Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Wakaf Sedekah Hibah Dan Zakat


Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Wakaf, Sedekah, Hibah Dan Zakat | Syukur alhamdulillah, masih lagi diberi kebebasan menghirup udara segar dengan nafas yang dipinjamkan olehNYA. Terima kasih Allah untuk  setiap aliran nafas yang dikurniakan buat hambaMU ini. Ok sahabat sekalian, pagini KakYa nak kongsikan sedikit perkongsian ilmu yang KakYa dapat, buat pembaca setia blog KakYa.  Jom kita kongsi ilmu dulu pagi pagi ni. Semoga perkongsian ilmu ini dapat kita manfaatkan bersama. InsyaAllah aamin aamin Ya Allah Ya Mujib. 

Apakah Makna Wakaf, Sedekah, Hibah Dan Zakat Sepertimana yang kita tahu, ajaran islam menganjurkan pelbagai cara untuk kita sama sama membantu sesama insan. Dengan membantu kita bukan saja dapat meringankan beban tapi  mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Sebelum kita pergi lebih jauh apakata kita belajar dulu apa itu wakaf, sedekah, hibah dan zakat.

WakafWAKAF: Berasal daripada perkataan arab waqafa yang membawa maksud berhenti menegah dan menahan. Manakala menurut istilah, wakaf ialah apa-apa harta yang menahan pewakaf daripada sebarang urusan jual beli. Wakaf juga disebut sebagai sedekah jariah.

Sedekah SEDEKAH: Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah swt.(Rujuk Al-Ta’rifat-1/132). Definisi sedekah sebagai apa yang kita berikan kerana Allah SWT kepada golongan fakir yang memerlukan.

Hibah HIBAH: Suatu pemberian seseorang kepada orang lain atau pihak tertentu dan pembahagian hibah tersebut dilakukan di saat pemberi masih hidup. Pemberian hibah tersebut dilakukan oleh pemilik harta sesuai dengan keinginan dan tidak menimbulkan protes dari keluarga yang tidak mendapat hibah. Pemilik harta atau kekayaan berhak memberikan kekayaan kepada siapa pun sekali pun tidak ada pertalian darah di antara pemberi hibah dengan yang diberi hibah

Zakat ZAKAT: Sejumlah harta yang wajib dikeluarkan oleh umat islam untuk diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Misalnya fakir miskin sesuai dengan ketentuan syariat islam.Sedangkan dari segi bahasa pertain zakat adalah bersih, suci, subur, berkat dan berkembang

Perbezaan Antara Wakaf, Sedekah, Hibah Dan Zakat Dalam ajaran Islam beberapa istilah yang berbeza diketahui ketika membincangkan bantuan material. Antara lain, seperti istilah wakaf, sedekah, hibah dan zakat. Setiap istilah ini mempunyai makna yang berbeza. Agar kita  tidak salah memahami, KakYa kongsikan kat sini perbezaan persefahaman antara wakaf, sedekah, hibah dan zakat. Berikut di senaraikan perbezaan antara wakaf, sedekah, hibah dan zakat. 
- Wakaf adalah amalan menyerahkan harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk kegunaan umum masyarakat dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan syarat syarat berikut;

▪ Harta yang diwakafkan hendaklah dalam bentuk kekal sifatnya.
▪  Harta yang diwakafkan tidak boleh dijual, diwarisi, ditarik balik dan diwasiatkan kerana ia menjadi milik Allah buat selama lamanya.
▪ Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan mengalir dan boleh diambil manfaatnya.
▪ Para 'fuqaha' berpendapat bahawa wakaf adalah satu satunya sedekah yang berbentuk jariah (berkekalan) kerana konsep wakaf adalah berkekalan sifatnya.

- Sedekah adalah amalan menyerahkan apa apa bentuk harta benda kepada golongan fakir, miskin, anak yatim atau orang yang berhajat dengan ikhlas kerana Allah SWT tanpa mengharapkan balasan. Pemberi sedekah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

▪ Boleh dilakukakan dalam apa jua bentuk harta seperti harta yang kekal, wang, pakaian, barangan dan makanan.
▪Dalil Al Quran yang menggalakkan amalan sedekah adalah seperti berikut;

"Dan yang dikatakan berbuat baik adalah orang yang memberikan harta yang dicintai kepada saudaranya yang miskin, anak anak yatim, oramg miskin, ibnu sabil dan orang yang berhajat"
(Surah Al Baqarah : Ayat 177)

- Hibah adalah memberikan sesuatu kepada seseorang secara langsung sebagai penghargaan kepada orang yang menerimanya atau sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

▪Boleh dilakukan dalam apa jua bentuk harta asalkan bukan benda yang bercanggah dengan hukum syarak.
▪ Asas dalil amalan hibah adalah seperti berikut;

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya; Barangsiapa diberikan kebaikan oleh saudaranya dengan tidak berlebih lebihan dan bukan kerana ia minta, maka terimalah dan janganlah ditolak kerana sesungguhnya kebaikan tersebut merupakan rezeki yang Allah berikan kepadanya ( Riwayat Ahmad) 

- Zakat adalah satu kewajipan mengeluarkan harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf asnaf yang ditetapkan dengan kadar tertentu yang merupakan salah satu daripada Rukun Islam.

▪ Kelebihan kewajipan berzakat ialah dapat mensucikan diri daripada sifat bakhil dan tamak dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

▪ Berzakat dapat menyuburkan harta pembayarnya di samping dapat memastikan harta tersebut bersih dari hak orang lain.

▪ Dalil wajib membayar zakat adalah seperti berikut;

"Dan dirikanlah kamu akan solat serta zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat" (Surah An Nur Ayat 56).

Itu sahaja perkongsian ilmu untuk pagi ini. Alhamdulillah mudah mudahan dengan perkongsian ini, kita semua akan lebih memahami bab wakaf, sedekah, hibah dan juga zakat. Kita jumpa lagi dalam perkongsian ilmu akan datang. Terima kasih kerana sudi singgah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/07/apakah-yang-di-maksudkan-dengan-wakaf-sedekah-hibah-dan-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Makna Sedekah Alfatihah Bila Mendengar Kematian

Apakah Makna Sedekah Alfatihah Bila Mendengar Kematian

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 300 hits
Apakah Makna Sedekah AlFatihah Bila Mendengar Kematian Sedekah ialah memberikan sesuatu yang sudah kita miliki adapun pahala bacaan Al Fatihah belum tentu dimiliki oleh kita kerana boleh jadi saja ianya ditolak oleh Allah SWT kerana tidak i...
Hukum Sedekah Bacaan Quran Yang Tidak Ikhlas

Hukum Sedekah Bacaan Quran Yang Tidak Ikhlas

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 293 hits
Apakah hukum bacaan quran tidak ikhlas kepada orang mati Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Jika seorang yang ziarah kubur dan membaca ayat Qura...
Buat Sedekah Jariah Lelaki Belanja Minyak Percuma Untuk 200 Motosikal

Buat Sedekah Jariah Lelaki Belanja Minyak Percuma Untuk 200 Motosikal

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 198 hits
Seorang pemilik butik pakaian Nor Hamidi Mohd Nazir tampil meringankan beban dengan memberi minyak petrol secara percuma kepada orang ramai di stesen minyak Petron Kok Lanas Kota Bharu semalam Lebih dipanggil Abe Mat sebanyak 200 kupon dibe...
Warga Asing Belum Boleh Masuk Masjid Lelaki Bangladesh Ini Minta Tolong Guru Tahfiz Sedekah Rm5 Untuk Tabung Masjid

Warga Asing Belum Boleh Masuk Masjid Lelaki Bangladesh Ini Minta Tolong Guru Tahfiz Sedekah Rm5 Untuk Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 247 hits
Sebagai insan yang dilahirkan dalam Islam dan negara yang aman kadang kita terleka dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada kita sebagai ummat di muka bumi ini Kekadang kita hampir terlupa untuk bersedekah Ya sikap selalu bersedekah ini patu...
Apa Itu Sedekah Subuh Dan Cara Melaksanakannya

Apa Itu Sedekah Subuh Dan Cara Melaksanakannya

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 318 hits
Apa itu sedekah subuh dan cara melaksanakannya semakin banyak kita membaca semakin rasa diri ni terlalu kerdil sehinggakan kita tak tau tentang sedekah subuh The post appeared first on
Teknik Peminta Sedekah Buat Luka Palsu

Teknik Peminta Sedekah Buat Luka Palsu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 249 hits
Dalam filem atau drama kita akan lihat banyak kesan kesan makeup yang unik dan menarik contohnya macam kesan luka lebam kena pukul pucat dan sebagainya Kadang kadang luka tersebut nampak macam sangat real dan berjaya memperdayakan mata kita...
Menjaga Hubungan Pertemanan Dengan Cara Mendukung Bisnis Ingat Jualan Teman Itu Bukan Sedekah

Menjaga Hubungan Pertemanan Dengan Cara Mendukung Bisnis Ingat Jualan Teman Itu Bukan Sedekah

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 247 hits
Bedakan yang namanya bisnis sama sedekah temenmu itu cari duit bukan malah mau bagi bagi gratisan Pada ngertiin dong
Hiburan Tak Perlu Bayar Sewa Rumah Baru Selama Setahun Rezeki To Ki Hasil Bantuan Pusat Zakat Maiwp

Hiburan Tak Perlu Bayar Sewa Rumah Baru Selama Setahun Rezeki To Ki Hasil Bantuan Pusat Zakat Maiwp

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 446 hits
Seteleh bergelut dengan beberapa kontroversi membabitkan anak anak dan rumah tangga kini hidup To ki lebih terurus apabila dia telah menerima sebuah rumah kediaman baru untuk dia dan isterinya Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ustaz A...
Zakat Selangor Belanja Rm60 Juta Biaya Rawatan Dialisis Asnaf

Zakat Selangor Belanja Rm60 Juta Biaya Rawatan Dialisis Asnaf

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 302 hits
SHAH ALAM 21 JULAI Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM60 juta tahun ini bagi membiayai rawatan dialisis pesakit asnaf kata ketua pegawai eksekutifnya Saipolyazan Mat Yusop berkata seramai 2 498 pesakit asnaf fakir miskin mualaf dan gha...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof