengan tema.
   Sebagai contoh, dalam persembahan yang ada watak mitos atau lagenda yang tidak pasti wajahnya, tatarias tidak meniru wajah sesiapa, tetapi sekadar memikirkan kemungkinan bentuk wajah yang ada dalam mitos atau lagenda itu. Watak Badang atau Puteri Gunung Ledang boleh diimaginasikan dan dijelmakan dalam pelaksanaan tatarias.
   Dalam persembahan sastera, tatarias amat berguna untuk memastikan apresiasi dan pemahaman penonton tiba ke tahap yang tinggi.  Penonton akan mengingati persembahan kerana tatarias yang berkesan.
Busana selalu dibicarakan bersekali  dengan tatarias.  Seseorang deklamator perlu mengambil berat tentang pakaiannya.  Mendeklamasi sajak tentang penderitaan dan kemiskinan diri tentu tidak sesuai berbusana songket dengan barang kemas berkilauan.
LAGU DAN MUZIK.
Aktiviti lagu dan muzik boleh melibatkan:
1.    Pilih sajak yang sesuai untuk dibaca dan dihayati. Murid kemudian diminta  lagu dari puisi menyanyi tanpa muzik atau muzik yang minima.
2.    Mengambil lagu-lagu kegemaran dan tukar senikata, misalnya  cipta   pantun sendiri untuk   menggantikan pantun2 sedia ada, contoh lagu Pantun Budi.
3.    Mendengar lagu2 (lagu popular dan ulas dari segi penggunaan bahasa (betul  atau salah) penggunaan perlambangan, peribahasa dan sebagainya,
4.    Terdapat banyak lagu rakyat atau lagu kanak-kanak yang berunsur nasihat yang membentuk peribadi mulia berperanan untuk membina jatidiri sebagai warga yang berkualiti seperti lagu Lagu Burung Kenek-kenek.
5.     Guru boleh memperdengarkan lagu puisi yang sedia ada atau lagu-lagu rakyat atau seloka seperti
Seloka Pak Kaduk,
Seloka Pandai Pak Pandir
Seloka Mak Si Randang
 Seloka berdasarkan cerita rakyat atau cerita jenaka yang terkenal di dalam sastera Melayu. Pak Kaduk dan Pak Pandir merupakan watak-watak yang ditimpa malang. Nasib malang itu adalah akibat daripada kebodohan mereka sendiri. Mereka telah melakukan perbuatan-perbuatan yang merugikan diri sendiri. Seloka Mak Si Randang (Minangkabau) mengisahkan seorang ibu yang terlalu pemurah dan sanggup memberikan segala yang ada kepada orang lain. 
Seloka mudah dinyanyikan. Ia boleh disampaikan beramai-ramai    dengan alat bunyi yang minima seperti paluan kompang dan rebana.
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

SYAIR
Pada masa ini juga terdapat usaha bagi memartabatkan syair.  Guru boleh memperdengarkan cd syair misalnya untuk mempelajari sejarah seperti yang terdapat dalam Syair Rakis karangan Pangeran  Md Salleh . Pangeran Md Salleh yang juga dipanggil Pengiran Indera Mahkota adalah keluarga Diraja Brunei yang telah dihantar ke Sarawak sebelum pemerintahan Raja Brook.

SYAIR RAKIS (enam rangkap permulaan).
Bismillah itu mula karangan
gurindam bayu nama timangan
kisah rencana dagangan buangan
nestapa lara di gunung larangan

Di gunung larangan asmara guna
menyamar jadi papa kelana
segenap desa pantai saujana
membawa nasib tiada berguna

Membawa nasib untung sendiri
meninggalkan rumah anak isteri
masuk segenap desa dan negeri
seperti orang hendak mencari

Seperti burung lepas tangkapan
terbangnya tiada lagi hinggap hinggapan
bunga dan buah tiada dimakan
daripada bagas kemasygulan

 Pelajar juga boleh diminta mengarang syair dan melagukannya. Misalnya syair sejarah dan nilai murni.
Bismillah itu mula pembuka
Negara ini bebas merdeka
Tanah ini tanah pusaka
Janganlah kita lalai dan leka

Bekerja dengan tekun dan ikhlas
Nescaya Peluang terbentang luas
Jangan sekali bersikap malas
Itulah jalan orang menindas

Wahai anak muda bestari
Baik baik menjaga diri
Ilmu berguna hendaklah cari
Supaya tak sesal kemudian hari
(Zurinah Hassan)

 PUISI GERAK TARIPuisi boleh disampaikan dengan iringan geraktari dan busana yang lengkap untuk menimbulkan kekaguman. Antara aktivis yang tekun mempersembahkan geraktari puisi pada masa ini ialah Shirley Idris. Selain di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, Shirley telah membuat persembahan  di Sabah, Jogjakarta, Padang, dan Brunie.  Mengikut Shirley beliau mendapat tunjuk ajar dari Penyair Lim Swee Tin.

RUMUSAN:
Puisi boleh dipersembahkan dengan pelbagai cara.Aktiviti berpuisi akan memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar . Ia dapat  merangsang  kreativiti dan  kecintaan terhadap puisi dan nilai-nilai murni serta keindahan. Aktivit juga berupaya merapatkan hubungan dengan guru dan kawan-kawan sekelas atau  kawan kawan sekolah. Dengan cara ini mereka terdidik dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat di sekeliling
 Ia menghidupkan suasana santai di kalangan pelajar dan guru yang boleh menghilangkan jurang yang mungkin dirasai selama ini antara mereka. Ini juga bermanfaat bagi membina iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorong pengajaran dan pembelajaran.
 .
Harus diingatkan bahawa pandangan dan saranan-saranan yang disampaikan dalam ucapan ini adalah dari sudut pandangan seorang pengamal sastera yang terlibat secara langsung dalam persembahan puisi. Saranan-saranan ini boleh diperhalusi dan diperkemaskan oleh para guru yang lebih berkelayakan dan terlatih dalam pendidikan.

 
 Bibliografi
Kementerian Pendidiakn Malaysia (2010). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Edisi
Pelancaran PIPP 2006. Diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM

Rahman Shaari, 2008.  Anjung Deklamator, Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications
Zurinah Hassan, 2011. Puisi Melayu Tradisional-Pantun, Syair, Gurindam, Seloka. Pekan Ilmu.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2018/11/evolusi-dunia-bahasa-dan-kesusasteraan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Ajaib Telefon Bimbit Robot Duit

Aplikasi Ajaib Telefon Bimbit Robot Duit

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 619 hits
Hidup Anda Akan Berubah Selepas Anda Muat Turun Aplikasi Ajaib Telefon Bimbit Saya Dan Lihat Akaun Bank Anda Sarat Dengan Duit Lihat bukti KUKUH yang benar benar menunjukkan bagaimana anda boleh menjana duit yang banyak dengan aplikasi tele...
Netflix Memperlihatkan Keupayaan Mengawal Aplikasi Menggunakan Gerakan Mata

Netflix Memperlihatkan Keupayaan Mengawal Aplikasi Menggunakan Gerakan Mata

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 247 hits
Pelbagai syarikat teknologi sering bereksperimen dengan pelbagai teknologi baru Terkini Netflix dilihat memperlihatkan prototaip yang membolehkan pengguna mengawal aplikasi mereka dengan menggunakan gerakan mata Daripada demo ringkas yang d...
Aplikasi Migrate Dilancarkan Memudahkan Pemindahan Fail Antara Custom Rom

Aplikasi Migrate Dilancarkan Memudahkan Pemindahan Fail Antara Custom Rom

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 246 hits
Custom ROM adalah sistem operasi yang dibangunkan dari sumber kod android atau juga ubahsuai dari sesuatu sistem operasi Android Ia popular di kalangan pengguna OnePlus Pixel Nexus Xiaomi atau peranti peranti yang kemaskininya sudah dihenti...
Tangkal Aksi Tipu Tipu Aplikasi Mytelkomsel Bakal Tambah Fitur Keamanan Baru

Tangkal Aksi Tipu Tipu Aplikasi Mytelkomsel Bakal Tambah Fitur Keamanan Baru

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 840 hits
Penipuan marak terjadi bahkan di era digital seperti sekarang ini Telkomsel pun mengakui adanya laporan pelanggan terkait dengan penipuan ini Tak tanggung tanggung penipu menggunakan medium aplikasi MyTelkomsel
Google Menjenamakan Aplikasi Files Go Kepada Hanya Files

Google Menjenamakan Aplikasi Files Go Kepada Hanya Files

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 278 hits
Google hari ini telah mengemaskini aplikasi pengurusan fail dan dokumen mereka Files Go dimana kini aplikasi berkenaan dijenamakan semula sebagai Files by Google Langkah ini mungkin selari dengan langkah Google untuk memperluaskan penggunaa...
Aplikasi Youtube Kini Ditawarkan Untuk Nintendo Switch

Aplikasi Youtube Kini Ditawarkan Untuk Nintendo Switch

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 344 hits
Nintendo Switch merupakan salah satu konsol hibrid yang telah diperkenalkan oleh Nintendo sebelum ini memudahkan pengguna untuk menikmati permainan video secara mudah alih atau dengan menghubungkan ia kepada kaca televisyen Sejak pengenalan...
Blk Lembang Ciptakan Aplikasi Smart Farming Buat Petani

Blk Lembang Ciptakan Aplikasi Smart Farming Buat Petani

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 466 hits
Aplikasi berbasis android ini bisa mempermudah kerja petani karena menggunakan Internet of Things
3 Aplikasi Telefon Pintar Yang Dapat Menghasilkan Wang

3 Aplikasi Telefon Pintar Yang Dapat Menghasilkan Wang

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 559 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Dalam beberapa bulan ini saya telah mencuba pelbagai aplikasi yang digembar gemburkan sebagai aplikasi yang menghasilkan wang Dan dalam kebanyakan aplikasi yang saya cuba dan kaji hanya ada beberapa saha...
Manhajj Aplikasi Untuk Mereka Yang Bakal Menunaikan Umrah

Manhajj Aplikasi Untuk Mereka Yang Bakal Menunaikan Umrah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 554 hits
Belajar Cara Menunaikan Umrah Secara OnlineDi zaman yang serba moden adakalanya tak sempat untuk ke kelas kelas untuk belajar tentang ibadah umrah pada aku aplikasi ini sangat sangat berguna nak nak untuk orang macam aku busy sesaja so bila...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas