Warga Asing Belum Boleh Masuk Masjid Lelaki Bangladesh Ini Minta Tolong Guru Tahfiz Sedekah Rm5 Untuk Tabung Masjid
Sebagai insan yang dilahirkan dalam Islam dan negara yang aman, kadang kita terleka dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada kita sebagai ummat di muka bumi ini. Kekadang kita hampir terlupa untuk bersedekah. Ya, sikap selalu bersedekah ini patut dicontohi ramai. Bukan kerana nilai yang banyak tetapi sifat ikhlas itu yang perlu dinilai.
Seperti perkongsian penuh bermakna ini daripada seorang pengguna Facebook, Abu Dzar Omar yang berkongsi pengalaman bertembung dengan seorang hamba Allah dari luar yang bekerja di Malaysia memberi wang untuknya bersedekah di masjid.
Umum mengetahui bahawa, warga asing masih belum dibenarkan untuk menunaikan solat di mana-mana masjid sebagai langkah berjaga-jaga dalam membendung gejala wabak Covid-19 ini.
Kisah yang penuh menyentuh hati ini boleh dijadikan teladan dan pengajaran yang perlu dicontohi untuk semua orang.
Tadi saya pergi Mr D.I.Y nak beli barang sikit. Sampai dekat pintu macam biasa lah, kena cek suhu, tulis nama dan no tel. Lepas setel tulis, saya pun nak masuk ke dalam kedai, bila nak masuk, penjaga (warga asing) tu tahan saya (cegat saya guna tangan).
Saya pun pandang senget kat muka dia, dan standby untuk lepaskan tumbukan padu lagi berbisa. Saya cakap dalam hati ( boleh tahan dia ni tahan aku).
“Dia bagi RM 5 untuk masukkan dalam tabung masjid, lagi Rm 3 untuk student, masyaAllah mulianya”
Dia tanya saya U student? Sebab saya pakai jubah dan berbadan kecil sahaja. Saya tercengang sekejap dengan soalan nya. Lepas tu dia tanya lagi U Teacher ? Saya cakap dalam hati, dia nak apa sebenarnya ni. Dia tanya lagi, U orang masjid? Dalam fikiran saya kata mungkin dia nak bagi diskaun kot. Adoii.
Saya pun angguk kepala. Lepas tu dia buka dompet dan bagi saya duit rm5. Lagi tambah aku pelik. Abang tolong masukkan duit ni dalam tabung masjid. Terus saya menangis. Kemudian dia bagi saya rm3. Abang tolong bagi rm3 ni pada student ye. Lagi berkecai hati saya. Seolah aku yang kena tumbuk. Lepas tu saya masuk kedai beli barang, bayar dan balik.
Dalam perjalanan, puas fikir kenapa dia tak bagi sendiri? Kenapa dia tak sedekah sendiri? Ohh. Baru saya faham. Masjid-masjid tidak dibenarkan warga asing untuk solat berjemaah dan solat jumaat. Hanya warga tempatan sahaja.
Masya Allah. Begitu semangat dan tergambar pada wajahnya merindui untuk sedekah di rumah Allah dan para penuntut ilmu. Walau sedikit. Tak boleh menyampaikan sedekah, namun berusaha untuk mencari jalan supaya hartanya sampai kerumah Allah dan penuntut ilmu.
Aku menjadi saksi dengan kebaikanmu dimuka bumi. Allah Allah. Sungguh kejadian ini bukan satu kebetulan. Semua telah disusun dan dirancang oleh Allah untuk memberi pengajaran pada kita yang suka menangguh untuk bersedekah dan sayang pada harta.
Terima kasih Ya ALLAH kerana mendidik ku untuk bersedekah melalui hamba-Mu yang mulia hatinya.
Sumber: Abu Dzar Omar
The post Warga Asing Belum Boleh Masuk Masjid, Lelaki Bangladesh Ini Minta Tolong Guru Tahfiz Sedekah RM5 Untuk Tabung Masjid appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/07/15/warga-asing-belum-boleh-masuk-masjid-lelaki-bangladesh-ini-minta-tolong-guru-tahfiz-sedekah-rm5-untuk-tabung-masjid/