3 Aplikasi Telefon Pintar Yang Dapat Menghasilkan Wang
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam beberapa bulan ini, saya telah mencuba pelbagai aplikasi yang digembar-gemburkan sebagai aplikasi yang menghasilkan wang. Dan dalam kebanyakan aplikasi yang saya cuba dan kaji, hanya ada beberapa sahaja yang saya rasa dapat memenuhi kehendak dan keperluan saya pada ketika ini.
Misi pencarian saya memandang beberapa kriteria seperti :
Aplikasi yang mesra pelanggan, mudah digunakan.Mengguna aplikasi semudah ABCTidak terlalu besar kapasitinyaDan tidak mencuri masa saya terlalu banyakKeuntungan atau profit yang munasabah dengan kerja dilakukanYang paling penting, saya selesa dan suka menggunakannya. ( Kena dengan Jiwa ) Saya akan terangkan serba ringkas tentang 3 aplikasi untuk memudahkan anda faham. Dan jika anda tidak faham dengan penerangan dibawah, anda boleh cuba dulu dan kaji sendiri aplikasi dengan cara install dan seterusnya menggunakannya.
1. EyeEm
EyeEm adalah sebuah aplikasi perkongsian gambar atau karya yang mempuyai pemuka seakan-akan Instagram. Jika anda seorang yang biasa dan pengguna tegar Instagram, ini bermakna anda mudah untuk faham bagaimana aplikasi ini berfungsi.
Apa yang membuatkan aplikasi ini berbeza dengan yang lain, adalah, gambar anda boleh dijual melalui partners atau rakan-rakan kongsi EyeEm. Anda akan dapat keuntungan 50% untuk setiap jualan gambar atau karya yang diletakkan dalam EyeEm.
2. Bosst App
Mesti ramai yang terkejut bila saya beritahu, bahawa anda juga boleh buat wang atau menghasilkan wang melalui aplikasi Boost App.
Saya pernah ditanya netizen, adakah melalui "Shake Reward" yang pengguna dapat setelah membuat pembelian dan pembayaran menggunakan aplikasi ini. Hal ini, tidak akan saya sangkal, kerana "Shake Reward" ini juga salah satu penjimatan dan keuntungan yang anda dapat setelah menggunakan aplikasi ini.
Tetapi sebenarnya ada cara lain, dan hal ini banyak saya terangkan dalam blog Boost App Malaysia saya disini -- boostappmalaysia.blogspot.com
3. Dooit
Sebenarnya, aplikasi ini sedang menjadi kegilaan netizen di Malaysia sekarang ini. Ini kerana aplikasi ini akan memberikan anda hadiah berbentuk wang dalam E-Wallet, setelah anda berjaya menjawab kesemua 11 soalan yang diajukan.
Dan apabila wang terkumpul anda sudah mencukupi RM50. Anda sudah boleh mengeluarkan wang anda melalui paypal ke akaun bank anda.
Saya akan terangkan tentang aplikasi ini dalam sebuah entry khas secara terperinci lagi. Tetapi jika anda ingin cuba dan kaji sendiri. Anda boleh menggunakan kod rujukan atau referral code saya seperti ini ketika proses pendaftaran.
Gunakan referral code ini @angahwan semasa signup!
Muatturun aplikasi melalui link dibawah :
iOS:
https://itunes.com/app/id1357148866
Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ovp.system.dooit
SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk
Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blogleadertalk.blogspot.com/2018/11/3-aplikasi-telefon-pintar-yang-dapat.html