Apec Pastikan Pergerakan Lancar Barangan Penting Kata Muhyiddin


BernamaPerdana Menteri dan Pengerusi Apec 2020 pada majlis perisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur dan penyerahan jawatan pengerusi Apec kepada New Zealand sempena mesyuarat pemimpin ekonominya malam tadi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) berikrar untuk tidak berpatah balik kebelakang dan menggunakan langkah perlindungan perdagangan dengan mengekalkan pasaran dan sempadan terbuka, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Apec 2020 itu berkata, ini termasuk memastikan pergerakan lancar rentas sempadan barangan penting seperti makanan, ubat-ubatan dan bekalan perubatan serta barangan keperluan lain semasa pandemik Covid-19 bagi memastikan rantaian bekalan tanpa halangan di rantau ini.
“Keutamaan segera Apec adalah bagi memastikan kesediaan institusi penjagaan kesihatan dan perubatan untuk menyediakan rawatan kritikal serta menguruskan dasar kesihatan awam untuk membendung penularan Covid-19.
“Dari perspektif ekonomi, impaknya adalah sangat teruk, dengan banyak syarikat dan perniagaan berdepan masalah, malahan ditutup.
“Selain itu rantau ini juga menyaksikan kadar kehilangan pekerjaan yang amat besar,” kata Muhyiddin pada sidang media maya di luar acara mesyuarat pemimpin ekonomi Apec di sini, malam tadi.
Beliau berkata, tanggungjawab Apec pada tahun ini memberi tumpuan kepada kepentingan pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.
“Tidak kurang pentingnya ialah mempercepatkan kerja membangunkan vaksin Covid-19 dan menjadikannya produk awam global, yang boleh didapati dan mampu milik kepada semua, iaitu vaksin yang multilateral,” katanya.
Muhyiddin berkata, skala impak yang besar daripada pandemik terhadap ekonomi Apec boleh menyebabkan pertumbuhan serantau merosot sebanyak 2.7% pada 2020, berbanding pertumbuhan 3.6% pada 2019, menjadikannya penurunan paling ketara sejak kadar pertumbuhan hampir sifar dicatatkan pada 2009 semasa krisis kewangan global.
Bagi vaksin Covid-19 katanya, semua pemimpin Apec menyatakan komitmen untuk bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain bagi akses yang saksama kepada vaksin.
Gesaan penting kepada tindakan ialah deklarasi mengenai memudahcara pergerakan barangan keperluan di Apec yang dipelopori oleh Malaysia, katanya.
“Deklarasi ini bertujuan memastikan barangan perlu dapat melalui sempadan tanpa kekangan membabitkan langkah perdagangan yang tidak adil.
“Pengisytiharan ini akan membawa kepada aliran perdagangan dan pelaburan yang lebih kondusif dalam kalangan ekonomi Apec menerusi sistem perdagangan terbuka, cemerlang, telus serta mampan,” kata beliau.
Perdana menteri berkata, pemimpin APEC turut mengakui keperluan kritikal golongan yang paling teruk terjejas akibat pandemik tersebut serta kepentingan untuk memperkasa sektor ekonomi.
“Kita juga menyambut baik sumbangan sumber tambahan di serata Apec bagi menangani pandemik itu serta menyokong pekerja dan sektor terbabit menerusi proses pemulihan ekonomi,” katanya.
Muhyiddin turut menyifatkan mesyuarat Apec 2020 yang berlangsung di Kuala Lumpur sebagai titik penting bagi organisasi itu dalam usaha untuk bergerak melangkaui agenda Matlamat Bogor.
Tema mesyuarat Apec 2020 iaitu “Mengoptimumkan Potensi Insan Ke Arah Masa Depan Kemakmuran Bersama” juga berperanan sebagai panduan bagi pembangunan serta pelaksanaan dasar utama.
“Ini akan bergerak lebih jauh daripada Matlamat Bogor yang hanya menumpukan perdagangan dan pelaburan,” kata beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/apec-pastikan-pergerakan-lancar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dapat Sokongan Popular Tetapi Ppbm Kurang Tarikan Pengundi Kata Penganalisis

Muhyiddin Dapat Sokongan Popular Tetapi Ppbm Kurang Tarikan Pengundi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 243 hits
Ahli PPBM pada konvensyen parti tahun lalu Satu tinjauan pendapat menunjukkan Muhyiddin Yassin popular dalam kalangan pengundi tetapi partinya kurang mendapat sokongan PETALING JAYA Dua saintis politik bersetuju dengan satu tinjauan yang me...
Saya Tolak Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Kerana Ada Penjenayah Umno Kata Dr Mahathir

Saya Tolak Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Kerana Ada Penjenayah Umno Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 428 hits
Saya tolak kerjasama semula dengan Muhyiddin kerana ada penjenayah Umno kata Dr Mahathir Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterb
Sambut Dengan Meriah Tapi Patuhi Jarak Fizikal Kata Muhyiddin Dalam Perutusan Sempena Deepavali

Sambut Dengan Meriah Tapi Patuhi Jarak Fizikal Kata Muhyiddin Dalam Perutusan Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 408 hits
November 13 2020 8 35 PMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata seluruh masyarakat perlu bersama sama menghormati dan menghargai kepelbagaian yang wujud di negara ini KUALA LUMPUR Muhyiddin Yassin berharap dalam mematuhi prosedur operasi s...
Apa Pilihan Muhyiddin Setelah Dapat Kata Dua Najib

Apa Pilihan Muhyiddin Setelah Dapat Kata Dua Najib

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 371 hits
ZANIRUN BABAApa pilihan Muhyiddin setelah dapat kata dua dari Najib dan BN 1 Selamat diri malu menjadi PM pertama dalam sejarah terpaksa pinda bajet yang dirangka olehnya tetapi ambil resiko kehilangan jawatan kerana gagal dapat undi yang c...
Bersatu Minta Muhyiddin Bubar Parlimen Tapi Mkn Nasihat Darurat Kata Sumber

Bersatu Minta Muhyiddin Bubar Parlimen Tapi Mkn Nasihat Darurat Kata Sumber

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 479 hits
BERSATU bulan lepas sudah memberi mandat kepada Muhyiddin Yassin untuk membubarkan Parlimen sehinggalah Majlis Keselamatan Negara menasihati sebaliknya dan mencadangkan perintah darurat untuk menangguhkan pilihan raya kata beberapa sumber M...
Saya Tersentuh Kata Muhyiddin

Saya Tersentuh Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 518 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata dia tersentuh dengan pendirian ahli ahli parlimen yang menyokong meluluskan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar Alhamdulillah saya bersyukur kerana Belanjawan 2021 telah pun diluluskan oleh Dewan Ra...
Muhyiddin Pm Pilihan Kata Tinjauan

Muhyiddin Pm Pilihan Kata Tinjauan

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 365 hits
Muhyiddin PM pilihan kata tinjauan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Nov 2020 11 55PM
3 Keutamaan Apec Muhyiddin

3 Keutamaan Apec Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 175 hits
3 KEUTAMAAN APEC MUHYIDDIN KUALA LUMPUR 191120 Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tiga keutamaan untuk dijadikan panduan oleh negara anggota gagasan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dalam menuju ke hadapan khususnya ketika dunia sedang ber...
Pertahan Jasa Jasa Sekarang Mungkin Bukan Macam Jasa Dulu Kata Annuar Musa

Pertahan Jasa Jasa Sekarang Mungkin Bukan Macam Jasa Dulu Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 562 hits
Peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas yang dihidupkan semula oleh kerajaan Perikatan Nsional tidak bermaksud agensi itu akan berfungsi sama seperti apa yang ada semasa zaman BN dulu Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata perkara itu tid...
Barisan Nasional Yakin Dapat Rampas Kembali Sabah Berdasarkan 45 Kerusi Yang Ditandingi Dalam Pilihan Raya Negeri Ke 17

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum

Kecik Kecik Tapi Bau Power

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Intraocular Lens Iol Surgery Mata Kiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Medical Card

Jbl Grip Baru Sahaja Tiba Direka Untuk Bergerak Dibina Untuk Bunyi Hebat

Bawang Goreng

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup

Sampah Di Birmingham Krisis Pengurusan Dan Solusi Yang Diperlukan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan