Trend Ke Guna Retinol Eh Jap Apa Itu Retinol


K.fiezz sekarang ni duk ralit melayan Tik Tok. Kadang tak sedar sampai sejam lebih tengok Tik Tok. Paling suka tengok video-video Tik Tok yang share pasal misteri bangunan/tempat, penjagaan kulit muka, kesihatan, kesuburan. Sebenarnya banyak lagi. Ini antaranya yang selalu naik kat Tik Tok k.fiezz. Antara yang menarik perhatian k.fiezz adalah penjagaan kulit muka. Banyak orang share pasal penjagaan kulit muka, produk-produk penjagaan kulit yang bagus & banyak tips pasal produk penjagaan kulit muka & k.fiezz tertarik ramai duk share pasal Retinol. K.fiezz ni masa mula-mula dengar 'Retinol?'. Apa ni?Ketinggalan pula pasal benda-benda macam ni. Lepas tu duk layan punya layan ramai pula kongsi yang sama iaitu pasal retinol ni. Mula lah sifat nak tahu apa benda retinol ni?Seriusly memang k.fiezz tak tahu apa benda lah retinol ni, hah. Bila duk tengok video-video orang share kat Tik Tok, baru lah tahu apa itu retinol?Untuk kulit rupanya. Eh jap, apa pula fungsi retinol untuk kulit ni?Penting ke dalam penjagaan kulit?'. Banyak pula persoalan pasal retinol ni. 
Bila dah asyik lalu lalang naik pasal retinol ni?Baru k.fiezz tahu apa itu retinol?Korang ada yang dah tahu ke atau belum tahu lagi?Kalau yang belum tahu, jom k.fiezz kongsi sikit apa yang k.fiezz faham & fungsi retinol untuk kulit. 
APA ITU RETINOLRetinol ni antara bahan aktif yang di ekstrak dari vitamin A yang banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit muka & sesuai untuk semua jenis kulit. Antara fungsi retinol untuk kulit seperti merawat jerawat, memperbaiki kulit, mencegah tanda penuaan (garis halus di muka, kedutan, kulit kasar) dan menjadikan kulit bersih. Ada antara testimoni yang berkongsi hasil penggunaan retinol ni, muka nampak licin giler weiii berbanding sebelum muka ada kesan parut-parut jerawat,kedutan, garis halus. Berkenan pula k.fiezz tengok hasilnya tu tapi seperti biasa dah nama blogger kan sebelum beli tu nak tahu dulu apa fungsi retinol ni, apa kesan dia. Lepas tu untuk yang ttc (trying to conceive) macam k.fiezz ni sesuai ke tak pakai. Tak apa,nanti kat bawah ni k.fiezz beritahu sesuai ke tak, hokay?
Berbalik pasal retinol  ni, dia sesuai untuk semua jenis kulit tetapi hati-hati bila gunakan sebab retinol boleh sebabkan iritasi (kulit jadi merah, mengelupas & menimbulkan ketidakselesaan) terutama untuk yang berkulit sensitif. 
Jadi nak guna retinol ni ada caranya terutama yang berkulit sensitif. Check it out di bawah. 
Penting ke Retinol Untuk Penjagaan Kulit Muka?Sebelum tu, kalau ada yang bertanya penting sangat ke yang menitik beratkan penjagaan kulit muka & juga yang dah menginjak umur 30 ke atas untuk guna retinol ni dalam langkah penjagaan muka harian kita. Jawapannya - sangat digalakkan. Seeloknya retinol boleh mula di pakai sebaik sahaja umur mencecah 25 tahun ke atas untuk mencegah tanda-tanda penuaan dari awal dan merawat masalah-masalah kulit seperti di atas. Kesan pengabaian penjagaan kulit muka ni, boleh nampak bila kita dah berusia. Masa umur muda remaja, 20an tak nampak lagi. Tunggu dah cecah 30. Hah, amikkk ko jangan terkejut tengok muka sendiri. haha. Itu lah kesan malas nak jaga dari awal. Jadi seeloknya memang disarankan masuk saja umur 25 tahun ke atas, dah boleh mula guna produk penjagaan kulit yang mengandungi retinol ni. Apa fungsi Retinol Untuk Kulit Muka kita?Fungsi-fungsi Retinol untuk kulit muka - Buang sel kulit matiMeningkatkan produksi kolagen Mengurangkan kedutan, garis-garis halus & bintik/parut hitamMembantu bersihkan pori tersumbat dari kotoran, sisa mekap yang menjadi punca jerawatMengecilkan poriMemudarkan pigmentasi yang menjadikan warna kulit tak sekata. Retinol boleh membantu hentikan proses pigmentasi ini yang disebabkan terdedah pada cahaya matahari. Antioksidan Merawat jerawat (memastikan pori-pori sentiasa bersih dari segala kotoran, minyak & sisa mekap) sekaligus mengelakkan dari terjadinya jerawat.
Atas ni hasil penggunaan retinol. Superb kan hasil dia. Nampak perbezaa dalam masa sebulan. Kulit lagi firm & flawless. Sumber Gambar - FB Dr NazeliaCara Guna RetinolDah tahu fungsi retinol, kena lah tahu cara guna retinol ni pula. Dari perkongsian video-video yang k.fiezz jumpa di Tik Tok, nak guna retinol ni ada cara dia & yang penting korang memang amalkan langkah penjagaan kulit muka harian. Sebab nak guna retinol ni, korang kena pakai juga dengan item lain seperti moisturizer. Jadi kalau korang memang buat langkah penjagaan kulit harian tu, tak ada masalah korang ikut langkah-langkah dia.  
Kesan pemakaian retinol ni menyebabkan iritasi, kulit merah & mengelupas sebab untuk permulaan ada yang akan dapat kesan macamni sebelum dapat hasilnya. Dia bergantung pada jenis kulit masing-masing.  Tapi jangan risau, macam k.fiezz cakap di atas ni, ada cara nak guna retinol ni terutama yang dalam kategori kulit sensitif. Bawah ini cara guna retinol. 5 Cara Untuk Guna Retinol Guna pada kulit yang betul-betul keringGuna dengan langkah moisture sandwich (maksudnya pakai moisturizer dahulu, diikuti retinol & kemudian baru sapu semula moisturizer). **Pastikan pemakaian moisturizer yang pertama betul-betul kering, baru pakai retinol. Lapisan moisturizer ini tak akan kurangkan fungsi retinol tetapi meningkatkan kesesuaian kulit untuk terima kandungan retinol. Guna sikit sahaja (di hujung jari) kemudian ratakan keseluruhan muka.Jangan guna di waktu pagi. Sebaiknya guna pada waktu malam. **Sekiranya nak guna retinol di waktu pagi/siang, pastikan pakai moisturizer & sunscreen.  Jangan gabungkan retinol dengan skincare lain yang mengandungi bahan aktif seperti glycolic acid sebab gabungan dua-dua bahan yang bersifat exfoliating ni boleh menjadikan kulit merah & mengelupas. Jangan guna setiap hari (guna 2-3x seminggu)Untuk korang yang nak guna retinol, pastikan korang wajib lengkap rutin penjagaan kulit muka harian  dari cleanser - toner - serum - moisturizer - sunscreen. Kalau rutin korang yang ni lengkap, baru lah korang boleh guna produk yang mengandungi retinol ni. Sebab secara logiknya, kalau korang rajin buat langkah penjagaan muka ni, maka rajin lah korang nak selitkan penggunaan retinol ni sekali. Lagipun bila kita menjaga kulit mengikut langkah penjagaan yang betul, kulit kita dalam keadaan yang sihat dan boleh menerima pertambahan fungsi retinol.
TTC (Trying To Conceive) / Preggy Boleh Guna Tak RETINOL?Boleh tak guna retinol ni untuk yang tengah TTC macam k.fiezz atau yang tengah mengandung?Lepas buat kajian. Ewah kajian bagai. Tak lah kajian. Dari info-info yang k.fiezz jumpa di Tik Tok juga, bagi TTC & ibu mengandung, jawapannya tak boleh tak boleh sebab takut menganggu kandungan dalam rahim ibu. Aiyakkkk..Baru sis berangan nak kulit licin, bersih tapi sebab nak baby terpaksa KIV dulu lah nampaknya. Tapi tapi k.fiezz ada terjumpa, boleh guna retinol alternatif iaitu produk yang mengandungi retinol dengan kuantiti dan sumber bahan-bahan lebih selamat untuk digunakan bagi mereka yang dalam 2 kategori ni.   Produk RETINOL ALTERNATIF?Peptides - The Inkey List Peptide Moisturizer- The Inkey List Hepta Peptide Serum- Cos De Baha M.A Peptide SerumBakuchiol- The Inkey List Bakuchiol- Herbivore Bakuchiol
Resveratrol -Essens Oryzalac Skin Activating Serum\- TO Resveratrol 3% + Ferulic Acid 3%
Conzyme Q10- The Inkey List Q10- Nivea Q10 Power Night Cream- Cosmoderm Gentle Q10Nak Cuba Ke Tidak RETINOL?K.fiezz ada cari beberapa item Retinol Alternatif dalam senarai atas ni kat Mr Google. Ada jumpa 1-2 brand.  Salah satu brand yang k.fiezz jumpa iaitu The Inkey List Bakuchiola. K.fiezz baca di bahagian description memang ada dinyatakan boleh diguna oleh ibu mengandung. Nak beli ke tidak ni?Harga RM50 untuk 30ml. Hat ni K.fiezz jumpa di website Sephora. Gatai pi cari. Hah, dah jumpa, berbelah bagi pula. Ishhh k.fiezz ni. Tak apa lah nanti k.fiezz fikirkan nak beli ke tidak. hehe.Kat Tik Tok sekarang, yang paling top Retinol The Ordinary.  Ada juga retinol dari jenama lain iaitu Olay Retinol (bekas warna purple atau biru. tak ingat yang mana satu), korang boleh cuba cari. Jadi untuk korang nak kulit cantik, sihat, bersih dari segala jerawat, parut jerawat, jeragat, kedutan, garis-garis halus, senang cerita nak nampak awet muda boleh masukkan retinol dalam langkah penjagaan kulit harian masing-masing. 
SELAMAT BER 'RETINOL UOLLS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/06/Trend-Ke-Guna-Retinol-Eh-Jap-Apa-Itu-Retinol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Lukisan Kreatif Hanya Guna Kaedah Jari Sahaja Ikut Step By Step Ini

Idea Lukisan Kreatif Hanya Guna Kaedah Jari Sahaja Ikut Step By Step Ini

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 519 hits
Pernahkah anda terfikir mengapa seni dan kraf seperti mewarna dan melukis adalah penting untuk perkembangan kanak kanak Malah menurut pakar untuk kanak kanak pada usia 3 hingga 8 tahun aktiviti sebegini adalah penting dalam membantu aspek t...
Sindiket Guna Surat Rentas Negeri Palsu Tumpas 6 Diberkas Bawa Dadah Rm7 2 Juta

Sindiket Guna Surat Rentas Negeri Palsu Tumpas 6 Diberkas Bawa Dadah Rm7 2 Juta

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 235 hits
Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata siasatan awal mendapati sindiket berkenaan aktif dalam pengedaran dadah rentas negara sejak tiga bulan lepas MELAKA Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan surat kebena...
Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja

Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 466 hits
Ikan talapia adalah sejenis ikan talapia yang kami satu keluarga suka makan Isinya pejal dan banyak serta tiada tulang tulang kecil yang boleh menyebabkan tercekik dan menyukarkan untuk di makan Antara resepi yang aku suka buat adalah ikan ...
Bibir Merah Semula Jadi Guna Buah Beet Sumpah Menjadi

Bibir Merah Semula Jadi Guna Buah Beet Sumpah Menjadi

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 256 hits
Sebenarnya terdapat pelbagai petua untuk mendapatkan bibir merah semulajadi Kita biasa mendengar strawberi masker gula perang tomato madu tapi ada di antaranya masih tidak menjadi Pernah dengar tentang buah beet Atau kita biasa memanggilnya...
Kota Bharu Buruh Didakwa Pukul Isteri Guna Kayu Hoki

Kota Bharu Buruh Didakwa Pukul Isteri Guna Kayu Hoki

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 357 hits
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencedera dan memukul isterinya dengan sengaja menggunakan sebatang kayu hoki minggu lalu Tertuduh Che Ali Ariffin 57 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pert...
Resepi Biskut Mazola Hanya Guna 4 Bahan Confirm Jadi Sedap

Resepi Biskut Mazola Hanya Guna 4 Bahan Confirm Jadi Sedap

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 457 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteta Biskut mazola ni antara biskut lagend jugak Bila tengah tengah buat biskut mazola ni teringat pulak dekat abah Roslee dia memang sukakan biskut mazola Begitu juga salah satu favourite CCL Mudah sangat nak...
Apa Punya Zalim Masa Kau Ndak Bawa Menikah Masa Tak Ndak Kau Guna Wassap Ja Cerai Kau Memang Tak Guna La Lebai

Apa Punya Zalim Masa Kau Ndak Bawa Menikah Masa Tak Ndak Kau Guna Wassap Ja Cerai Kau Memang Tak Guna La Lebai

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 557 hits
Panas Pemimpin Ulamak PAS didakwa ceraikan isteri guna aplikasi whatsapp June 4 2021 Ketua Dewan Muslimat Pas Ustazah Nuridah Salleh diminta mengesahkan apakah benar cerita seorang pemimpin kanan Pas telah berkahwin seorang lagi di sebuah m...
Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap Masak Guna Dapur Gas Je

Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap Masak Guna Dapur Gas Je

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 374 hits
Sedapnya Kek Pandan Kampung perkongsian saudari Azrina Rina ni Sesuai sangat dicuba oleh anda yang suka makan kek yang mudah dan ringkas cara pembuatannya Tak ada ketuhar di rumah Ha sesuai sangatlah cuba resipi ini kerana ia tidak memerluk...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation