Apakah Ph Sudah Lupa Prinsip Perjuangan Semasa Jadi Pembangkang Dahulu






Ketika jadi pembangkang, antara sebab PH menjadi perhatian dan tarikan rakyat ialah kerana asas perjuangannya yang suci untuk menyelamatkan negara ini.


Bersama itu, maka ditekankanlah tentang prinsip tata kelola yang baik, tiada salah guna kuasa, tiada rasuah, tidak mengguna jentera atau wang kerajaan untuk manfaat parti, tiada pembaziran, berjimat cermat dan segala macam yang sejuk telinga mendengarnya, selain laungan reformasi yang tidak henti-henti.


Lebih mengasyikkan apabila setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, perkara yang sama turut ditegaskannya berkali-kali yang menggambarkan iltizam tingginya untuk mengota apa yang dikata selama ini.


Sementara kita semua menyaksikan apa yang dikata itu sebahagiannya benar-benar dikota sebagaimana dikata, terutama dalam isu pembanterasan rasuah dalam pentadbiran kerajaan, malangnya hal-hal lain seperti terabai atau dilupakan.


Khusus dalam isu rumah terbuka yang terus panas diperdebatkan yang mana Perdana Menteri sebelum-sebelum ini hanya mengadakannya sekali saja di Seri Perdana, tetapi dengan Anwar mengadakannya di enam negeri yang berbeza, mahu tidak mahu, gambaran yang terpahat di minda rakyat ialah – di mana prinsip perjuangan PH setelah beroleh kuasa sekarang ini?


Tidakkah mengadakan rumah terbuka di enam negeri itu tidak menggambarkan amalan tata kelola yang baik, tiada prinsip berjimat cermat dan terdedah kepada cercaan menggunakan dana serta jentera kerajaan untuk manfaat parti lantaran PRN di enam negeri terbabit akan diadakan tidak lama lagi?


Lebih-lebih lagi apabila membaca kenyataan Saifudddin Nasutioan Ismail selaku Ketua Setiausaha PH semalam yang menolak tohmahan berlakunya pembaziran di sebalik penganjuran enam rumah terbuka itu.


Katanya, berapa duit sangatlah belanja menjamu rakyat dengan lemang, ketupat dan sebagainya bagi rumah terbuka itu.


“Ada makanan (antaranya) lemang, ketupat, sate. Itu menu yang saya sahkan semalam, akan ada (juga) gerai-gerai, ada cendol, ada ais kacang…berapa duit sangat,” katanya lagi.


Apa yang Saifuddin perlu faham, isunya bukan sangat berkaitan ada pembaziran atau tidak.


Mengadakan rumah terbuka di enam tempat yang berbeza berbanding satu di Seri Perdana, sama ada berlaku pembaziran atau tidak, ia adalah sesuatu yang subjektif.


Jika semua makanan habis dan tiada yang terbuang, maka tiadalah pembaziran yang berlaku.


Tetapi, kos mengadakan rumah terbuka di enam tempat sudah tentu lebih mahal berbanding mengadakannya hanya di satu tempat.


Kos ketupat dan lemang saja sudah barang tentu berganda kerana jumlahnya pasti tidak sama jika diadakan di satu tempat saja.


Selain itu, kenaikan kos turut melibatkan makanan, lemang, ketupat dan lain-lainnya, bayaran elaun pegawai, penginapan dan malah penggunaan jet Perdana Menteri juga akan bertambah.


Jadinya, tiadalah amalan jimat cermat dan belanja berhemah dalam hal ini, walhal penekanan berjimat cermat itu kerapkali dilaungkan.


Ditambah lagi kerana enam negeri itu bakal diadakan PRN, bermakna sukar untuk menepis tanggapan bahawa wujud amalan menggunakan wang kerajaan atau duit pembayar cukai untuk manfaat parti.


Sekali lagi akan wujud persoalan, inikah yang dinamakan tata kelola yang baik sebuah kerajaan?


Kenapa dana parti iaitu wang PH sendiri tidak digunakan untuk majlis rumah terbuka itu jika tujuannya untuk mendepani PRN yang bakal tiba?


Apakah PH sudah tidak boleh membezakan antara duit kerajaan untuk kepentingan rakyat, manakala untuk tujuan politik sepatutnya duit parti yang digunakan?


Hanya dengan penganjuran rumah terbuka yang kini menjadi isu, persoalan terbesar dan paling membimbangkan ialah – apakah PH dan Anwar sudah lupa prinsip perjuangan suci yang sering didendangkan untuk menyejukkan telinga rakyat semasa bergelar pembangkang sebelum ini? ShahbudinHusin 26/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/apakah-ph-sudah-lupa-prinsip-perjuangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Sangkal Dakwaan Negeri Ditadbir Pembangkang Dianak Tiri

Anwar Sangkal Dakwaan Negeri Ditadbir Pembangkang Dianak Tiri

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 198 hits
ANWAR Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan pihak tertentu yang kerajaan perpaduan pimpinan beliau menganaktirikan negeri negeri yang ditadbir oleh pembangkang Sebaliknya perdana menteri berkata kerajaan meningkatkan peruntukan kepada negeri ...
Susah Jadi Pembangkang Sekarang Ni Nak Serang Kerajaan Atas Isu Apa

Susah Jadi Pembangkang Sekarang Ni Nak Serang Kerajaan Atas Isu Apa

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 245 hits
Isu telur dah selesai Begitu juga isu bekalan ayam Isu harga barang keperluan Masa raya tempohari pun semua barangan keperluan mudah diperolehi dan harga pun terkawal Nak serang isu rakyat susah Banyak inisiatif yang dibuat oleh kerajaan un...
Badan Budak 4 Tahun Melecur 46 Akibat Disambar Api Semasa Bermain Bunga Api

Badan Budak 4 Tahun Melecur 46 Akibat Disambar Api Semasa Bermain Bunga Api

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 288 hits
Badan budak 4 tahun melecur 46 akibat disambar api semasa bermain bunga api Malang tak berbau seorang kanak kanak perempuan melecur di badan akibat disambar api ketika bermain bunga api di depan kediamannya Ketua Polis Daerah Pendang Deputi...
Lebih Tiga Juta Kenderaan Dijangka Guna Klk Lpt1 Semasa Aidilfitri

Lebih Tiga Juta Kenderaan Dijangka Guna Klk Lpt1 Semasa Aidilfitri

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 174 hits
Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 nbsp Anih Berhad menjangkakan lebih tiga juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya berkenaan sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini Pengurus Besar Kanan Ani
Serangan Pembangkang Sudah Tumpul Lemah Mati Akal

Serangan Pembangkang Sudah Tumpul Lemah Mati Akal

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 92 hits
Apa jua isu di mana jua serangan pembangkang sudah tidak bermaya Ia lebih menjadi input untuk meningkatkan prestasi Najib juga sudah bukan ancaman dia akhirnya perlu berhadapan dengan sesuatu yang dulunya sangat dielak mahkamah Tempat terba...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan