Muhyiddin Nak Jumpa Anwar Atau Anwar Yang Ingin Bertemu Muhyiddin



Petang semalam, melalui laman sosialnya, Presiden PKR, Anwar Ibrahim memaklumkan tentang pertemuannya dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin selama kira-kira 45 minit di Putrajaya.Kata beliau, pertemuan itu membincangkan beberapa perkara, termasuk usaha membendung wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.Berikut adalah pemakluman Anwar mengenai pertemuan tersebut:-Pertemuan saya dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung di Pejabat Perdana Menteri petang tadi.Dalam pertemuan selama 45 minit itu, beliau jelaskan berkenaan langkah menangani Covid-19 dan saya menyatakan penghargaan atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan.Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi.Beliau juga menyinggung cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah terkait Covid-19.Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta pembangkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau.ANWAR IBRAHIM14 April 2020.Ini adalah pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.Sebelum ini, Muhyiddin pernah mengutus surat untuk berjumpa dengan Tun Mahathir Mohamad, tetapi bekas Perdana Menteri itu menolak untuk bertemu dengan alasan Presiden Bersatu itu adalah pengkhianat kerana sanggup bekerjasama dengan UMNO.Persoalan utama di sini, dalam pertemuan semalam itu, Muhyiddin yang mahu berjumpa Anwar atau Anwar yang mahu bertemu Muhyiddin?Jika Muhyiddin yang ingin berjumpa Anwar, apakah pertemuan itu semata-mata untuk membincangkan hal-hal berkaitan Covid-19 atau Perdana Menteri ada maksud tersirat yang lain?Apakah melalui pertemuan dengan Anwar itu, Muhyiddin sebenarnya cuba menghantar mesej tertentu kepada UMNO dan Pas yang bersamanya dalam PN dan juga kepada Tun Mahathir yang terus memusuhinya?Kalau Anwar pula yang meminta untuk berjumpa Muhyiddin, apakah pula tujuannya?Apakah Anwar juga, melalui pertemuannya dengan Muhyiddin itu, turut ada mesej tertentu yang ingin disampaikannya kepada UMNO, Pas dan juga kepada Tun Mahathir?Lebih menimbulkan sedikit kehairanan, pertemuan Anwar dengan Muhyiddin itu diadakan hampir serentak dengan kenyataan media Majlis Presiden PH yang menuntut Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen dengan segera bagi merangka pendekatan dwi-partisan untuk memerangi wabak Covid-19.Majlis Presiden PH berpendapat, langkah tersebut perlu diambil untuk mencari jalan melindungi pekerja dan menyediakan peluang ekonomi bagi mereka yang bakal kehilangan pekerjaan pada waktu terdekat, seterusnya menyelamatkan masa depan negara.Apa pun, melalui pertemuan dengan Muhyiddin ini, meski Anwar sudah beberapa kali terhalang untuk menjadi Perdana Menteri, beliau tetap merupakan faktor penting dalam negara ini dan sebagai pengimbang kepada sesiapa juga yang berada di puncak kuasa.Tun Abdullah Badawi sebaik menjadi Perdana Menteri telah melepaskan Anwar daripada penjara bagi meningkatkan sokongan massa terhadapnya dan tindakan itu telah menyebabkan bermulanya permusuhan beliau dengan Tun Mahathir.Di era Najib Razak berkuasa, Anwar pernah dipenjarakan, tetapi di malam keputusan PRU14 diumumkan di mana BN sedang di ambang kehilangan kuasa, beliau telah menelefon Anwar yang ketika itu berada di hospital untuk meminta bantuan politik daripadanya.Tun Mahathir ketika ingin menumbangkan Najib dan BN, telah sanggup mencemar duli pergi ke mahkamah untuk berdamai dengan Anwar bagi merealisasikan impiannya, walaupun beliaulah yang memecat dan memenjarakan Presiden PKR itu sebelumnya.Apakah kali ini Muhyiddin juga memerlukan Anwar untuk kestabilan kuasanya? (ShahbudinHusin 15/04/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/muhyiddin-nak-jumpa-anwar-atau-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Engkau Orang Nak Berebut Juga

Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Engkau Orang Nak Berebut Juga

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 362 hits
Artikel ini pernah disiar di MR 1 Mac 2020 lalu Ini adalah Ulang Siar sahajaDaripada PH sibuk beli MP nak cukupkan SD adalah lebih baik PH sekarang ini bincang siapa yang bakal jadi Ketua Pembangkang Takkan yang ni pun nak tikam menikam Kal...
Jumpa Azmin Tak Boleh Jumpa Muhyiddin Tak Apa Pula Itulah Politik Anwar

Jumpa Azmin Tak Boleh Jumpa Muhyiddin Tak Apa Pula Itulah Politik Anwar

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 309 hits
PKR menggantung jawatan ketua wanitanya Haniza Talha sementara menunggu siasatan lembaga disiplin selain menghantar surat tunjuk sebab kepada naib presidennya Tian Chua Menurut Haniza beliau digantung kerana bertemu bekas pemimpin PKR Azmin...
Anwar Jumpa Muhyiddin Buat Kali Pertama Selepas Kerajaan Pn Dibentuk

Anwar Jumpa Muhyiddin Buat Kali Pertama Selepas Kerajaan Pn Dibentuk

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 1338 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini bertemu buat kali pertama selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lepas Pertemuan selama 45 minit antara calon perdana menteri P4katan Har4pan dan bek...
Anwar Bertemu Muhyiddin

Anwar Bertemu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 240 hits
Pertemuan saya dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung di Pejabat Perdana Menteri petang tadi Dalam pertemuan selama 45 minit itu beliau jelaskan berkenaan langkah menangani Covid 19 dan saya menyatakan penghargaan atas khi...
Anwar Bertemu Muhyiddin Anwar Tak Perlu Kalut Dan Jangan Cari Publisiti Murahan Khairuddin Abu Hassan

Anwar Bertemu Muhyiddin Anwar Tak Perlu Kalut Dan Jangan Cari Publisiti Murahan Khairuddin Abu Hassan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 268 hits
Khairuddin Abu Hassan Anwar Ibrahim dah mula dengan agenda peribadinya untuk mendapatkan publisiti murahan serta untuk tunjuk pada rakyat bahawa beliau terus relevan dalam lanskap politik tanahair Beliau amat licik dan pandai mencari publis...
Ain Nak Dato Wakilkan Baca Yasin Pesanan Akhir Peminat Cilik Rizalman Sebelum Pergi Selamanya Bertemu Sang Pencipta

Ain Nak Dato Wakilkan Baca Yasin Pesanan Akhir Peminat Cilik Rizalman Sebelum Pergi Selamanya Bertemu Sang Pencipta

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 793 hits
Peminat cilik Dato Rizalman Ibrahim yang mendapat perhatian beliau pada awal tahun ini Airen Nurain atau mesra dipanggil Ain dilaporkan meninggal dunia pagi ini setelah menghidap penyakit buah pinggang kronik dan ketumbuhan dalam otak Perko...
Nak Masuk Blok Pembangka G Ok Ja Tapi Ketuanya Adalah Anwar

Nak Masuk Blok Pembangka G Ok Ja Tapi Ketuanya Adalah Anwar

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 287 hits
Hamsina HamzahAtok Masuk block pembangkang Masuk belah mana termasuk dia dan yg akan ikut dia 5 orang masa sd dulu pun dapat sokongan sebab DSAI bawa team dia Sekarang pengerusi PH bukan atok lagi dah hemmmm marahkan muhyiddin sebab mukhriz...
Perjumpaan Anwar Dan Muhyiddin

Perjumpaan Anwar Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 468 hits
Pertemuan saya dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung di Pejabat Perdana Menteri petang tadi Dalam pertemuan selama 45 minit itu beliau jelaskan berkenaan langkah menangani Covid 19 dan saya menyatakan penghargaan atas khi...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Cara Meletakkan Keywords Dengan Betul

Jom Claim Air Free Di Fajja

Siri 1 2025 Tawaran Kompaun Khas Jpj Settle Your Saman For Just Rm150