Apakah Muhyiddin Akan Pecat Mahathir Atau Mahathir Memang Mahu Dirinya Dipecat




Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan duduk di barisan pembangkang dalam sidang Parlimen yang bermula 18 Mei depan.

Tun Mahathir menjelaskan, Bersatu kini sudah terpecah dua dan beliau yang tidak menyokong kerajaan tidak boleh duduk di barisan yang sama dengan kerajaan.

“Pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota PH,” katanya lagi.

Dengan keadaan ini, ia bukan saja meletakkan Tun Mahathir buat pertama kali duduk di barisan pembangkang di Parlimen dalam karier politiknya, tetapi juga menjadikan kedudukan Bersatu sesuatu yang unik.

Sementara Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu duduk di barisan pembangkang, sebaliknya Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu pula duduk di barisan kerajaan sebagai Perdana Menteri.

Begitu pun, oleh kerana Tun Mahathir bukan merupakan ahli mana-mana parti dalam PH, keputusannya untuk duduk di barisan pembangkang tidak akan menjadikannya sebagai Ketua Pembangkang.

Dalam hal ini, PH hampir pasti akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson sebagai Ketua Pembangkang.

Namun demikian, tindakan Tun Mahathir memilih untuk duduk di barisan pembangkang dipercayai akan mengundang risiko kepada kedudukan dirinya sebagai ahli dan Pengerusi Bersatu.

Sumber yang dekat dengan Bersatu memaklumkan, dengan keputusan Tun Mahathir itu bermakna beliau sudah dianggap melanggar disiplin parti di mana sebelum ini Bersatu sudah pun membuat keputusan untuk meninggalkan PH untuk bersama-sama dengan PN membentuk kerajaan baru.

Sehubungan itu, kata sumber tersebut lagi, Lembaga Disiplin Bersatu yang dipengerusikan oleh Megat Najmuddin Megat Khas dijangka akan mencadangkan dalam waktu terdekat kepada parti agar tindakan disiplin diambil terhadap Tun Mahathir.

“Tindakannya mungkin dipecat atau digantung keahlian,” tambah sumber itu lagi.

Persoalan di sini, apakah Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Tun Mahathir akan turut memilih duduk di barisan pembangkang juga?

Jika mereka memilih duduk bersama pembangkang, bererti mereka juga mungkin akan diambil tindakan disiplin yang sama seperti Tun Mahathir iaitu sama ada dipecat atau digantung keahlian.

Dalam erti kata lain, kalau itu yang berlaku, semua mereka, termasuk Tun Mahathir dan Mukhriz akan terhalang dengan sendirinya daripada terlibat dalam pemilihan Bersatu yang dijangka diadakan selepas 30 Jun nanti.

Apakah ini bermakna Muhyiddin akan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu dan parti itu terus dikuasai sepenuhnya oleh beliau selepas ini?

Melihat situasi yang mungkin berlaku ini, apakah Tun Mahathir tidak sedar tentang risiko tindakan disiplin boleh diambil terhadapnya dengan keputusannya untuk duduk di barisan pembangkang itu?

Sebagai orang yang cukup masak dengan sepak terajang politik, bahkan juga banyak kali menang berbanding kalah dalam apa juga pergelutan kuasa sebelum ini, ternampak mustahil Tun Mahathir tidak sedar tentang risiko itu.

Jika begitu, apakah ini bermakna Tun Mahathir sengaja menunggu agar Muhyiddin mengambil sesuatu tindakan disiplin terhadapnya kerana beliau memang ada perancangan atau perangkap lain yang sedang dipasangnya terhadap Perdana Menteri?

Atau mungkinkah Tun Mahathir sekali lagi akan menubuhkan sebuah parti baru selepas beliau disingkirkan daripada Bersatu? (ShahbudinHusin 21/04/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/apakah-muhyiddin-akan-pecat-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Bakal Di Pecat Atau Di Gantung Keahlian Ppbm

Dr Mahathir Bakal Di Pecat Atau Di Gantung Keahlian Ppbm

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 478 hits
Dr Mahathir akan disingkirkan dari parti yang beliau sendiri tubuhkan Sesuatu yang agak susah untuk admin hadam Admin bukan penyokong Dr Mahathir malah sering mengkritik Dr Mahathir tapi maklumat yang admin dapat membuatkan admin termenung ...
Batalkan Pkp Atau Mco Kalau Muhyiddin Tak Ambil Tindakan Pada Menteri Menteri Yang Langgar Pkp

Batalkan Pkp Atau Mco Kalau Muhyiddin Tak Ambil Tindakan Pada Menteri Menteri Yang Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 597 hits
INI lah muka muka orang KENAMAAN yang melanggar PKP atau MCO Antaranya Timbalan MENTERI KESIHATAN Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak Razman Zakaria dari Pas Makan kenduri lagi Siapa yang buat PKP ini Jawabnya Menteri dan Kabinet Kalau pembuat...
Muhyiddin Nak Jumpa Anwar Atau Anwar Yang Ingin Bertemu Muhyiddin

Muhyiddin Nak Jumpa Anwar Atau Anwar Yang Ingin Bertemu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 295 hits
Petang semalam melalui laman sosialnya Presiden PKR Anwar Ibrahim memaklumkan tentang pertemuannya dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selama kira kira 45 minit di Putrajaya Kata beliau pertemuan itu membincangkan beberapa perkara terma...
Yoursay Little Difference Separates The 2ms Mahathir And Muhyiddin

Yoursay Little Difference Separates The 2ms Mahathir And Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 366 hits
YOURSAY Mahathir was just portraying himself as a true reformer to gullible Malaysians Quigonbond What dilemma Come May 18 the first order of business is to vote in a new House speaker give an update no questions allowed and adjourn the Par...
Muhyiddin Memang Perlu Pastikan Ada Kesetiaan Elak Tumbang

Muhyiddin Memang Perlu Pastikan Ada Kesetiaan Elak Tumbang

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 318 hits
Memang penting untuk Muhyiddin Yassin memastikan kesetiaan parti komponen Perikatan Nasional berpihak kepadanya sehingga pilihan raya umum ke 15 kata penganalisis politik Dr Jeniri Amir Diminta mengulas surat presiden Umno Dr Ahmad Zahid Ha...
Ppbm Kini Sudah Terbelah Dua Mahathir Dan Muhyiddin

Ppbm Kini Sudah Terbelah Dua Mahathir Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 336 hits
NURIA FAHMIYang salah memang lah salah Semua orang tau Parti PPBM sudah terbelah dua kalau dah terbelah bererti bagai ada dua parti yang kita pun xtau nama nya tapi masih lagi PPBM kita andaikan PPBM 1 bagi Tok Din dan PPBM2 bagi Tok Det 1 ...
Rm250k Penalty Per Aerotrain Breakdown Should Have Been Imposed From Outset Not After Almost 2 Dozen Disruptions

Malaysia Needs To Adapt To Hybrid Security Threats Immediately

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

September 2025 A Great Increase In Sales Of New Cars In Europe

Hiburan Kes Adik Dikel R Abang Sendiri Suspek Mungkin Terpengaruh Video Game Alami Halusinasi Polis

Buat Balik Raised Bed Tebu Kuning

Kenapa Setiap Isnin Rasa Tak Bermaya Nak Ke Ofis

Fake Baby Products How To Protect Your Child From Counterfeit Gear In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memupuk Keseimbangan Sistem Pencernaan Dalam Kehidupan Yang Sibuk

Bukit Uhud Atau Jabal Uhud Tempat Berlakunya Perang Uhud

10 Kafe Terbaik Di Kuala Lumpur Yang Disyorkan Untuk Pengembara Digital

Jalan Jalan Di Wuhua District Kunming

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

City Tour Bandar Milan Day 4 1