Ulasan Filem Gayong Dari Derita Penjajahan Ke Lahirnya Sebuah Legasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Filem Gayong (2025) ialah sebuah filem aksi drama biografi Malaysia 2025, mengenai kisah pengasas Silat Gayong dari Perak, Datuk Meor Abdul Rahman. Filem diarahkan oleh Faisal Ishak. Ia dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mei 2025 manakal di Netflix adalah pada 31 Oktober 2025. 

FILEM GAYONG  (2025)
Pengarah : Faisal IshakPenulis : Naza ManasCerita oleh: Eric OngPenerbit : Eric Ong, Ihandy, Djohan Kasim, Edy Chandra, Mulia Hartono, Henson Max Widjaja, Gary Du, Amzheng Ahmad (penyelaras), Khairul Anuar Latip (eksekutif)Sinematografi : Harris Hue AbdullahPenyunting : Hafeez Mohd NoorMuzik : Leonard YeapSyarikat penerbitan : SOL PicturesEdaran : Empire Film SolutionTarikh tayangan : 8 Mei 2025 (Malaysia)22 Mei 2025 (Singapura)31 Oktober 2025 (Netflix)Bajet : RM 7 jutaPecah panggung : RM 4.11 juta
BARISAN PELAKON FILEM GAYONG (2025)Beto Kusyairy sebagai Meor Abdul Rahman, pengamal Silat dari Taiping, Perak berhijrah ke Singapura untuk bekerjaNabila Huda sebagai Che Som, isteri kepada MeorSyafie Naswip sebagai Mat, adik Che Som, adik ipar kepada MeorYayan Ruhian sebagai Wak Kusang, pendekar Pulau Sudong (beliau bertindak sebagai koreografi seni Silat dan aksi)Eric Chen sebagai Master Chan, pengajar seni bela diri kungfuHiromitsu Takeda sebagai Yamada, Pegawai tentera JepunShannon Wiratchai sebagai Worawut, pemain Tomoi dari ThailandEbby Saiful sebagai Panglima MerahNasir Jani sebagai Penghulu HaronWan Raja sebagai TalibAnas Ridzuan sebagai Yunos
SINOPSIS FILEM GAYONG (2025)
Gayong mengisahkan perjalanan hidup Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, yang tidak hanya mempertahankan maruah bangsa di gelanggang persilatan, tetapi juga bangkit mempertahankan tanah air ketika negara diancam oleh penjajah. Bermula dari zaman British lewat 1930-an, beliau berhijrah ke Singapura untuk merantau kemudian bekerja sebagai mekanik dalam tentera British Singapura, diikuti zaman penjajahan Jepun ketika pada masa sama, beliau perkembangkan Silat Gayong kepada luar sana meskipun pelbagai cabaran



ULASAN FILEM GAYONG (2025)Baru-baru ini aku membuka aplikasi Netflix, dan kemudian terlihat sebuah filem yang baru muncul iaitu filem Gayong. Filem apakah ini? Sebenarnya aku tak menyedari bahawa filem ini telah ditayangkan di pawagam sebelum ini. Mungkin aku yang tidak peka atau sebagainya. Peluang dan ruang yang aku ada ini, aku gunakan untuk menonton filem ini. Jadi, terimalah ulasan filem ini. 

Jalan cerita filem ini mudah untuk diikuti, selaras dengan format filem biografi. Plotnya berkembang secara kronologi, membuatkan penonton dapat menjangka arah penceritaan berdasarkan latar zaman dan peristiwa sejarah yang berlaku. Filem ini juga berfungsi sebagai pengenalan buat penonton yang belum mengenali pengasas Silat Gayong, sekali gus membawa mereka menyelami perjalanan hidup tokoh tersebut dari sudut yang lebih peribadi dan emosional

Penyusunan babak dilakukan dengan kemas. Peralihan latar seperti penghijrahan dari Taiping ke Singapura, fasa membina keluarga di sana, sehinggalah detik getir ketika serangan tentera Jepun, ditampilkan secara tersusun dan jelas. Perubahan suasana dan emosi setiap fasa kehidupan watak utama turut dikembangkan dengan baik tanpa mengganggu aliran naratif


Beto Kusyairi sekali lagi membuktikan kemampuan lakonannya. Beliau menghidupkan watak utama dengan penuh jiwa, dan tanpa komitmen lakonannya, filem ini mungkin tidak meninggalkan impak yang sama. Gerak tubuh dalam babak aksi, emosi dalam babak dramatik, serta ketenangan dalam babak spiritual, semuanya berjaya disampaikan dengan meyakinkan


Pelakon-pelakon lain seperti Nabila Huda, Syafie Naswip dan pelakon pembantu turut memberikan persembahan yang solid dan menyokong naratif dengan baik. Salah satu kekuatan filem ini ialah pemilihan pelakon mengikut latar bangsa dan asal-usul watak. Contohnya, watak tentera Jepun dilakonkan oleh pelakon berbangsa Jepun, watak pegawai British pula oleh pelakon British. Pendekatan ini menjadikan dunia filem terasa lebih autentik dan menunjukkan kesungguhan pengarah dalam mengekalkan keaslian sejarah dan budaya


Dari segi visual, CGI dan sinematografi filem ini berada pada tahap yang memuaskan. Jelas kelihatan usaha produksi untuk menghasilkan karya yang berkualiti, meskipun belum mencapai tahap yang benar-benar sempurna. Adegan-adegan yang menggunakan kesan visual tidak keterlaluan dan masih menjaga realisme, namun ada beberapa babak yang terasa sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan standard produksi filem sejarah moden


Reka bentuk set penggambaran pula dapat dipuji. Latar tempat seperti kampung Melayu, suasana Singapura lama serta era penjajahan Jepun dipersembahkan dengan cukup meyakinkan. Keaslian dapat dirasai melalui pakaian, perabot, serta suasana persekitaran. Namun, bagi sesetengah penonton yang lebih peka terhadap sejarah, mungkin timbul persoalan tentang sejauh mana tepatnya representasi budaya dan gaya hidup masyarakat Melayu pada era 1930-an hingga 1940-an. Walaupun tidak mengganggu keseluruhan perjalanan cerita, perincian ini sedikit sebanyak mempengaruhi tahap keautentikan

Dari sudut muzik, filem ini berada di tahap sederhana. Skor muziknya berfungsi untuk mengiringi emosi dan babak penting, tetapi tidak cukup kuat untuk memberikan kesan mendalam atau meninggalkan memori selepas tontonan. Elemen kemelayuan dalam muzik juga terasa agak kurang, sedangkan filem ini berkait rapat dengan warisan Melayu dan seni bela diri tradisional

Jika elemen muzik tradisional Melayu atau gabungan penuh orkestra digunakan dengan lebih dramatik, mungkin kesan emosinya akan lebih mencengkam. Potensi untuk menjadikan muzik sebagai salah satu kekuatan utama filem ini sebenarnya besar, namun ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya


Secara keseluruhannya, filem ini berjaya memperkenalkan siapa pengasas Silat Gayong kepada penonton yang selama ini tidak mengetahui tentang asal-usul silat, sambil memperlihatkan kesusahan dan keperitan hidup di zaman penjajahan yang penuh cabaran. Lakonan yang diberikan, khususnya oleh pelakon utamanya, sangat meyakinkan dan menjadi antara kekuatan utama filem ini. Menariknya, di akhir filem turut dipaparkan teaser untuk filem kedua yang kelihatan meyakinkan, cuma masih belum jelas arah tuju penceritaannya sama ada akan terus mengembangkan kisah perjuangan atau membawa naratif ke babak baharu dalam legasi Silat Gayong. Untuk itu, aku berikan filem ini :-
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10

SEKIAN
RUJUKAN :-WikipediaNetflixGoogle Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/11/ulasan-filem-gayong-2025-dari-derita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makcik Blower Amp Makcik Gayong Akhirnya Berdamai Tamatkan Perselisihan Dengan Air Mata Amp Pelukan

Makcik Blower Amp Makcik Gayong Akhirnya Berdamai Tamatkan Perselisihan Dengan Air Mata Amp Pelukan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 119 hits
Pergaduhan dua jiran yang tular di media sosial dikenali sebagai makcik blower dan makcik sapu akhirnya menemui titik noktah apabila kedua dua keluarga mencapai kata sepakat untuk berdamai Menerusi perkongsian di TikTok suasana penuh emosi ...
Golden Huntr X Muzik Trending Filem Animasi Kanak Kanak

Golden Huntr X Muzik Trending Filem Animasi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 105 hits
Pernahkah anda terfikir bagaimana sebuah lagu animasi boleh menjadi fenomena global Ketika Golden sedang dimainkan di Netflix penulis juga terjebak dalam debaran magis kumpulan K pop fiksyen yang mencarikan jalan keluar dunia dari kejahatan...
Perasaanku Di Antara Dusta Dan Derita

Perasaanku Di Antara Dusta Dan Derita

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 85 hits
PERASAANKU Di Antara Dusta dan Derita JMBELOG PERASAANKU Di Antara Dusta dan Derita Nyanyian Fieya Julia Lagu Lirik Amir Hariz 2018 Kadang bukan kerana kita tak kuat tetapi kerana terlalu lama berpura pura tidak terasa Di antara diam dan re...
Kemarin Adalah Kehidupan Yang Berlalu Rialiti Sebuah Blogspot Com

Kemarin Adalah Kehidupan Yang Berlalu Rialiti Sebuah Blogspot Com

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 149 hits
Ikan air tawar ikan peliharan di kolam mini Besar gebu sihat dan segar Inilah rupa iakn tilapia setelah di goreng Etuza suka di stimkan rupanya suri hati masakgoreng pula agak terbakar sedikit tapi isinya sangat sedap Kemarin Kehidupan Yang...
Negara 100 Muslim Bila Islam Jadi Nafas Sebuah Negara

Negara 100 Muslim Bila Islam Jadi Nafas Sebuah Negara

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 144 hits
Negara 100 Muslim Monolog Jiwa JMBELOG Negara 100 Muslim Bila Islam Jadi Nafas Sebuah Negara Di dunia hari ini sukar untuk menemui sesuatu yang benar benar seratus peratus Kita lihat masyarakat berbilang bangsa agama dan ideologi Namun di a...
Sukma Mungkin Filem Terakhir Bergenre Seram Lakonan Luna Maya

Sukma Mungkin Filem Terakhir Bergenre Seram Lakonan Luna Maya

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 134 hits
Luna Maya yang dikenali sebagai ratu filem seram menyatakan bahawa Sukma merupakan filem terakhir dalam dunia lakonannya yang bergenre seram Dalam sidang media sempena tayangan Sukma Luna Maya mendedahkan bahawa penonton mungkin akan menont...
Acha Septriasa Diumum Pelakon Utama Filem Munafik Versi Indonesia

Acha Septriasa Diumum Pelakon Utama Filem Munafik Versi Indonesia

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 196 hits
Unlimited Production dan Skop Production bekerjasama untuk mengadaptasi filem box office Malaysia arahan Syamsul Yusof ke versi Indonesia Pengarah Guntur Soeharjanto dipilih sebagai pengarah untuk versi Indonesia manakala pelakon Acha Septr...
Filem Rangga Cinta Hidupkan Semula Magis Ada Apa Dengan Cinta

Filem Rangga Cinta Hidupkan Semula Magis Ada Apa Dengan Cinta

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 110 hits
Original Content Lebih dua dekad selepas filem Ada Apa Dengan Cinta mencetus fenomena luar biasa di seluruh Asia Tenggara pengarah tersohor Indonesia Riri Riza kembali menghidupkan kisah ikonik itu menerusi filem terbaharu berjudul Rangga C...
Filem Klepet

Filem Klepet

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 84 hits
Original Content Bersedia untuk gelak tawa tanpa henti dan aksi penuh gila dalam filem terbaharu berjudul KLEPET arahan Indra Putra terbitan Wawa Global Sdn Bhd Filem bergenre aksi komedi ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malays...
Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Pau Sambal

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb